jump to navigation

Jauh Bezanya Arwah Razali Dengan Wan Farid January 9, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kuala Terengganu, Melayu, PAS, politik, PRU2008, Terengganu, UMNO, Wan Farid.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Bolehlah IB katakan bezanya antara arwah Razali dengan Wan Farid adalah umpama bumi dengan langit. IB berani berkata demikian kerana IB kenal kedua-dua mereka.

Arwah yang biasanya IB panggil dengan nama Abang Zzali sahaja adalah seorang yang amat mudah didekati. Amat jauh bezanya dengan Wan Farid yang IB panggilnya dengan panggilan Yek tidak semudah itu – terlalu banyak berkira dan berprotokol. Kini hendak dipanggil Yek pun nampak reaksinya tidak begitu menerima begitu …

Yek IB kenali semenjak kami kecil. Hisham (Wan Hisham) abangnya pun sama-sama kita sekampung dulu. Hisham lebih tua dan Yek lebih muda dari IB. Kalau dulu kita mudah berkawan – tetapi kini itu semua sudah sukar. Semasa Hisham kerap ke pejabat TDM di Menara Promet – pernah beberapa kali IB cuba mendekati. Teramat sukar untuk membuat temujanj – macam tak pernah kenal pula jadinya.

Yek pun tidak jauh bezanya dengan abangnya. Gonglah kata orang Terengganu. Manalah dia nak layan IB kerana masing-masing tahu perbezaan parti yang kita sokong (walaupun IB tidak menganggotai mana-mana parti politik). Namun IB tahu bahawa IB tidak mampu membawa undi apatah lagi business untuknya – malah dirasakan pula IB hendak menempel tumpang cari business darinya.

Abang Zzali pula jauh lebih tua dan hanya IB kenali sekitar lebih 10 tahun lalu. Kami kerap berkomunikasi. Kami sentiasa bersembang dan selalunya memikirkan nasib anak-anak muda dan isu-isu sosial. Sekadar menghantar SMS sahaja, pasti arwah akan telefon balik apabila dia mempunyai masa jika tidak dia akan jawab SMS tersebut. Malah beberapa minggu sebelum beliau menghembus nafasnya beliau ada memberitahu sesuatu yang memang IB tabik arwah dan mengkagumi sikap dan keperibadiannya.

Arwah menceritakan bagaimana beliau menghadapi pemilihan parti di bahagiannya. Mengetahui bahawa lawannya mempunyai bekalan dana yang besar untuk memastikan pengundi berpihaknya, arwah bertekad untuk tidak mengguna sebarang umpan wang untuk meraih undi. (antara sebabnya beliau sendiri tidak mempunyai dana untuk kempen tersebut hanya sekadar mempertaruhkan air liur, maruah dan keperibadiannya)

Malah Menterinya sendiri bersedia memberi serta menawarkan sumbangan untuk arwah berkempen dalam pemilihan bahagian tersebut. Namun, arwah berkeras tidak mahu mengguna sebarang wang untuk membeli undi – walaupun mengetahui lawannya telah menabur  dana.

Arwah memberitahu Menterinya bahawa beliau menolak tawaran tersebut kerana mahu membuktikan sendiri bahawa budaya politik wang tidak wujud di dalam UMNO sekurang-kurangnya jika beliau menang. Namun, ternyata beliau gagal membuktikannya dengan kekalahannya itu.

Di atas kekuatan peribadi Abang Zzali lah yang telah memenangkan beliau dalam PRU2008 lalu walaupun majoriti undi kepada calon-calon di keempat-empat DUN dalam P036 berjumlah lebih 2000 beliau tetap menang di Parlimennya walaupun menentang tokoh dari PAS seperti Mat Sabu.

Untuk Yek mengulangi kejayaan arwah – IB yakin ianya suatu yang amat sukar. 2000 orang yang mengundi calon PAS di DUN dan memilih arwah Razali untuk P036 sudah pasti memilih Wahid Endut. Jika Razali menang atas modal personalitinya maka Wahid juga akan menang atas personalitinya juga. Dan begitulah juga Yek akan tersungkur atas sebab keperibadiannya.

Sekian, IB

Comments»

1. annuar al idruss - January 12, 2009

Salam sdra IB,
saya boleh confirmed apa yg IB katakan ttg pertandingan arwah di UMNO bhgn KT sememangnya benar belaka. beliau amat kecewa dgn politik wang yg berleluasa di dalam pertandingan tersebut. beliau mempertaruhkan meritokrasi & perkhidmatan yg telah beliau curahkan. dlm smsnya selepas beliau kalah dlm pertandingan tersebut……’sudah puas menanam padi, nenas juga dipandang orang, puas sudah menabur bakti, emas juga dipandang orang. kalau dia bertanding tau langit tidak rendah….’
nah sekarang tiba pula masa Yek bertanding dlm PRK KT. apa rasa YEK agaknya? saya confirmed YEK tak dapat nak tandingi performance arwah.

2. kadir embong - January 13, 2009

IB, saya rasa terpanggil untuk kongsi input dengan artikel saudara. saya adalah penggundi luar DUN Ladang pengundi totok BN. saya masih teringat suatu pagi 8/3/08 sebelum pusat mengundi dibuka, arwah Abang Zzali telah menunjukkan kepada saya sekeping poster saiz A4 gambar warna yang memuatkan artikel pendek tentang apa masyarakat KT tahu dan tidak tahu tentang beliau. dimuatkan juga gambar beliau mengikuti majlis tazkirah (yang masyarakat tahu…) dan sekeping gambar seolah-olah beliau sedang menuang wine (yang masyarakat tidak tahu, kononnya…). beliau tidak gelabah hanya pasrah kepada Allah. begitu sekali terdesak musuh-musuh politik untuk menghancurkan karier beliau…
2 hari lepas saya menerima satu pesanan sms begini bunyi ayatnya…’jgn undi DWF kerana sanggup menyuruh pengikutnya tidak memberi undi pada DRI pada PRU12 & semasa pertandingan naib ketua bhgn umno KT. DWF sanggup bekerjasama dgn abgnya, orangnya utk menjatuhkan DRI. Orang yg baik spt DRI pun nak dijatuhkan demi jawatan dan keluarganya yg difikir. Kalau beri undi orang macam DWF hancurlah BN dan umno akan datang. Lebih baik hilang seorang dari musnah semua….’
teks sms ini mungkin telah menjawab tentang poster saiz A4, mungkin…
yang pasti YEK tidak akan dapat undi saya. maaf YEK.

3. Ibrahimbaba’s Weblog - January 15, 2009

[…] Zzali (yang IB kenali jauh bezanya dengan Wan Farid) lahir pada 25 Jun 1949. Ketika PRU2004, arwah berumur 55 tahun. Usia bersara ialah apabila […]

4. Najib BerBOHONG Untuk Meraih Undi Di PRK P036 « - January 15, 2009

[…] Zzali (yang IB kenali jauh bezanya dengan Wan Farid) lahir pada 25 Jun 1949. Ketika PRU2004, arwah berumur bakal mencecah 55 tahun. Usia bersara ialah […]

5. sabahdaily » Berbohong Untuk Raih Undi Di PRK KT - January 15, 2009

[…] Zzali (yang IB kenali jauh bezanya dengan Wan Farid) lahir pada 25 Jun 1949. Ketika PRU2004, arwah berumur bakal mencecah 55 tahun. Usia bersara ialah […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: