jump to navigation

Haramkah Untuk Pemimpin PAS dan UMNO Bertemu? July 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Islam, masalah sosial, Melayu, PAS, politik, UMNO.
Tags: , , , ,
trackback

Akhir-akhir ini media heboh memaparkan berita pertemuan antara beberapa pemimpin PAS dan pemimpin UMNO. Terbaru laporan Pak Lah memperakui pertemuan tersebut.

Cara media membawa berita pertemuan-pertemuan yang dilaporkan telah banyak kali berlansung mengambarkan seolah-olah perjumpaan seperti itu adalah HARAM jika ianya berlaku. Maka digembar-gembor seolah-olah timbul pertelingkahan dalaman parti – pihak yang bersetuju dan pihak yang tidak bersetuju. Seolah-olah media diberi peranan untuk melaga-lagakan kepelbagaian pendapat dalam sesebuah parti atau di kalangan masyarakat.

Apa salahnya untuk para pemimpin parti bertemu dan berbincang beberapa perkara yang mempunyai kepentingan bersama dan bagi mana-mana yang boleh disepakati? Isu-isu kepentingan Melayu, memartabatkan kedudukan agama Islam, masalah-masalah sosial terutamanya di kalangan masyarakat Melayu baik di bandar mahu pun di pendalaman. Tidak bolehkan para pemimpin bangsa tanpa mengira batas parti untuk mereka duduk semeja berusaha untuk mencari penyelesaian agar bangsa dan agama Islam tidak menjadi asing di Tanah Air sendiri?

Kalaulah kita (atas kapasiti lain) boleh duduk semeja dalam membincang lain-lain hal, kenapa pula haram untuk mereka di dalam kapasiti sebagai perwakilan parti duduk semeja mencari kaedah penyelesaian kepada masalah bersama dan isu-isu kepentingan bersama.

IB ingin menyaran media agar tidak lagi berusaha melaga-lagakan masyarakat Melayu yang sudahpun berpecah tetapi menumpukan peranan untuk menyatukan sekurang-kurangnya atas perkara yang boleh disepakati.

Sekian, IB

Comments»

1. BUKAN PROFESSOR - July 22, 2008

Assalamualaikum IB…..

Sebenarnya, ianya bukan soal HARAM atau HALAL, ianya adalah soal antara PERANGKAP dan juga KEIKHLASAN.

Apa yang dibimbangi dan ditakuti oleh PIMPINAN PAS dan AHLI2nya… ialah apabila PERTEMUAN itu dilakukan dan dilaksanakan dengan begitu SULIT dan BERIKUtAN DARIPADA KEKALAHAN BESAR BARISAN NASIONAL yang seolah-olah tidak SERUPA TINDAK TANDUKNYA di ketika sebelum PILIHANRAYA UMUM KE-12 baru2 ini.

Sekiranya di FLASH-BACK semuala Semasa KEMPEN PILIHANRAYA, UMNO dengan ANGKUHNYA melaksanakan KEMPEN PERANG BESAR-BESARAN ke ATAS NEGERI KELANTAN SEUMPAMA USA YANG MEMERANGI IRAQ dengan KEMPEN UMNO mengubah TAHUN MELAWAT KELANTAN menjadi TAHUN MERWAT KELANTAN!!!

PELBAGAI sogokan wang dan aset diberikan kepada RAKYAT KELANTAN untuk mencapai tujuan itu sehingga mencecah RM600 dan ke atas bagi setiap orang…..

Apa yang lagi melucukan, KISAH ANTARA ANNUAR MUSA DAN AWANG ADEK yang bergaduh untuk merebut KERUSI MENTERI BESAR apabila PAKLAH berhasrat menobatkan AWANG ADEK menjadi MB di ketika itu.

Negeri Kelantanlah yang paling perit dalam PERISTIWA PERANG BESAR-BESARAN UMNO di ketika itu.

Namun begitu, Apa yang lagi membimbangkan ialah apabila MUSTAPHA ALI dan juga TUAN GURU HAJI HADI AWANG yang hanya berputih mata apabila melihat TERENGGANU kecundang walaupun menang pada tahun 1999 dan kedua-dua pemimpin ini yang antaranya menjadi orang yang bertemu.

Sebenarnya, kalau ikhlas dan benarlah pertemuan ini dilakukan demi BANGSA MELAYU dan AGAMA ISLAM, saya rasa tidak salah kalau PAKLAH dengan IKHLASNYA mengadakan satu persidangan KHAS antara WAKIL2 MELAYU+ISLAM di PWTC yang menemukan wakil2 daripada UMNO, PAS dan PKR. IANYA nampak lebih releven untuk kepentingan MELAYU+ISLAM di MALAYSIA.

Selain itu, Persidangan ini sepatutnya membicarakan jua KEPENTINGAN NEGARA MALAYSIA yang semakin bergolak antara kepentingan SOSIAL, POLITIK dan EKONOMI.

P/S: Cuma apa yang saya ingin katakan, saya bersetuju MUZAKARAH ini dilakukan dengan terbuka dan tiada lagi sekatan yang dilakukan kerana PERANG PILIHANRAYA telah tamat dan MASALAH negara makin besar, Jadi, PAKLAH seharusnya bersatu dengan semua AHLI PARLIMEN dan ADUN di semua negeri untuk membangun negara dan sekiranya sekatan dilakukan, ianya seolah-olah PAKLAH masih takut dengan bayang-bayang sendiri. Seorang Pemimpin yang bagus adalah seorang pemimpin yang diterima oleh semua rakyatnya.

sekian, terima kasih.

BUKAN PROFESSOR.

2. Mad Tajdid - July 22, 2008

Siapa kata haram? yang kita kata, tak perlu Muzakarah dengan UMNO buat masa ini. Kesudian Muzakarah dengan PAS oleh UMNO atas kepentingan politik pemimpin mereka bukan melayu pun. Kalu tak caye kita tengok nanti kalau masa mereka kuat nanti jangan harap nak muzakarah ngan kita.

UMNO mana pernah ada ingat nak jaga melayu. dah 50thn memerintah ape jadi kat melayu .peruntukan berbilion tapi melayu makin mundur dan muda-mudi makin terjerumus kelembah maksiat. Apa yang kita boleh berbangga dengan melayu setelah 50thn kita merdeka ..?

Nak bincang jangan bincang soal melayu kita bercakap tentang Islam. Saya tak arif tentang Islam dan sejarah nya tapi adake Nabi muzakarah dengan kepentingan bangsa Quraish dalam negara Mekah atau madinah?

Saya sendiri melayu tapi dah meloya nak bercakap bab melayu tak ada berkat apapun bercakap bab melayu ni . Bila bercakap bab kepentingan ISLAM dan kesudian UMNO melaksanakan ISLAM saya setuju tetapi waktu dan tikanya tak sesuai untuk kita berbincang dengan UMNO .Mereka bukan ada matlamat suci bagi tujuan ini melainkan mereka ada agenda buruk terhadap PAS dan PAKATAN.

Kita PAS jangan mudah digula-gulakan oleh UMNO untuk kepentingan politik kotor mereka.

Kalau benar-benar mereka (UMNO) ikhlas, masa ini sesuai untuk kita debat soal dasar dan pegangan parti dan matlamat perjuangan memertabatkan ISLAM kerana hanya Islam yang akan menyatukan semua bangsa dalam negara ini . Nabi menjanjikan ISLAM sebagai rahmat untuk seluruh alam bukan untuk melayu sahaja.

3. ramly atan - July 22, 2008

Apa salahnya untuk para pemimpin parti bertemu dan berbincang beberapa perkara yang mempunyai kepentingan bersama dan bagi mana-mana yang boleh disepakati? Isu-isu kepentingan Melayu, memartabatkan kedudukan agama Islam, masalah-masalah sosial terutamanya di kalangan masyarakat Melayu baik di bandar mahu pun di pendalaman. Tidak bolehkan para pemimpin bangsa tanpa mengira batas parti untuk mereka duduk semeja berusaha untuk mencari penyelesaian agar bangsa dan agama Islam tidak menjadi asing di Tanah Air sendiri?
Sdr IB, salam.
Tak salah pertemuan antara peminpin parti. Tapi terus terang dengan penyokong. Jangan berdolak dalik. Mula-mula kata tidak lepas tu mengaku. Kita parti islam penting untuk bersikap jujur dan amanah. Kalau dijelaskan topik yang dibincang secara terbuka alangkah baiknya. Ini sebut dah jumpa tapi butir muzakarah tak dinyatakan dengan jelas macam ada tawar menawar jawatan. Itulah pokok persoalan rakyat yang memangkah parti islam seperti saya.
Benar kata Tok guru nik aziz pertemuan atas nama individu tak apa tapi jangan atas nama parti. Orang yang bukan islam dan memangkah parti islam masa PRU12 akan keliru dan rasa dikhianati. Ini akan membawa imej buruk kepada islam bagi orang bukan islam. Lupakah kita tahuin 2004 BN menang besar adakah dia ajak kita muzakarah? Nak dakwah UMNO bagi saya kelakar tu sebab UMNO kan ada ulamak dia. Kalau betul atas dasar islam buatlah muzakarah dengan ulamak UMNO mudah-mudahan mereka sedar dari lamunan syurga duniawi. Terima kasih sdr IB. Wassalam.

4. fieza - July 24, 2011

semua komen diatas berdasarkan agakan anda sahaja..sedangkan islam x suruh kita bersangka buruk kepada perkara2 kebaikan..bermuzakarah adalah perkara baik tapi mentah2 ditolak oleh pas..contah pemimpin islam begini kah yg kita nak ikut?belum bermuzakarah dah bersangka buruk..subhanallah..sedarlah pada fanatik2 pas…anda jangan terus dikuasai minda semata2 mendengar ayat2 dan terus bersangka ini lah parti islam sejati,..sekarang cina pon dah pergunakan hadis dan dalil seperti pas..jgn suatu hari nanti anda juga menganggap mereka adalah tok alim anda juga dah la.pikir la.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: