jump to navigation

Kenapa Mesti 16 September? September 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, politik.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Kenapa perlu kita tukar kepada tarikh baru untuk meraikan kemerdekaan? Apa sial dan dosanya tarikh 31 Ogos yang telah diterima pakai dan disambut segenap lapisan rakyat serta diiktiraf secara rasminya sebagai tarikh Tanah Air kita merdeka dari jajahan British.

Benarlah bahawa pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi apakah perlu kita tukar-tukarkan tarikh ini hanya kerana penambahan dua (tiga) lagi negeri menyertai kerajaan persekutuan?

Kita lihat amalan negara-negara lain. Apakah negara lain juga menukar-nukar tarikh keramat negara mereka setiap kali penambahan negeri atau wilayah dicapai?

Kita ambil contoh Amerika Syarikat. Tarikh 4 Julai dipilih sebagai tarikh kemerdekaannya. Walaupun pada tarikh tersebut sebenarnya meraikan tarikh pengistiharan kemerdekaan pada tahun 1776 tetapi ianya mulanya diistiharkan dua hari sebelum itu. Malah hanya pada 2 Ogos adalah tarikh sebenar kebanyakkan ahli kongress waktu itu menandatangani pengistiharan kemerdekaan. Dan lebih menghairankan lagi, pengistiharan kemerdekaan hanya diiktiraf 7 tahun selepas itu di bawah Perjanjian Paris (1783) – dan tarikh perjanjian ini tidak pula diterimapakai sebagai tarikh sebenar kemerdekaan mereka.

Semasa pengistiharan kemerdekaan dibuat, hanya ada 13 buah negeri sahaja yang bergabung. Satu demi satu negeri-negeri lain menyertai persekutuan Amerika Syarikat pada tarikh-tarikh yang berbeza. Namun, tarikh kemerdekaan mereka masih tetap kekal 4 July. Pada 1976, mereka menyambut secara besar-besaran ”bicentennial celebration” (200 tahun) mereka. Mereka tidak menerima pakai tahun 1959 tarikh terakhir Alaska dan Hawaii menyertai persekutuan mereka.

Kita ambil satu lagi contoh negera Vietnam. Tarikh 2 September diambil sebagai tarikh kemerdekaan mereka dari Jepun pada tahun 1945. Mereka tidak mengambil tarikh Amerika mengundurkan diri dari Saigon yang akhirnya menyatukan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.

Kalau hendak diambil kira tarikh 16 September sebagai tarikh kejayaan kita menyatukan Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Malaya, maka apakah tarikh baru patut kita raikan apabila tarikh sebenar negeri-negeri dikira Malaysia kini ialah selepas Singapura keluar Malaysia. Itulah tarikh baru sepatutnya. Itulah tarikh bermulanya persekutuan 13 buah negeri yang kekal hingga kini.

Kalau hanya sekadar memenangkan hati dua negeri baru yang menyertai persekutuan maka kita perlu cari pengertian baru untuk kita kenangkan tarikh penjajah akhirnya menyerah kuasa kepada rakyat tempatan selepas menjajah silih berganti semenjak 1511.

Sekian, IB

Comments»

1. nu_Ox3r - September 2, 2008

hanya sekadar cuti biasa.bukan bermakna kita hapuskan terus 31 ogos.kenapa perlu gelabah??kita raikan kemasukan sabah sarawak.mereka juga rakyat malaysia.jangan prejudis

2. Cavalera - September 3, 2008

org nak bagi cuti…ambil je la, dahla hari2 lain susah nak cuti malah dipaksa OT lagi…

3. membar pencen Lembah Keramat - September 3, 2008

Ambil aja le cuti orang nak kasi apa yang banyak cerita lagi. kalau tak mau cuti ayoh pergi kerja apa susahnya kami yang dah pencen tak kesah itu semua kami tetap cuti 365/366 hari satu tahun.

4. alhadee - September 5, 2008

IB,

Tumpang lalu.

Saya merasa hairan dengan kenyataan saudara yang bercanggah. Dalam satu perenggan saja boleh dua kenyataan yang berlainan.

Saya salin semula;

‘..Benarlah bahawa pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak (dan juga Singapura) bersama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi apakah perlu kita tukar-tukarkan tarikh ini hanya kerana penambahan dua (tiga) lagi negeri menyertai kerajaan persekutuan?..’

Mula-mula saudara kata, Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya (4 entiti) bersatu menjadi Malaysia. Tetapi pada ayat yang kedua pula menyatakan ‘3 negeri menyertai kerajaan persekutuan’?

Bersatu dan menyertai adalah dua perkara yang sangat berbeza. Dalam ayat anda yang kedua, menyertai kerajaan persekutuan yang mana IB? Adakah anda bermaksud kerajaan persekutuan Malaysia? Malaysia tidak wujud sebelum 16 Sep 1963!

Faktanya adalah begini, 4 entiti yang berlainan bersetuju untuk bergabung (bukan siapa2 menyertai sesiapa yang lain) dan membentuk satu gabungan yang baru (iaitu Malaysia).

Kes Kerajaan Amerika Syarikat adalah berlainan. Itu adalah negeri2 tersebut menyertai Amerika Syarikat, yang sudah pun wujud. Jadi tidak timbul soal bila tarikh kemerdekaan.

Ayat anda yang kedua itu adalah salah. Sabah dan Sarawak menyertai kerajaan persekutuan yang mana? Malaysia? Malaysia tidak wujud pada masa itu, yang ada cuma Persekutuan Tanah Melayu.

5. filabong - September 10, 2008

bilakah tarikh sebenar sabah merdeka?dimana? dan siapa yang mengistiharkannya?

6. filabong - September 10, 2008

adakah 16 september 1963 adalah tarikh sebenar kemerdekaan malaysia?

7. roslisalem - September 11, 2008

tarikh tak salah ..masing-masing ada justifikasi tersendiri ..

tapi bukankah hari kemerdekaan dalam konteks malaysia ni berdasar pembebasan dari penjajah ??

malaya bebas dari penjajah 31 ogos,
manakala sabah sarawak bebas dari penjajah 16 september..

jadi sambut aja la 31 ogos sbg hari kemerdekaan, dan 16 sept sbg hari malaysia ..nak senang, samada bagi cuti atau tak bagi cuti langsung dua-dua ..

sama-sama padan muka ..he he ..

8. markisa - September 16, 2009

menyertai KERAJAAN PERSEKUTUAN??

sombong nyer saudari…KALAU SABAH & SARAWAK tidak BERGABUNG dengan TANAH MALAYA…. MALAYSIA tidak terbentuk pun =P

cetek betol pemikiranmu.

9. ketuanan melayu - December 18, 2009

agak2 ko kalau sabah sarawak x masuk malaysia ko ingat menteri ko skang melayu ker…???ko nak bandingkan ngan US….puihhhh….ingat sikit jasa sabah sarawak yang banyak bantu melayu…..anak2 melayu ni mudah lupa plak….ni la hasil kalu pengubah2 sejarah dan fakta terdahulu dari bangsa melayu….tembirang lebih ego lebih….kalu hebat xpa jugak…..semua sejarah dalam buku teks sekolah pasal tanah melayu sebelum atau selepas merdeka adalah rekaan semata2……

10. ketuanan melayu - December 18, 2009

jgn buat pandai la semenanjung…..tanpa sabah sarawak tempang kaki kamu semua kena hentam cina…..sekarang boleh la kamu berapi2….kalu sabah sarawak keluar malaysia mkn taik la kamu sana….apa hasil semenanjung nak bayar hutang negara berjuta2 tu…???setakat minyak terengganu yang kecik tu korang rasa cukup ker wt menara petronas tu…???tulah hasilnya kalu fakta diubah….identiti bangsa tiada….kebudayaan curi indonesia punya….mcm monyet dapat bunga….hipokrit lebih….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: