jump to navigation

PAS Dok Rok Ccetong January 9, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Kuala Terengganu, Melayu, PAS, politik, Terengganu, UMNO, Wan Farid.
trackback

“Pah dok rok ccetong” begitulah yang dikatakan oleh Senator Wan Ramlah Ahmad – Ketua Wanita Terengganu dalam temubual langsung TV3 semasa Buletin Utama malam tadi.

IB sebenarnya tidaklah berminat hendak saja-saja serang peribadi. Terutama terhadap orang tua seperti beliau. Tetapi terpaksa jugalah sebut di sini serba sedikit. Amat kesian kepada ahli-ahli (terutama Wanita) UMNO kerana mempunyai pemimpin seperti ini.

Dia kata kepada PAS sebuah parti yang sudah tidak larat (dok rok ccetong). Tapi sebenarnya IB lihat dia yang sebenarnya dah “dok rok ccetong”. Kesian kat dia dengan umur yang sudah lanjut masih berfikiran seperti itu.

IB petik sedikit persoalan terakhir wartawan TV3 yang meminta beliau ulas [malah sepanjang temubual tersebut nampak sangat Wan Ramlah ni sudah dok rok ccetong] bagaimana hendak menangkis kempen pihak pembankang. “Wanita ialah …. aahhhh … beritahu kepada jentera-jentera kita … Pah ni dok rok secetong (dan diulang). PAS parti apa bende ni … ehmmm … parti remeh temeh dan jugak sungguhnya banyak larang ehmm … isu tu lah ah …”

Mana kualiti pemimpin? Tidak tahu apa hendak dijawab. Malah jawabannya sendiri pun tidak ada kualiti!Apakah sebenarnya isu? Apa yang dia nak tangkis?

Apa bendanya yang dikatakan parti remeh temeh? Apa parti banyak larang? Apakah UMNO parti yang semuanya boleh? Politik wang boleh. Tindas orang boleh. Banyak lagilah …

Sekali lagi … IB kesian dengan sebuah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber. Dikatakan orang “dok rok ccetong” dia sendiri yang dok rok ccetong. Kesian juga kat ahli-ahli yang terpaksa menerima pemimpin seperti ini. Apakah sudah tidak ada lagi yang berkualiti untuk menjadi pemimpin? Atau yang berkualiti, jujur, ikhlas dan benar-benar buat kerja sudah disingkir oleh politik dalaman parti?

Ibu saya yang menjangkau 80an kebih mampu memberi hujjah yang jauh lebih bernas … tetapi hentam UMNO lah …

Lintas lansung itu dibuat dari dewan di Wisma Darul Iman sementara menunggu ketibaan Pak Lah. Boleh dilihat dewan yang begitu besar disediakan untuk majlis bersama pemimpin no. 1 negara masih begitu kosong. Mengikut laporan rasmi dikatakan 300 orang yang hadir. Kalau dewan sebegitu besar hanya mampu menarik 300 orang untuk mendengar Pak Lah di saat kemuncak kempen piliharaya … malulah!!!

dewan-kosong1dewan-kosong2

(rakaman ini dibuat sebelum Pak Lah tiba … namun kalau 300 yang hadir [laporan Bernama] – biasanya itu angka yang ditambah-tambah [mungkin hanya 200-250 orang sahaja?] sudah pasti lebih separuh dewan ini kosong! IB tak pasti berapa kapasiti dewan ini kalau kerusi diisi penuh sebegini)

Comments»

1. we - January 21, 2009

memang to rok cetong. malah cetong(gayung dalam bahasa m’sia) pun dia tok rok nak angkat.Begitulah pemimpin parti tertua di negara kita.Umurnya pun tua-tua belaka. Kalau dihitung ketua2 wanita umno rata-rata kecuk beruk(kulit berkeduk) belako. Bak kata kubur kata mari, tapi tak reti-reti nak berhenti. Udahlah orng umno, sedar-sedarlah. rakyat sekrg dah tahu berfikir.yang tinggal dalam umno hanya dua golongan sahaja. pertama golongan jahat & tamak dan golongan kedua yang tak reti baso.(bodoh)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: