jump to navigation

Didoakan Tiada Emas Dari Olimpik August 11, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Pembaziran.
Tags: , , , , , ,
trackback

Di antara perbualan ramai, selain isu forum Majlis Peguam, di majlis-majlis kenduri di hujung minggu baru-baru ini ialah sukan Olimpik. Ada yang bercerita kemeriahan majlis pembukaan sukan di kota Beijing tersebut. Malangnya (untungnya), IB tidak minta sangat dengan sukan Olimpik untuk menonton siaran tersebut.

Maka IB beralih berbual-bual dengan saudara mara yang datang dari kampung untuk menghadiri jamuan kenduri. Pokok perbualan mereka ialah kesukaran hidup dengan keadaan harga barangan yang meningkat dan ramai lagi saudara mara yang tidak dapat datang semata-mata kerana mereka benar-benar tidak cukup wang untuk tambang bas pergi dan balik.

Begitulah keperitan yang dirasai mereka – orang kebanyakan. Mungkin yang “sombong” dan menunjuk-nunjuk yang tidak ingin menerima suasana atau mengakui mereka kini kesempitan kewangan sahaja yang masih bermewah. Tetapi bermewah dalam keadaan berhutang sebenarnya.

Orang kebanyakan terpaksa mencatu pelbagai keinginan demi untuk membeli barang keperluan yang kian meningkat harganya. Orang kebanyakan ini tidak mampu untuk mengguna kad plastik.

Dalam perbualan dengan saudara-mara yang ternyata mengalami keperitan hidup ini terluahlah komen-komen berhubung pelbagai pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan, syarikat-syarikat konglomerat termasuk GLC dan sesetengah tokoh korporat.

Selari dengan perkembangan sukan Olimpik, kebanyakkan mereka sepakat membantah hasrat kerajaan untuk mencurah jutaan RM lagi untuk mana-mana pemenang yang bakal membawa pulang pingat. Malah mereka mendoakan agar kontingen Malaysia tidak memperolehi apa-apa pingat – apatah lagi pingat emas.

Kenapakah mesti seorang itu mendapat wang sejuta RM walhal dengan wang sejuta boleh membantu ratusan usahawan kecil untuk mula berniaga. Dengan jumlah wang yang besar tersebut banyak yang orang kebanyakan boleh manfaat dengan cara berpanjangan.

Untuk persediannya para peserta olimpik ini telah dimanjakan dengan pelbagai pembelajaan wang ringgit yang besar – tidak itu sudah cukup untuk membelai mereka ini. Apakah mereka ini boleh mencapai tahap untuk memampukan mereka menyertai Olimpik jika “subsidi” yang selama ini tidak dicurahkan. Apakah mampu mereka berjaya tanpa bantuan kewangan yang diberi? Jutaan ringgit untuk segelintir kecil berbanding dengan jumlah yang sama boleh dimanfaatkan oleh ratusan dan mungkin ribuan yang lain yang mampu memimpin mereka keluar dari tahap kemiskinan.

Apakah mereka yang mempersoalkan pembelanjaan mewah untuk sukan boleh dikatakan sebagai tidak patriotik? Kisah pembaziran untuk membina pusat sukan cemerlang di kota London masih belum terjawab. Apakah mereka yang membazir wang rakyat patut dipanggil tidak patriotik?

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: