jump to navigation

Shahrizat lawan Rafidah November 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in Mahathir.
trackback

Oleh Misiah Taib, Norfatimah Ahmad, Faiza Zainudin, Nazura Ngah
bhnews@bharian.com.my

Ketua Wanita Umno tekad pertahan jawatan

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu, manakala Tan Sri Rafidah Aziz tetap bertegas mahu mempertahankan jawatan berkenaan pada pemilihan parti, Mac depan.

Keputusan itu sekali gus melenyapkan pelan peralihan kuasa Wanita Umno pada Jun 2009 yang diumumkan Rafidah pada Ogos lalu dan dijangka bakal mencetuskan kemelut baru dalam kepemimpinan pergerakan yang menjadi sayap kanan parti itu.

Dalam kenyataan dua perenggannya, Shahrizat berkata beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.

“Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuh parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya yang layak bertanding jawatan itu selepas memperoleh 73 pencalonan, manakala Rafidah menerima 117 pencalonan.

Beberapa jam selepas pengumuman Shahrizat itu, Rafidah pula mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya kerana menganggap Naib Ketuanya ingkar terhadap perjanjian pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada mesyuarat Exco Wanita, minggu lalu.

“Oleh kerana Shahrizat telah ingkar dan membatalkan perjanjian peralihan kuasa itu dan membuat keputusan mencabar saya, maka saya akan mempertahankan jawatan saya pada pemilihan parti Mac tahun depan, Insya Allah.

“Persoalannya bukan saya menerima cabaran Shahrizat atau tidak, tetapi ada orang mahu mencabar saya dan saya akan mempertahankan jawatan saya. Kami akan bertemu di gelanggang pada Mac nanti,” katanya kepada Berita Harian.

Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984 kecuali untuk satu penggal berikutan kekalahannya kepada ahli Exconya ketika itu, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang memperoleh kelebihan 27 undi pada pemilihan parti 1996.

Bagaimanapun, Rafidah memenangi semula jawatan itu pada pemilihan 2000 apabila menewaskan Dr Siti Zaharah dengan majoriti 12 undi.

Isu kepemimpinan Wanita Umno sebelum ini turut mendapat perhatian Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu menemui pemimpin pergerakan itu selepas tiada kata sepakat dicapai berhubung pelan peralihan kuasa sayap itu.

Minggu lalu, mesyuarat Exco Wanita menolak cadangan Shahrizat supaya pelan berkenaan dipercepatkan pada Mac depan.

Sebaliknya, mesyuarat itu membuat keputusan mengekalkan pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu pada Jun 2009, manakala jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Mac depan.

Bagaimanapun, Shahrizat tetap mempertahankan pendiriannya supaya pelan peralihan kuasa itu diselaraskan dengan Umno induk, Pemuda dan Puteri pada Mac depan.

Pendirian Shahrizat itu turut mendapat mendapat sokongan ramai pemimpin Wanita, termasuk dari Perak. Ahli Exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim pula sejak awal lagi menolak pelan peralihan kuasa itu dan tetap mahu bertanding jawatan Naib ketua.

Namun, dengan keputusan Shahrizat untuk bertanding Ketua Wanita, Kamilia secara automatik menang jawatan Naib Ketua tanpa bertanding. Ini kerana hanya Kamalia dan Shahrizat layak bertanding jawatan Naib Ketua.

INFO: Sejarah perebutan jawatan Ketua Wanita Umno

  • 1972 – Tan Sri Aishah Ghani mengalahkan Tun Fatimah Hashim
  • 1982 – Tan Sri Aishah Ghani mengalahkan Tan Sri Zaleha Ismail
  • 1984 – Tan Sri Rafidah Aziz menewaskan Tan Sri Zaleha Ismail
  • 1996 – Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz
  • 2000 – Tan Sri Rafidah Aziz merampas kembali jawatan daripada Siti Zaharah
  • Comments»

    No comments yet — be the first.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: