jump to navigation

Anwar Tolak Tohmahan RPK August 14, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , ,
trackback

Akhirnya Anwar secara rasminya (dalam blog beliau) menolak tohmahan yang dibuat oleh RPK terhadap Rameli Musa sebagai orang yang mengkonspirasikan bersama Ezam dan Nalla dalam kes liwat DSAI.

Semenjak dari lontaran fitnah pertama oleh RPK terhadap Rameli Musa, IB telah mempersoalkan kenapa Anwar tidak bersuara. Maka apabila tohmahan yang makin dahsyat yang dibuat RPK, IB tiada kaedah lain kecuali menyeru agar Anwar WAJIB menjawab dan hanya Anwar yang boleh menangkis fitnah terbaru ini. Amatlah tidak wajar dalam kita mengatakan orang lain memfitnah kita tetapi kita membiarkan fitnah yang lain yang hanya kita yang mampu membersihkannya. Syabas Anwar!

Bagi mereka yang mengenali rapat Rameli Musa, tidak akan mungkin beliau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai mengkhianati Anwar. Bukan sahaja kerana persahabatan mereka tetapiu juga kerana keperibadian beliau yang tidak memungkinkannya.

Yang menjadi persoalan kepada IB ialah apakah sebenarnya yang RPK mahukan apabila sengaja melontarkan fitnah yang langsung tidak masuk akal sebegini? Apakah ianya suatu peras ugut? Apakah ianya suatu ”kerja barua” untuk seseorang yang sebenarnya ingin menjatuhkan Rameli atau melaga-lagakan Rameli dengan Anwar?

Inilah bahayanya fitnah memfitnah. Gejala fitnah ini adalah antara akhir zaman. Bahana fitnah amat dahsyat terhadap mangsa dan keluarganya, sahabat handai dan ianya juga merosakkan masyarakat sekalian.

Sekian, IB

Comments»

1. wn - August 14, 2008

Memang tak terfikir Ramli sanggup buat pada Anuar sebab mereka ni sangat rapat dan memang aku tau sejak mereka di Universiti lagi walaupun Ramli di UK.

2. suratkhabarlama - August 15, 2008

Rameli Musa dan Anwar adalah 2 sahabat yg sentiasa tolong menolong.

Semasa Ingress bermasalah di Indonesia, Anwar ada menolong mereka (walaupun Anwar bukan lagi di dalam kerajaan,.. juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Anwar di Indonesia)..

Nurul Izzah juga pernah bekerja di Ingress, di mana mungkin banyak syarikat takut untuk mengambil Nurul kerana status beliau sebagai anak Anwar..takut business mereka dgn kerajaan disekat..

Oleh itu untuk mempercayai Rameli Musa cuba untuk mengkhianati Anwar tu agak susah juga bagi saya..

Rameli mungkin berniat baik apabila cuba menjadi orang tengah untuk muzakarah UMNO & PAS tapi tidak sampai untuk mengkhianati Anwar…

Yg nampak sekarang ini Ezam yang cuba mengkhianati Anwar..

3. tokwan - August 16, 2008

selamat berjuang…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: