jump to navigation

Najib BerBOHONG Untuk Meraih Undi Di PRK P036 January 15, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Dalam satu majlis jamuan dan perjumpaan bersama keluarga dan penyokong Arwah Razali Ismail di Taman Chendering Utama di Kuala Terengganu (14 Jan), Najib Razak mengatakan bahawa “di sini saya boleh bercakap secara terbuka bahawa seandainya Allahyarham tidak memasuki bidang politik, kerajaan kemungkinan besar akan melantik Allahyarham sebagai Ketua Pengarah Pelajaran kerana mengakui ketokohan beliau dalam bidang ini (pendidikan)” …. BOHONG!!!

Kemungkinan untuk arwah dilantik sebagai KP Pelajaran adalah mustahil – dari segi adat dunia dan apa yang diamalkan oleh kerajaan sendiri. Dan Najib memang BERBOHONG semata-mata kerana terdesak untuk meraih undi di Kuala Terengganu. BN hanya sekadar menumpang keperibadian arwah Razali. Benar bagai dikata pepatah Melayu “Manusia mati meninggalkan nama

Abang Zzali (yang IB kenali jauh bezanya dengan Wan Farid) lahir pada 25 Jun 1949. Ketika PRU2004, arwah berumur bakal mencecah 55 tahun. Usia bersara ialah apabila mencapai umur 56 tahun – bermakna arwah hanya mempunyai sekitar setahun tiga bulan sahaja lagi sebelum bersara wajibnya. Ketika itu arwah adalah salah seorang pengarah dari berbelas pengarah bahagian di Kementerian Pelajaran. Malah beliau bukan pun salah seorang dari tiga Timbalan Ketua Pengarah pada masa itu. Dan yang lagi pening dengan pembohongan Najib tu ialah – Ketua Pengarah waktu itu tidak dijadualkan untuk bersara dalam masa terdekat ketika itu untuk melakukan sebarang promosi!!!

Bagaimana mungkin salah seorang pengarah bahagian melompat terus menjadi KP – potong tiga orang TKP ketika itu?

Kalaulah benar dan ikhlas Najib atau sepupunya Hisham (dan Pak Lah lah) mahu melantik arwah Razali sebagi KP, maka langkah-langkah yang wajar patut telah diambil sebelum itu – seperti menaikkan beliau sebagai TKP terlebih dahulu. Dan kalaulah arwah sudah pun dilantik sebagai TKP pada ketika itu – tidak mungkin hendak dilantik seseorang KP hanya untuk beberapa ketika sahaja?

Kalau benar dan ikhlas Najib dan sepupunya Hisham sudah pasti mereka dapat menilai “meritokrasi” jauh lebih awal – bukan apabila masa arwah Razali hanya meninggalkan namanya. Namun apa yang sebenarnya berlaku, “meritokrasi” tidak wujud dalam perkhidmatan kerajaan. Lihat sahaja bagaimana Aseh Che Mat melangkau berbelas orang untuk menjadi KSU dulu. Hanya kerana dia seorang yang tahu menjaga tuannya. [dan ramai lagi yang lain diangkat naik oleh orang-orang yang mereka pandai jaga!]

Wan Farid yang dulu amat memusuhi Razali dalam pemilihan Bahagian, kini terpaksa menumpang kehebatan dan ketokohan arwah. IB ingin kongsikan di sini, sms yang dikirim arwah selepas tewas di pemilihan Bahagian “sudah puas menanam padi, nenas juga dipandang orang, puas sudah menabur bakti, emas juga dipandang orang” [kandungan sms ini dikongsikan oleh salah seorang yang menulis komen di posting IB sebelum ini Jauh Bezanya Arwah Razali Dengan Wan Farid].

Berbalik kepada tajuk asal di atas, NAJIB BERBOHONG … semata-mata kerana terdesak untuk meraih undi dengan menumpang nama orang yang di dalam partinya sendiri tidak disenangi pada suatu ketika waktu dulu. Yek dan abangnya memang memusuhi di bahagian. Yeh semasa menjadi MB sentiasa mengherdik Abang Zzali “Li … mung masuk bila politik?” – apabila arwah mengutarakan idea yang bernas dalam suatu majlis yang dihadiri ramai.

Sekian, IB

Comments»

1. sabahdaily » Berbohong Untuk Raih Undi Di PRK KT - January 15, 2009

[…] Sekian, IB –IbrahimBaba […]

2. tulip maisyarah - January 15, 2009

Nampaknya calon umno/bn terdesak benar ngan isu ‘ibarat langit ngan bumi’ nih. orang-orang tua tinggal pantun – siakap senohong, gelama ikan duri……..(pembayang maksud dah ada) maksud isilah sendiri mengikut citarasa.

Hayatilah bait-bait lagu “Warisan” yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. lagu yang diminati oleh arwah abang zzali.

Sesekali kalau teringat, sudi-sudilah hadiah AlFatehah buat arwahs.

3. Johan Nor - January 25, 2009

kita tutup urusan pilihanraya kt 036

sekarang kita buka cerita lain, pasal pilihanraya dah habis dan pas menang. kita bingkarkan banyak lagi cerita ketempangan umno ni. kegelojohan menipu kekayaan negara untuk diri dan kroni.

sekarang kita minta kerajaan selangor dedahkan kepada rakyat selangor dan rakyat malaysia segala penipuan, rasuah dsb yang telah dilakukan oleh khir tolol dan exconya. dedahkan supaya beliau tiada tempat untuk mengelirukan rakyat.

dedah dan dedahkan, baru padan muka. bagi dia senyum sumbing lagi. gunakan ngo-ngo kalau boleh. kerana dia pun guna ngo yang mengampu beliau. tunjukan dgn. bukti yang jelas. kepada kerajaan selangor harap jangan beri peluang menteri penyapu ni hidup dan menang dalam pemilihan ni. ok.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: