jump to navigation

Kes Altantuya – Tetap Mengikut Skrip Yang Dirancang October 31, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kehakiman, Ketelusan.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Sepertimana ramai telah maklum bahawa Razak Baginda kini telah dibebaskan oleh mahkamah. Dengan pembebasan ini maka benarlah jangkaan awal kebanyakan orang bahawa Razak Baginda akan dibebaskan dan Azilah bersama Sirul akan menjadi “scapegoat”.

Skrip untuk melepaskan mereka yang benar-benar bertanggung jawab, selepas terbongkar pembunuhan model dari Mongolia itu, semakin jelas dan berjalan baik.

Dikatakan terdapat banyak bahan-bahan bukti kes tidak dibawa kehadapan pembicaraan. Banyak mempersoalkan kenapa maklumat sms di antara orang-orang pentiing negara yang pernah dihebohkan sebelum ini dirahsiakan. Kenapa ianya tidak disiasat?

Dengan wajah kedua-dua Azilah dan Sirul yang masih dirahsiakan dari ditatapi umum dan tidak ada mana-mana media yang berani menyiarkannya (hatta gambar kedua-dua mereka diwaktu lain semasa bertugas dan gambar simpanan keluarga) semakin mengiyakan kesangsian orang ramai. Tidak mungkin, ahkbar-akhbar kita yang gemar isu-isu dan perkara sensasi tidak dapat mencari gambar wajah sebenar mereka untuk disiarkan. Mustahil!

Jika begini urutan skripnya, maka tidak mustahil pula setelah dijatuhkan kesalahan nanti, Azilah dan Sirul bakal mendapat ganjaran tertentu sebagai hadiah pengorbanan mereka.

Adalah MUSTAHIL untuk dua orang anggota polis dari unit yang dilatih khas ini memandai-mandai membunuh seorang model bangsa asing yang dikaitkan dengan seseorang ternama di Malaysia (Razak mengaku ada hubungan sulit – di dalam afidavitnya) tidak menerima arahan tertentu sebelum bertindak.

Apakah pula helah kedua-dua mereka dalam pembicaraan seterusnya nanti apabila ditanya berhubung motif pembunuhan?

Namun ini semua adalah mahkamah dunia. Pesalah yang sebenarnya pasti tidak dapat lari dari penghakiman yang Maha Adil dan Maha Bijaksana nanti. Pesalah itu bukan sahaja disiksa dengan kesalahan itu malah akan disiksa pula dengan penipuan dan pelbagai putar-belit lain yang dilakukan dalam usaha menyelamatkan dirinya.

Dan dikurang juga, mereka yang bersengkongkol dalam kekejaman ini akan turut menerima balasannya. Allah Azzawajalla boleh menangguhkan siksa itu pada hari kemudian dan Allah boleh juga menampakkan balasanNya di bumi ini nanti.

Ya Allah – lindungilah kami dari fitnah akhir zaman. Ameen.

Sekian, IB.

Comments»

1. Hj.Salam Bin Jumiran PJK. - October 31, 2008

Satu jalan penyelesaian adalah dengan menggantikan kerajaan
sekarang dengan kerajaan yang boleh dipercayai.

2. cyah - November 4, 2008

Saya pung bukanlah org yg arif.. tapi saya hairan sangat.. org yg mcm PM pung tak bleh adil dlm melihat kes ini.. susah sangat ker mencari buktinya… alih2 letak jawatan. geram sungguh..

Ya Allah, tunjukkanlah hidayah MU.. Amin..

3. azman - April 15, 2011

Samada kita sedar atau tidak, sebenarnya apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin sekarang ni sedang mengundang kemurkaan ALLAH

4. azman - April 15, 2011

Kita telah melihat kekuasaan ALLAH, lihat saja kejadian malapetaka yang berlaku diseluruh dunia sekarang ni adalah kaitan dengan perbuatan manusia itu sendiri. lebih2 lagi pemimpin sekarang khasnya PM sengaja merupakan seorang terlalu banyak skandal(kaki betina) tapi tiada siapa berani dedahkan kenapa, sebab mereka ini adalah MAFIA yg sanggup buat apa saja asalkan kedudukan mereka terjamin.
Kita tunggulah BALA yang ALLAH akan turunkan di sebabkan spesis PM yang sedang rancak fitnah-menfitnah sesama insan. Spesis ini sebenarnya sudah lalai dan taksub dgn dunia sehingga mereka lupa tujuan ALLAH jdkan manusia
Mereka ini memandang segala “HINT” yg ALLAH tunjukkan itu dgn mata kasar bukan dgn MATA HATI.
YA ALLAH KAMI BERMOHON PD MU HAPUSKAN LAH SPESIS2 TERKUTUK INI DARI MUKABUMI MU YG PENUH DGN RAHMAT INI. SESUNGGUHNYA KAMI AMAT TAKUT DENGAN AZABMU!
AMIN! ALLAHUAKBR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: