jump to navigation

Benarkah royalti minyak sudah dikembalikan? January 14, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/

Isyarat pertama menunjukkan BN sudah gagal meraih kemenangan pusingan pertama di Kuala Terengganu apabila calonnya tidak bersedia menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat Terengganu sama ada benar royalti minyak sudah dikembalikan.

Kegagalan itu dibuktikan oleh calon BN, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang dengan nada mengelak menyatakan tidak akan menyertai Debat Royalti Minyak yang bakal dianjurkan Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (Mampat) pada 8 malam, Khamis 15 Januari, di Kelab Ekuestrian Terengganu.

Penganjuran debat ini berbangkit apabila timbul keraguan terhadap kenyataan Meteri di Jabatan Perdana Mneteri, Senator Dato’ Amirhisham A. Aziz di Parlimen pada 13 Mei 2008 bahawa Terengganu mendapat royalti sejumlah RM7.364 bilion.

Ia bercanggah dengan dakwaan bahawa Kerajaan Terengganu sekadar mendapat kira-kira RM4 bilion sahaja manakala selebihnya seolah-olah lesap tanpa diketahui umum. Malah jumlah yang diterima itu dikatakan untuk projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Terengganu seperti Monsoon Cup yang berjumlah RM500 juta dan peruntukan Taman Tamadun Islam kira-kira RM259 juta.

Ini termasuk projek yang melibatkan belanja besar untuk Pulau Warisan berjumlah RM40 juta dan Pulau Bidong RM30 juta. Manakala Projek Benteng Pemecah Ombak meningkat dari perancangan asal RM367 juta kepada RM409 juta. Selain itu pembinaan Kompleks Sukan Gong Badak meningkat sejumlah RM182 iaitu dari RM362 juta mencecah sehingga RM544juta!

Sokong dakwaan

Mengulas lanjut isu ini, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad menyatakan PAS mempunyai data-data tertentu yang menyokong dakwaan bahawa royalti minyak sebenarnya tidak dikembalikan sepenuhnya secara telus. Dan oleh itu, pentas debat dikira wajar untuk kedua-dua pihak, PAS dan BN, menjelaskan situasi sebenar kepada rakyat Terengganu.

“Cadangan debat ini bukan didorong oleh faktor ‘political mileage’ tetapi PAS mahu membela hak dan nasib rakyat Terengganu yang dinafikan daripada menikmati royalti minyak terbabit.

“Sepatutnya royalti mestilah dibuktikan dengan kemasukan atau mekanisme tertentu, yang menunjukkan adanya bayaran kepada kerajaan negeri. Setakat yang ada hanyalah sebutan-sebutan oleh pemimpin dan cek-cek replika demi meraih sokongan rakyat untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu,” kata Dr Dzulkifli, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Beliau mempersoalkan bagaimana RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain sedangkan royalti tersebut adalah hak rakyat Terengganu.

Beliau juga menyangkal kenyataan pemimpin BN bahawa royalti tersebut digunakan untuk perbelanjaan kemudahan asas seperti jalan raya dan jambatan di Terengganu. Ini kerana pembinaan infrastruktur terbabit adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat untuk menguruskan perbelanjaannya melalui kementerian tertentu dan bukannya dengan menggunakan royalti minyak.

“Jika benar royalti minyak dikembalikan, kenapakah hutang negeri Terengganu meningkat dari tahun ke setahun?” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Alor Limbat, Terengganu baru-baru ini.

Jelasnya, pada tahun 2006, Terengganu berhutang sejumlah RM903 juta dengan kerajaan Pusat dan RM937 juta pada tahun berikutnya (2007) manakala tahun lalu sudah mencecah RM976 juta. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa royalti minyak tidak dikembalikan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Dua faktor utama menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati royalti minyak sewajarnya adalah disebabkan oleh salah-guna kuasa oleh Kerajaan Pusat dan salah tadbir serta urus kewangan kerajaan negeri di bawah BN, kata Dr Dzulkifli.

Audit semula

Justeru, untuk memastikan royalti minyak benar-benar dikembalikan adalah dengan menubuhkan jawatankuasa induk atau bersifat seperti sebuah suruhanjaya untuk memperhalusi, menyiasat dan mengaudit semula segala perbelanjaan dan peruntukan yang dikaitkan dengan royalti minyak.

Dengan itu rakyat dapat mengetahui kedudukan yang sebenar. Langkah awal yang praktikal ialah kedua-dua calon wajar menyahut cabaran untuk berdebat.

“Kita menganggap penolakan Wan Farid tidak menyertai debat disebabkan beliau tidak bersedia menjawab hujah yang dikemukakan oleh rakyat dan PAS.

“Selain tidak bersedia menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat ketirisan dan salah guna royalti minyak Terengganu kepada negeri-negeri lain dan projek yang tidak bermanfaat, baki selebihnya juga tidak sampai kepada rakyat dan negeri Terengganu secara sewajarnya,” katanya.

Manakala Abdul Wahid Endut sentiasa lantang membangkit soal royalti minyak di sidang Dun selama ini. Beliau juga pernah mencabar Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menubuhkan jawatankuasa audit luar dan dalaman bagi memastikan ketelusan pembayaran royalti minyak.

“Jika benar royalti minyak dikembalikan, sudah pasti Terengganu tidak menduduki carta kedua teratas sebagai negeri termiskin berbanding lain-lain negeri yang tidak mempunyai sumber minyak,” kata Dr Dzulkifli. _

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: