jump to navigation

Mahathir Tahu Pak Lah Guna Taktiknya July 11, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Mahathir dari awal lagi tidak percaya bahawa Najib akan menjadi PM mengantikan Pak Lah. Ini adalah kerana Pak Lah telah belajar dari Mahathir dan Mahathir tahu taktik Pak Lah.

Dipetik dari The Star hari ini:

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will never become Prime Minister, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said.

Writing in his blog chedet.com, Dr Mahathir predicted that more accusations would be thrown at Najib to put him down until he would be deemed unfit to serve as Deputy Prime Minister.

“Someone who is considered more loyal to Datuk Seri Abdullah Badawi will be replacing him (Najib). However, the replacement candidate will not take over the top post in 2010 as he is inexperienced.

“Abdullah will be more than willing to remain in the post until the 13th general election,” wrote Dr Mahathir.

IB rasa Mahathir sudah tahu, sampai masa nanti Najib akan didedahkan dengan pelbagai skandal lain hinggakan Pak Lah “tidak dapat lagi bela” Najib. Maka pada ketika itulah Najib akan menerima nasib yang sama seperti Anwar pada tahun 1998.

Bukannya Anwar sudah dinobatkan sebagai bakal menggantikan Mahathir sebagai PM, malah Mahathir turut rancang untuk “bercuti” dan melantik Anwar untuk memangku kerusi PM sepanjang masa Mahathir “berehat”. Tetapi sejarah telah pun dipahat bahawa Anwar disabitkan dengan pelbagai tuduhan hingga tersungkur juga akhirnya.

Najib kini pun telah dilontarkan dengan pelbagai skandal. Buat masa ini, mengguna taktik Mahathri yang sama, Pak Lah berdiri teguh menyokong Najib dan menggatakan segala yang disebar adalah fitnah semata-mata.

Saudara semua bolehlah cari balik akhbar lama – baca pelbagai laporan sekitar pertengahan tahun 1998. Malah, beberapa hari sebelum sambutan Merdeka, 31 Ogos 1998, akhbar masih melaporkan bahawa Mahathir tidak percaya dengan fitnah terhadap Anwar pada masa itu.

Dengan tiba-tiba sahaja, pada 2 September 1998, segalanya berubah dan kini sudah menjadi sejarah, Anwar tersungkur tidak dapat mengganti Mahathir sepertimana yang telah Mahathir sebut berulang kali.

Maka apakah yang membuat Najib yakin peristiwa tersebut tidak boleh berulang dengan pelakon-pelakon baru?

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: