jump to navigation

Novel Cinta Dan Majalah Pilihan Masyarakat December 23, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=379982

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Novel-novel cinta dan majalah berunsur hiburan masih menjadi pilihan sebahagian besar masyarakat berbanding bahan bacaan ilmiah, kata Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kamarul Zaman Shaharuddin.

Beliau berkata novel-novel cinta laris di pasaran serta diletakkan di rak-rak depan kedai buku dan majalah hiburan seperti Mangga mempunyai pengedaran yang tinggi.

“Kita sedih sedikit kerana masyarakat kita lebih tertumpu pada bahan bacaan seperti ini, walhal dalam soal pembinaan bangsa dan pembinaan jati diri banyak lagi bidang-bidang lain yang patut diberi tumpuan,” katanya selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan DBP dan pelancaran buku biografi “Sulaiman Md Yassin: Dian Di Perantauan”, di sini, Isnin.

Beliau berkata DBP tidak berhasrat untuk menerbitkan novel-novel komersial sebaliknya akan meneruskan usaha menerbitan buku dan majalah berunsur ilmiah.

“Syarikat penerbit swasta yang ada sudah mampu untuk mengembangkan karya-karya komersial, DBP hanya fokus pada penerbitan buku dan majalah yang bermutu dalam bahasa Melayu,” katanya.

Kamarul Zaman juga menepis tanggapan bahawa penerbitan buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak lagi relevan, walaupun kerajaan buat masa ini menetapkan bahasa pengantar untuk pembelajaran kedua-dua subjek itu ialah bahasa Inggeris.

“Ini sebenarnya tidak menjadi masalah, buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu masih diperlukan dan kita sebenarnya ada pasaran, kita ada 300 juta penutur bahasa Melayu di seluruh dunia… tanggapan bahawa buku dalam bahasa Melayu tidak mengandungi nilai komersial adalah persepsi masyarakat semata-mata,” katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin berkata tujuan utama MoU itu adalah untuk menjalinkan kerjasama antara UMT dan DBP dalam penerbitan buku khususnya dalam bidang Sains Maritim, selain mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu.

Beliau berkata masih banyak lagi yang perlu dikaji dalam bidang Sains Maritim dan UMT bercita-cita untuk mengembangkan ilmu itu dalam bahasa Melayu.

“Biografi ini adalah buku pertama yang kami hasilkan dengan kerjasama DBP, selepas ini banyak lagi buku berbentuk ilmiah yang akan diterbitkan,” katanya.

— BERNAMA

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: