jump to navigation

Apa Muslihat Mat Said Dengan “Mechedih”nya July 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Dengan pelbagai perkembangan terkini yang berlaku berhubung keputusan kerajaan Terengganu membeli kenderaan Mercedes untuk kenderaan rasmi membuat IB tertanya apakah sebenarnya muslihat Ahmad Said dalam hal ini.

Dengan loghat pekatnya Mat Said nampak berkeras mempertahankan keputusannya membeli “mechedih”. Dia bertegas dengan pendiriannya sambil menggunakan Pekelilingan Kerajaan hingga mencabar kabinet kerana mengeluarkan pekeliling tersebut.

Ada pula yang mengatakan mungkinkah Mat Said ada muslihat di sebalik keputusannya tidak membeli kereta nasional selepas mendedahkan kos penyelenggaaran yang teramat tinggi untuk kereta yang digunakan oleh musuh politiknya, Idris Jusuh. [angka tersebut telah ditarik balik oleh SUK Mokhtar Nong dikatakan kerana kesilapan keraninya].

Tidak dapat disangkal ialah “Mechedih” lebih gah dari Perdana. Amat sukar untuk memberi justifikasi yang waras bahawa Mercedes adalah lebih menjimatkan dari Proton Perdana. Memang sukar untuk masuk akal. Jika Mat Said tidak berfikiran jauh dan bersedia dalam langkah silatnya ini maka dia belum cukup matang. Dan mungkin bakal tersungkur. Tetapi IB pasti tentu ada sesuatu muslihat. Kita tunggulah jika perkembangan seterusnya dapat membongkar muslihat sebenarnya atau dapat ditimbus dan disorok oleh pihak-pihak tertentu demi menjaga “maslahah parti”.

Kemudian ada yang mengata bahawa Mat Said telah menunjukkan belangnya kerana berani melawan “bos” dan sesiapa saja. Mereka yang pernah menonton video Mat Said ajak Wahid Endut “bergocoh” semasa sidang DUN lepas memang memperakui bahawa Mat Said ini memang suka nak “ggocoh”.

Ciri-ciri keberanian inilah yang membuat Idris tersungkur 4 bulan lalu. Kalaulah tokoh lain yang dipilih Tuanku sudah pasti lebih mudah mengalah melawan pimpinan pusat.

Sekian, IB

Comments»

1. 2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said « Ibrahimbaba’s Weblog - July 26, 2008

[…] Entah apa muslihat yang dirancang, tetapi hasil keberanian dengan sikap “nok ggocoh”nya, Mat Said berkeras dengan pembelian “Mechedih”nya. Mat Said tidak hiraukan arahan pekeliling persekutuan dan bersungguh dengan hujjah hingga membawa Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat kos penyelenggaraan kereta-kereta Perdana yang dibeli kerajaan Terengganu pada 2004 lalu. […]

2. acar masak - July 26, 2008

lepas mamat kata kes mechedih selesai, mamat korek pulok pasal taman tamadun islam dan monsoon cup di duyong.

memang, mamat ni ada kes berantai. kalu kite perati, mamat jugok suroh bpr teruskan siasatan pasal selenggara p.perdana yang melampau.

acar_masak nampok, mamat anak pok id ni, dudok chokeh bisul besor di punggong pok loh / umno.

3. Pinkturtle - July 26, 2008

[…] Entah apa muslihat yang dirancang, tetapi hasil keberanian dengan sikap “nok ggocoh”nya, Mat Said berkeras dengan pembelian “Mechedih”nya. Mat Said tidak hiraukan arahan pekeliling persekutuan dan bersungguh dengan hujjah hingga membawa Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat kos penyelenggaraan kereta-kereta Perdana yang dibeli kerajaan Terengganu pada 2004 lalu. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: