jump to navigation

BN ugut rakyat Terengganu dengan pembangunan January 14, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/

KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Hrkh) – Kerajaan Umno-BN diingatkan agar tidak mengugut rakyat khususnya pengundi Kuala Terengganu dengan menyekat peruntukan dan pembangunan sekiranya mereka tidak mengundi BN.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin BN antaranya Dato’ Wan Ahmad Farid yang menyatakan dalam akhbar ‘Sin Chew’ bahawa kalau pilih wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, ia adalah umpama memilih ‘ayam atau itik.’

BN juga diselar kerana memberikan syarat kepada pembangunan yang hendak diberikan kepada rakyat,dengan memaksa mereka melalui pengundian.

“Rakyat mempunyai hak untuk menyokong mana-mana kumpulan dalam pilihan raya, tetapi BN sepatutnya tidak boleh membuat pertukaran antara pembangunan dengan undi mereka dalam pilihan raya.

“Jangan bagi pembangunan pada saat akhir atau apabila mereka kini terdesak kerana itu adalah hak rakyat,” katanya dalam sidang media di Bilik gerakan KeADILan, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pakatan Rakyat katanya, memahami keadaan BN yang sedang meluluskan banyak dana pembangunan segera untuk memenangi pilihan raya kecil ini.

“Kami di Pakatan Rakyat idak pernah memberi hak atau dana sebelum pilihan raya kerana ia bukan satu prasyarat untuk pengundi menyokong kita,” tegasnya. – azm _

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: