jump to navigation

Banyak jalan Persekutuan tak tepati garis panduan November 29, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20081129071918/Article/index_html

SUBANG JAYA: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mendedahkan kebanyakan jalan Persekutuan di negara ini tidak menepati garis panduan pembinaan sekali gus menjadi antara faktor utama kematian dan kecederaan parah dalam kemalangan.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh, berkata antara masalah utama ialah penyalahgunaan zon kosong pada bahagian tepi jalan.

“Jalan raya yang sempurna mempunyai zon kosong selebar empat meter di bahagian kiri tepi jalan kedua-dua arah dan dilengkapi penghadang jalan.

“Penghadang jalan mampu menyerap impak pelanggaran dan kawasan selebar empat meter boleh mengurangkan kadar kecederaan parah sekali gus mengelakkan kematian,” katanya pada Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Hentian Sebelah Puchong Selatan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.

Bagaimanapun, malangnya penyediaan zon berkenaan tidak diberi perhatian dan jika ada pun kebanyakannya ditanam dengan pokok yang memburukkan lagi keadaan kemalangan.

Katanya, kenderaan yang terbabas akan merempuh pokok tanpa diserap penghadang, menyebabkan kecederaan parah sehingga menyebabkan kematian.

Justeru, beliau berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengenal pasti dan menaik taraf jalan terbabit secara berperingkat.

Beliau berkata, pihaknya turut mengkaji struktur dan kualiti pembinaan trek perlumbaan untuk diterapkan dalam pembinaan jalan raya di negara ini.

“Kita lihat kaedah digunakan di trek perlumbaan mampu menyelamatkan nyawa pelumba dan mengurangkan kecederaan dialami pelumba walau terbabit dalam kemalangan serius.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menerapkan unsur kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam khutbah solat Jumaat.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: