jump to navigation

Tahiah Buat Anwar – Amanah Menanti August 27, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , , ,
add a comment

Tahniah buat Saudara Anwar Ibrahim yang baru memenangi kerusi P44 Permatang Pauh. Tahniah juga kepada seluruh jentera gandingan pelbagai parti dalam PR yang bekerja dengan penuh semangat dan tidak mengira penat lelah untuk memastikan Penasihat PKR melangkah masuk ke Parlimen.

Kini bermulalah bab baru dengan amanah yang dipikul oleh Anwar. Ingat akan janji-janji yang telah dibuat. Ingatlah amanah yang Allah Azzawajala telah tetapkan demi memelihara agama dan bangsa.

Ingatlah gema-gema yang kerap dilaungkan dahulu seperti:

“Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya”

Sekian, IB

Advertisements

Bila Mana AUKU Boleh Diketepikan? August 15, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik.
Tags: , , ,
2 comments

Tiba-tiba sahaja AUKU dimansuh (sekurang-kurangnya untuk sementara waktu) bagi semua para pelajar UiTM seluruh negara. Ini bagi membenarkan para pelajar UiTM untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara membantah cadangan MB Selangor, Khalid Ibrahim.

IB juga kurang bersetuju dengan cadangan MB Khalid, tetapi tidaklah sehingga perlu dikerah suruh seluruh warga UiTM berarak menunjuk perasaan – demonstrasi.

Apa yang IB ingin sebut di sini ialah tiba-tiba sahaja pihak pentadbiran UiTM tidak melarang para pelajar mereka berdemonstrasi. Apakah memang pentadbiran benar-benar memberi keizinan ini? Jika tidak ini bermakna, para pelajar tersebut tertakluk kepada tindakan disiplin kerana melanggar AUKU.

Atau apakah demonstrasi yang tiba-tiba berlaku di satu demi satu kampus UiTM seolah-olah secara teratur memang di”atur” oleh pihak tertentu? Jika ini yang sebenarnya, maka tindakan harus diambil terhadap mereka yang mengatur rapi demonstrasi di beberapa kampus UiTM.

Jika tiada tindakan diambil maka apakah ini suatu perkembangan terbaru bahawa AUKU dengan cara diam-diam telah pun dimasnuhkan – istimewa untuk pelajar UiTM?

Jika tidak, ini bermakna pihak pentadbiran UiTM ”double standard” apabila mengkerahkan para pelajar mereka untuk berdemonstrasi membantah cadangan hanya kerana ianya datang dari seorang MB yang bukan dari parti komponen BN. Itu sahaja!

Sekian, IB

Anwar Tolak Tohmahan RPK August 14, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , ,
3 comments

Akhirnya Anwar secara rasminya (dalam blog beliau) menolak tohmahan yang dibuat oleh RPK terhadap Rameli Musa sebagai orang yang mengkonspirasikan bersama Ezam dan Nalla dalam kes liwat DSAI.

Semenjak dari lontaran fitnah pertama oleh RPK terhadap Rameli Musa, IB telah mempersoalkan kenapa Anwar tidak bersuara. Maka apabila tohmahan yang makin dahsyat yang dibuat RPK, IB tiada kaedah lain kecuali menyeru agar Anwar WAJIB menjawab dan hanya Anwar yang boleh menangkis fitnah terbaru ini. Amatlah tidak wajar dalam kita mengatakan orang lain memfitnah kita tetapi kita membiarkan fitnah yang lain yang hanya kita yang mampu membersihkannya. Syabas Anwar!

Bagi mereka yang mengenali rapat Rameli Musa, tidak akan mungkin beliau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai mengkhianati Anwar. Bukan sahaja kerana persahabatan mereka tetapiu juga kerana keperibadian beliau yang tidak memungkinkannya.

Yang menjadi persoalan kepada IB ialah apakah sebenarnya yang RPK mahukan apabila sengaja melontarkan fitnah yang langsung tidak masuk akal sebegini? Apakah ianya suatu peras ugut? Apakah ianya suatu ”kerja barua” untuk seseorang yang sebenarnya ingin menjatuhkan Rameli atau melaga-lagakan Rameli dengan Anwar?

Inilah bahayanya fitnah memfitnah. Gejala fitnah ini adalah antara akhir zaman. Bahana fitnah amat dahsyat terhadap mangsa dan keluarganya, sahabat handai dan ianya juga merosakkan masyarakat sekalian.

Sekian, IB

Didoakan Tiada Emas Dari Olimpik August 11, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Pembaziran.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Di antara perbualan ramai, selain isu forum Majlis Peguam, di majlis-majlis kenduri di hujung minggu baru-baru ini ialah sukan Olimpik. Ada yang bercerita kemeriahan majlis pembukaan sukan di kota Beijing tersebut. Malangnya (untungnya), IB tidak minta sangat dengan sukan Olimpik untuk menonton siaran tersebut.

Maka IB beralih berbual-bual dengan saudara mara yang datang dari kampung untuk menghadiri jamuan kenduri. Pokok perbualan mereka ialah kesukaran hidup dengan keadaan harga barangan yang meningkat dan ramai lagi saudara mara yang tidak dapat datang semata-mata kerana mereka benar-benar tidak cukup wang untuk tambang bas pergi dan balik.

Begitulah keperitan yang dirasai mereka – orang kebanyakan. Mungkin yang “sombong” dan menunjuk-nunjuk yang tidak ingin menerima suasana atau mengakui mereka kini kesempitan kewangan sahaja yang masih bermewah. Tetapi bermewah dalam keadaan berhutang sebenarnya.

Orang kebanyakan terpaksa mencatu pelbagai keinginan demi untuk membeli barang keperluan yang kian meningkat harganya. Orang kebanyakan ini tidak mampu untuk mengguna kad plastik.

Dalam perbualan dengan saudara-mara yang ternyata mengalami keperitan hidup ini terluahlah komen-komen berhubung pelbagai pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan, syarikat-syarikat konglomerat termasuk GLC dan sesetengah tokoh korporat.

Selari dengan perkembangan sukan Olimpik, kebanyakkan mereka sepakat membantah hasrat kerajaan untuk mencurah jutaan RM lagi untuk mana-mana pemenang yang bakal membawa pulang pingat. Malah mereka mendoakan agar kontingen Malaysia tidak memperolehi apa-apa pingat – apatah lagi pingat emas.

Kenapakah mesti seorang itu mendapat wang sejuta RM walhal dengan wang sejuta boleh membantu ratusan usahawan kecil untuk mula berniaga. Dengan jumlah wang yang besar tersebut banyak yang orang kebanyakan boleh manfaat dengan cara berpanjangan.

Untuk persediannya para peserta olimpik ini telah dimanjakan dengan pelbagai pembelajaan wang ringgit yang besar – tidak itu sudah cukup untuk membelai mereka ini. Apakah mereka ini boleh mencapai tahap untuk memampukan mereka menyertai Olimpik jika “subsidi” yang selama ini tidak dicurahkan. Apakah mampu mereka berjaya tanpa bantuan kewangan yang diberi? Jutaan ringgit untuk segelintir kecil berbanding dengan jumlah yang sama boleh dimanfaatkan oleh ratusan dan mungkin ribuan yang lain yang mampu memimpin mereka keluar dari tahap kemiskinan.

Apakah mereka yang mempersoalkan pembelanjaan mewah untuk sukan boleh dikatakan sebagai tidak patriotik? Kisah pembaziran untuk membina pusat sukan cemerlang di kota London masih belum terjawab. Apakah mereka yang membazir wang rakyat patut dipanggil tidak patriotik?

Sekian, IB

Kenapa Hamid Albar Terketar-ketar? August 8, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , , , , ,
4 comments

Apabila kita menonton buletin TV3 malam tadi, ketika Syed Hamid Albar menjawab pertanyaan kenapa Anwar seorang sahaja yang didakwa sedang Saiful tidak, kita dapat lihat Hamid serba salah menjawabnya.

Kita dapat lihat dengan jelas pergerakan tangan dan badannya (body language) yang ketara gelisah. Ketika beliau hendak menolak cermin mata dengan jarinya, kita dapat lihat jarinya terketar-ketar. [Sila tonton video klip tersebut di laman TV3] Tonton bahagian pada minit 6:40 – perhatikan jari telunjuknya. Juga perhatikan gerak badannya yang amat tidak selesa sebelum .

Juga yang amat ketara bagi Hamid Albar ini ialah beliau tidak dapat bertutur/hujah dengan jelas. Kata-katanya banyak yang tersekat dan mencari-cari perkataan yang sesuai.

Apakah petanda ini semua? Adakah sesuatu yang beliau tahu dan ingin berselindung?

Anda tonton dan anda fikir.
Sekian, IB

Pencemaran Kumbahan Khinzir – Rekod Baru Tercipta Di Selangor August 5, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, politik, Selangor.
Tags: , , , , , , , , ,
add a comment

Sebenatar tadi, TV3 melaporkan dalam Buletin 1:30 bahawa selepas 4 bulan isu Kerjaan baru Selangor berkeras ingin membina penternakan moden khinzir, kini timbul pula masalah baru. Dilaporkan bahawa pantai Morib kini dicemari akibat dari aliran dari kumbahan najis khinzir dari penternakan ladang berdekatan sungai di situ.

Kalau ini perkara yang baru tiba-tiba berlaku, maka satu rekod baru tercipta di Selangor. Rekod yang meliputi dari bermulanya penternakan ladang khinzir secara haram yang kemudiannya menghasil pelbagai sisa yang mencemarkan masuk ke dalam sungai yang mengalir ke pantai Morib. Ini semua tiba-tiba sahaja berlaku dalam masa tempoh hanya 4 bulan. Ajaib!

Apakah boleh semua ini berlaku dalam masa yang amat singkat? Apakah tidak mungkin kerajaan BN sebelum ini tidak mempunyai saham dalam memupuk percambahan ladang-ladang penternakan khinzir secara haram ini berlaku?

Hasil dari beberapa panggilan telefon selepas menonton berita tersebut, IB mendapat maklumat yang jauh bercanggah. Menurut penduduk sekitar, pencemaran ini bukan isu baru. Sudah lama mereka menyuarakan bantahan mereka termasuk kepada YB di situ dan MB sendiri. Cadangan untuk membina komplek penternakan khinzir oleh kerajaan BN sebelum ini adalah antara hasilnya. Cuma kini yang terkena “tahi” akibat kerja orang dulu ialah kerajaan sekarang.

Malah, seorang pegawai dari sebuah jabatan kerajaan yang pernah satu masa dahulu ditugaskan untuk menyiasat aduan-aduan tersebut pernah membuat pelbagai saranan termasuk menutup semua penternakan haram tersebut. Tetapi mereka yang pernah memerintah dululah yang bersungguh “mengtong sampahkan” laporannya.

Kita tidak lupa kes laporan demi laporan yang dibuat berhubung isu serupa di Melaka tahun lepas. Sampai ke Ketua Menteri buat komen dengan komitmen hendak mengambil tindakan. Setelah disergah oleh pihak-pihak tertentu – isu itu kini tenggelam. Apa yang jadi kepada orang-orang Melayu yang terdedah dengan pelbagai masalah kari pencemaran kumbahan khinzir? Pak Lah dan Najib sendiri terpaksa mengalah!

Dalam kes di Morib ini, TV3 ingin menheretkan Sultan pula!

Sekian, IB

Wakil Rakyat UMNO Terlebih Dahulu Yang Selalu Letak Jawatan August 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

Perletakan jawatan Wan Azizah sebagai wakil rakyat Permatang Pauh telah diselar oleh pelbagai pihak. Antaranya mengatakan bahawa DSWA tidak bertangguh jawab, mementingkan diri sendiri dan keluarga dan tidak memegang amanah yang telah diberikan oleh pengundi.

Namun apakah ini pertama kali dalam sejarah Malaysia bahawa seseorang yang dipilih dalam pilihanraya meletak jawatan untuk memberi peluang untuk orang lain bertanding? Malah ini telah beberapa kali berlaku sebelum ini dalam sejarah Malaysia.

UMNOlah yang terlebih dahulu dan kerap menukar-nukarkan pemegang jawatan ADUN dengan kerusi yang disandang oleh ahli Parlimen lain demi memberi peluang penyusunan semula jawatan samada sebagai menteri kabinet atau menukar jawatan menteri besar dengan seorang yang bertanding sebagai ahli parlimen sebelum itu.

Sejarah ini telah pun dimulakan oleh UMNO maka apa yang GPMS nak bising? Memang benar budak-budak yang masih bersekolah (pelajar) GPMS ini belum pernah saksikan dalam hidup politik mereka yang amat singkat ini kerana mereka ini semua teramat mentah untuk mengingati sejarah lampau perbuatan pemimpin mereka yang dahulu.

IB teringat juga bagaimana Ketua Pemuda yang juga tidak sedar datuk dan ayahnya yang telah turut keluar UMNO dan menghentam UMNO. Yang lebih mengaibkan, datuknyalah yang kononnya menubuhkan UMNO serta menjadi Presiden pertamanya dan ayahnya pula pernah menjawat sebagai Presiden sebelum Mahathir. Tak hairanlah kerana sudah menjadi adat mantan Presiden UMNO untuk mengutuk kepimpinan UMNO selepas mereka tidak lagi menjadi Presiden. Hentam menghentam sudah menjadi budaya dalam UMNO.

Sekian, IB