jump to navigation

Gapena Beri Kerajaan Tempoh Sehingga 31 Disember December 24, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=380182

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Gabungan Persatuan Penulis Nasional(Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

“Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan,” katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam ini.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.

“Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.

— BERNAMA

Comments»

1. songkokhitam - December 24, 2008

PPSMI jelas menghina martabat bahasa Melayu. Ia jelas seperti membuka pintu Kota Melaka kepada pihak musuh, lalu ranaplah kota itu. Tahniah kerana Gapena sanggup menyingsing lengan menentang PPSMI. Demi maruah dan martabat bahasa Melayu, bahasa bangsa negara mesti terus dijulang dan bukannya membiarkan petualang terus khianatinya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: