jump to navigation

Polis MESTI Saman Wan Farid January 8, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Ketelusan, Kuala Terengganu, polis, politik, PRU2008, Terengganu, Wan Farid.
trackback

Polis tidak wajar mengamal penguatkuasaan “double standard”. Umum mengetahui bahawa menunggang motorsikal tanpa topi keledar adalah satu kesalahan. Sememangnya ramai orang awam yang telah disaman Polis kerana kesalahan itu.

Namun pihak Polis tidak berani untuk mengeluarkan saman terhadap Wan Farid, sebagai mantan TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, atas kesalahan menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar.

Klip video telah disiarkan oleh beberapa siaran berita TV jam 8 malam tadi. Wan Farid (Yek) hanya bertopi “cap” BN sahaja. Apakah Polis mengamalkan double stanardnya di sini? Walhal, terdapat lebih 6,000 anggota Polis tambahan yang dikerah di Kuala Terengganu – sudah pasti ada anggota Polis di kawasan di mana Wan Farid menaiki motorsikal tanpa topi keledar!

wfarid-topi2

fwfarid-topi3

Bukannya dia seorang sahaja malah keseluruhan rombongannya tidak bertopi keledar. Begitulah kisahnya, apabila pemimpin ke jalan yang sesat dan tidak mengikut undang-undang – maka dia akan membawa keseluruhan orang-orang yang dipimpinnya.

fwfarid-topi4

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga jelas disiarkan di akhbar-akbar semasa PRU 2008. Khairy Jamaludin pun turut menaiki motorsikal tanpa bertopi keledar ketika berkempen di Rembau. Sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil oleh pihak Polis.

Sekian, IB

Comments»

1. azizi - January 8, 2009

Assalammualaikum.

Ya benar. Saya ada mengikuti siaran TV3 semalam dan mendapati bakal YB BN menunggang vespa tanpa memakai topi keledar. Tergerak dihati saya seperti mana sdra menyatakan dalam blog sdra.

Sepatutnya bila pihak kerajaan menggezetkan bahawa pemakaian topi keledar diwajibkan maka pihak polis tidaklah boleh double standard dalam perkara tersebut. Dimanakah letaknya KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.

Fikir-fikirkanlah!

2. Shaik Daud Ismail - January 8, 2009

Satu laporan polis harus dibuat dan IGP harus dicabar mengluarkan saman terhadap beliau. Nampak sangat polis TAKUT. Ini kah pempinan melalui teledan ?

3. membar pencen Lembah Keramat - January 8, 2009

Memang Polis apa-apa yang dibuat oleh orang BN semua nya OK yang tetap salah pun jadi tak salah tuan puan lihat lah sendiri dimana mana saja di Malaysia ni.

4. Jaafar - January 8, 2009

Semalam dan dulu dulu pun saya kerapkali berselisih dengan remaja remaja yang tidak bertopi keledar mundar mandir dengan motor ayah ayah mereka, apa cerita lak ni

5. Batis Batagar - January 8, 2009

Dah lebih 50 tahun perkara sebegini wujud, berubahlah wahai rakyat Malaysia…

6. -izzah- - January 8, 2009

napela dwg msih tak tebukak pkiran..bodo sgt ke..lembab ke hape…polis..nme jeh adil saksma..kaple hotak die..

7. msr - January 8, 2009

Alahaiiii….. kenapa sibuk sangat tentang topi keledar tu..
kalau disaman pun bukan diut dia pun yang dia bayar…duit kita semua jugak.. baik tak payah saman… kalau jatuh kepala dia yang cedera..

8. fikr - January 9, 2009

Memang orang UMNO double standard.Suruh orang pakai topi keledar dan tali pinggang,tapi polis naik kereta polis tak pakai setarang.

9. ketayap_jer - January 9, 2009

Niii saje jer nak panaskan korang semua …sebenar polis memang tak bersikap 2 standad dalam hal ini …. Aku dan mereka2 yang seangkatan tiap2 minggu naik moto pergi sembahyang jumaat memang tak pakai topi keleda, selamba jer depan polis. tapi lepas tu pergi kerja tak berani lee….heh..heh. Alahai sesekali pejam mata sebelah jerlah..tambahan pulak tengah seronok berpesta..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: