jump to navigation

Nik Aziz Yakin Pas Akan Menang Besar Pilihan Raya Kecil Terengganu December 18, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Nik Aziz Yakin Pas Akan Menang Besar Pilihan Raya Kecil Terengganu

<!–

By: Ramjit

–>

KOTA BAHARU, 17 Dis (Bernama) — Belum pun penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diumumkan oleh mana-mana parti yang bertanding, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau begitu yakin Pas akan menang besar pada pilihan raya itu, 17 Januari depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata keyakinan itu berikutan calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya itu pastinya antara yang terbaik.

“Calon memang tak bahas lagi, tapi kita bercakap pada dasar dan kita yakin sangat akan menang, kalau tidak yakin macam mana nak jadi orang Islam kerana Islam memerlukan keyakinan.

“Bukan itu sahaja, segala apa yang Umno buat selama ini Pas juga boleh buat, pembangunan, Pas boleh buat, nak jaga Melayu, Pas boleh jaga, tak ada sebab langsung untuk Umno dipilih,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Sebelum ini Nik Aziz sudah mempunyai calon pilihan iaitu Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk bertanding bagi kerusi tersebut.

Bagaimanapun, berlaku pergolakan di dalam jawatan kuasa Pas pusat menolak pilihan Nik Aziz itu kerana Mat Sabu dikatakan bukan calon sesuai biarpun pernah bertanding bagi kerusi parlimen itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Batu Buruk, Doktor Syed Azman Syed Ahmad antara calon yang disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya itu.

Pas akan mengumumkan secara rasmi calonnya pada 21 Disember ini.

Selain itu Nik Aziz berkata, rakyat daripada pelbagai kaum dan agama juga dilihat memberi sokongan penuh terhadap parti itu yang sentiasa mempertahan dan bertunjangkan kebenaran.

Beliau berkata, sokongan segenap lapisan rakyat itu turut terbukti apabila kaum Cina dan India telah secara sukarela menubuhkan kelab penyokong Pas.

— BERNAMA

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: