jump to navigation

Polis Pintas Bila Haluan Kereta Anwar Diubah – Bakri Zinin July 17, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , ,
trackback

Laporan dari Berita Harian [17 Julai 2008] ini membuktikan kecekapan pasukan polis.

Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.

“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.

Mengapa IB berkata demikian? Jika benar bahawa polis menyerbu dan menahan Anwar ketika dalam perjalanan ke rumah hanya selepas mendapati kereta Anwar berubah haluan maka memang cekaplah polis kita.

Mengikut fahaman IB, pada asalnya polis mengira bahawa Anwar akan terus ke IPK KL selepas meninggalkan pejabat BPR Putrajaya. Jika begitu, maka pegawai-pegawai serta anggota mereka hanyalah perlu tunggu di IPK.

Jadi bila masakah mereka tahu Anwar mengubah haluan? Adakah Anwar sentiasa diekori? Sememangnya itulah agaknya kerja mereka.

Kedua, apabila mereka tahu bahawa Anwar menukar haluan, mereka dengan sekelip mata mengerakkan lebih 30 anggota (ada yang kata 50 orang) lengkap dengan pakaian “perang” sempat memintas kereta Anwar.

Sukar sekali untuk IB nak faham macam mana secepat itu, dikumpulkan anggota, sempat bertopeng, bersenjata lengkap, disediakan logistik kenderaan, mengejar kenderaan Anwar yang sudah tersasar dari IPK. Wah hebat sekali! Kalahlah lakonan Hollywood serta Bollywood kalau macam ini.

Kecuali segala ini sememangnya telah dirancang!

Sepatutnya, jika pun sudah tersasar dan sememangnya Anwar nak balik makan tengahari dulu ke, dan sehingga pukul 2 petang Anwar tidak kunjung tiba, apakah susahnya untuk polis ke rumahnya serta menangkapnya selepas tempoh masa yang diberi berakhir?

Bukan dulu [1998] rumah Anwar yang sedia terbuka boleh mereka pecahkan pintu untuk masuk. Itukan lebih hebat. Orang yang berkumpul di rumah Anwar beribu ramainya ketika itu. Boleh mereka tangkap tanpa sebarang masalah [kecuali mereka dah bayar balik ganti pintu itu atau belum?]

Cuma sayangnya dalam kecekapan sebegini, polis jika kerap “gagal” menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi yang lain. Kegagalan mereka menimbulkan kesangsian kepada orang ramai. Kes pembunuhan Norita terbiar begitu sahaja. Kes pembunuhan Mustakizah, polis langsung tidak pun sentuh orang yang disebut-sebut sebagai suspek hingga beliau pun kini menuruti Mustakizah. Dan banyak lagilah kalau nak dikira kes-kes yang “terlepas” seperti ini!

Sekian, IB

Comments»

1. jemmmy - July 18, 2008

kes adek noh omar bawa berkilo dadah di kota kinabalu di lepaskan begitu saja…………….

2. mountdweller - July 20, 2008

Sdr. IB,

Polis Malaysia memang cekap. cuma malangnya kecekapan itu disalah gunakan untuk tujuan mengugut, membelasah dan menembak rakyat yang tidak berdosa. Yang memang berdosa mereka lepaskan sebab mereka berada di dalam satu “masbuk” (kata orang Perak).

Bukan IB tidak tahu, setan sama setan tidak mengacau, mengganggu antara satu sama lain. Setan hanya akan mengganggu manusia yang beriman. Kalau manusia yang telah berada di kalangan mereka, mereka juga tidak akan ganggu.

Betul tak IB?

3. fawwaz - July 28, 2008

boleh tak saya bagi pendapat sikit?? pendapat ni macam saya ni berat kearah pihak polis tapi dalam kes ni biarlah undang2 yang putuskan… tapi dalam masalah polis pintas kereta anwar ni… acctualy ini memang menunjukkan kecekapan pihak polis malaysia.. memang dirancang kerana mengambil langkah berhati2… ertinya memang polis sudah bersedia untuk menghadapi sebanrang kemungkinan… andai anwar terus ke IPKKL maka polis2 n UTK akan balik saje but andaian kedua jika anwar balik rumah maka mereka perlu sekat anwar sebelum sampai rumah kerana jika anwar ditangkap dirumah maka keadaan akan menjadi lebih teruk.. kita semua pun tahu tidak ada sebarang kecederaan di lakukan terhadap anwar bahkan dengan baik tanpa memaksa… cuba bayangkan jika anwar ditahan dirumah, bagaimana perasaan keluarga anwar melihat dia ditangkap..pasti mereka tidak mudah melepaskan anwar dan mungkin berlaku kekasaran… jadi ini adalah untuk kebaikan kedua belah pihak.. wallahua’lam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: