jump to navigation

Mercedes Lebih Menjimatkan Dari Proton Perdana July 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Pembaziran, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , ,
trackback

Amatlah sukar bagi MB Terengganu, Ahmad Said, untuk berhujah bahawa membeli Mercedes lebih menjimatkan dari membeli Proton Perdana. Pusing ikut mana pun hujahnya tidak dapat berdiri.

DIlaporkan 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 mahu dibeli berbanding dengan Perdana Eksekutif yang mungkin bernilai sekitar RM100,000 sebuah (tanpa cukai!). Maka untuk 14 buah pun hanya baru RM1.4 juta!

Kos untuk beli sudah lebih sekali ganda.

Kemudian dikatakan kos penyelenggaraan Perdana Exco Toh Chin Hwa untuk tempoh 36 bulan menelan RM50,000. Ini sebenarnya menimbukan beberapa persoalan.

Pertama, menimbulkan persoalan kemungkinan penyelewengan dalam tuntutan perbelajaan penyelenggaran – suatu yang biasa kita dengar. Kedua, teruk sangat ke Perdana hingga baru pakai 3 tahun kena belanja separuh harga kereta? Ketiga, apakah kos penyelenggaran kereta Toh yang paling tinggi? berapa pula yang terendah? Kalau kos kereta Toh yang tertinggi – pelik juga sebab dia ADUN Bandar – tidaklah sebanyak ADUN lain dari segi jarak perjalanan dan dari segi bebanan terhadap kereta berbanding ADUN lain di perkampungan. Keempat, malu Proton kalau dikatakan kos penyelenggaran kereta mereka terlalu tinggi dan yang lebih memalukan bila dibanding kos untuk penyelenggaran Mercedes!

Kalau pun nilai pembaikan berjumlah RM50,000 dan dicampur dengan harga beli RM100,000, maka barulah RM150,000 untuk tempoh 3 tahun. Apakah Mercedes tidak perlu penyelenggaraan langsung dalam tempoh tersebut? Walaupun tidak perlu langsunglah tukar minyak hitam sekalipun, kos Mercedes tersebut (RM245,000) tetap jauh lebih tinggi dari Perdana berserta dengan kos penyelenggaraan (RM150,000).

Malah, IB juga salah seorang pengguna Perdana. Purata perjalanan IB ialah 25 ribu km setahun. Selepas hampir 5 tahun kini, kos penyelenggaraan kereta IB tidak melebihi perbelanjaan Toh Chin Hwa selama 3 tahun. Walapun “gearbox” dah kena tukar!

Hujah kedua yang diguna oleh Ahmad Said ialah harga jualan balik (second hand) nanti. Persoalahnya ialah, sejak bila kerajaan negeri menjadi agen jual kereta terpakai. Apakah mesti kereta itu dijual selepas baru diguna?

Apakah sebelum ini kereta terpakai Exco benar-benar dijual mengikut harga pasaran? Apakah benar mereka yang telah mendapat manafaat sebelum ini benar-benar membayar dengan harga yang sebenar? Malah mereka turut mendapat nombor pendaftaran yang bernilai jika dibeli dari JPJ tanpa dikenakan sebarang “lebihan nilai” atas nombor tersebut.

Kalau Ahmad Said nak katakan Mercedes lebih selesa, maka itu bolehlah diterima hujahnya. Tetapi apakah perlu mereka berselesa ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang keperluan serta jabatan dan agensi kerajaan disaran untuk berjimat cermat? Lagipun untuk perjalanan di sekitar kawasan ADUN mereka – tak sempat nak berselesapun – dekat sangat. Dan rakyat bukan nak tengok lagak ADUN dengan kereta mewah mereka. Dan bila perlu ke KL, mereka kerap menggunakan penerbangan.

Itulah yang IB katakan, pusing ikut manapun memang sukar untuk Ahmad Said menjustifikasi pembelian Mercedes bagi mengantikan Perdana.

Persoalannya mana pergi kereta yang Idris pakai dulu? Haji Hadi semasa menajadi MB dulu mengguna Mercedes lama – yang berumur lebih 5 tahun.

Sekian IB.

Comments»

1. BUKAN PROFESSOR - July 22, 2008

Assalamualaikum W. B. T.

Seolah-olah satu perkara yang tidak pelik apabila ianya datang daripada MULUT SEORANG PEMIMPIN UMNO dengan menyatakan RM50,000 diperlukan untuk membaikpulih kerosakan pada sebuah KERETA PERDANA untuk tempoh 3 tahun.

Sepatutnya, kalau dari segi effisyen, KERAJAAN TERENGGANU SEPATUTNYA MENGAMBIL KERETA VIOS takpun PAKAI SAVVY, KANCIL atau KELISA kerana KEREtA KANCIL lebih sikit perbelanjaannya dan mudah ke sana sini dan juga menjimatkan minyak.

sekian, terima kasih.

BUKAN PROFESSOR.

2. hafiz - July 22, 2008

Yaaa… mereka sebenarnya bodoh tapi tidak mahu mengaku bodoh!

3. atuk00 - July 22, 2008

Bila baca kisah Mat Said ni teringat teman masa PRU12 lepas.Ketua Pemuda Umno cawangan teman sanggup serahkan buluh2 yg digunakan untuk memacak bendera mereka kepada petugas Pas semata2 boikot kerana wang yang dijanjikan tidak sampai ketangan mereka.Itu lah Umno…bukan macam Pas yang bekerja lillahi taala..

4. CROWOK_70 - July 22, 2008

nak berlagak je… itulah ungkapan yang sesuai untuk MB baru tu…. Konon nak bela rakyat… poooorrraahhhhhh…..

5. mka - July 23, 2008

tak berterima kasih langsung kat rakyat yang berduyun2 sokong tuanku masa tuanku lantik dia jadi MB dulu. membazir dah jadi perkara biasa kot…dulu masjid kristal. hm…

6. smie - July 24, 2008

OMNO memang tidak boleh dipercayai dan suka membazir, menyeleweng, Moto UMNO ialah “Bergaya, Efisien, Ego, Sombong” Tahniah leee orang Ganu sebab sokong Pemimpin Berhati Mulia? dan Buang pemimpin beriman dan bertakwa…

7. abu bakar - July 24, 2008

apa boleh buat aku pun nak benz e200 aku tgk muka mat said macam muka penjual tempe aje wahai sultan terangganu apa dah jadi org kuat kau takkan tgk jeee dan idris jusuh perangkap sang kancil sudah kena idris tepuk tangan mari kita pangkah pass sokong pas idris ke mat tempe ke same jee makan duit rakyat nasib aku bukan orang terangganu bodoh bedengung buat masjid kat tgh pulau royalti minyak serah kat pusat mat said tak habiss habis jual tempe idris jusoh tgh menanggok di air keruh laa kalu ko nak selamatkan kan tempe koo baik ko pusing cakap koo wahai said tempe kalu tak tempe ko tak laku nak jual

8. Apa Muslihat Mat Said Dengan “Mechedih”nya « Ibrahimbaba’s Weblog - July 25, 2008

[…] dapat disangkal ialah “Mechedih” lebih gah dari Perdana. Amat sukar untuk memberi justifikasi yang waras bahawa Mercedes adalah lebih menjimatkan dari Proton Perdana. Memang sukar untuk masuk akal. Jika Mat Said tidak berfikiran jauh dan bersedia dalam langkah […]

9. 2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said « Ibrahimbaba’s Weblog - July 26, 2008

[…] benar tidak Perdana lebih mahal untuk diselenggara kini akan hilang begitu sahaja. Kerajaan akan terpaksa mengeluarkan peruntukan baru untuk membeli […]

10. 2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said « Pinkturtle - July 26, 2008

[…] benar tidak Perdana lebih mahal untuk diselenggara kini akan hilang begitu sahaja. Malah kerajaan akan terpaksa mengeluarkan peruntukan baru untuk […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: