jump to navigation

Hanya Penipuan Sahaja Yang Boleh Memenangkan BN January 17, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, PAS, politik, Terengganu, UMNO, Wan Farid.
Tags: , , ,
trackback

Dengan izin Allah, P036 hampir pasti dimenangi Wahid Endut dengan majoriti yang besar – kecuali BN berjaya menggunakan pelbagai tektik penipuan yang sudahpun mereka sedia untuk melaksanakannya.

Berdasar kepada bertanya khabar rakan-rakan yang “on the ground” berkempen dan juga mereka menganalisa jauh dari KT, baik dari kem PAS mahupun dari kawan-kawan di UMNO/BN, keputusan malam ini pasti berpihak kepada calon PAS.

Terlalu banyak sebab dan faktor yang menjuruskan kemenangan itu akan menjadi berat sebelah. Faktor personaliti-personaliti yang bertanding, faktor parti-parti yang terlibat, faktor-faktor isu yang dibawa dan juga trend pengundi yang ingin perubahan.

Faktor utama arwah Razali menang Mac 2008 adalah juga kerana personaliti. Faktor tersebut dibebankan lagi dengan faktor Mat Sabu sendiri. Kita tolak penyokong setia PAS dan penyokong setia UMNO – yang kita tahu letak mana-mana calon sudah pasti akan mengundi parti mereka. Yang membezakan dan menentukan ialah pengundi yang tidak menyokong parti yang selalu dikategorikan sebagai orang atas pagar atau kelabu. Mereka ini tidak senang dengan calon luar seperti Mat Sabu. Ini ditambah pula faktor keperibadian arwah Razali yang disenangi orang ramai – terutama mereka di dalam bidang pendidikan (yang mana terdapat peratusan yang besar di Kuala Terengganu) – serta ‘track-record” beliau sepenggal sebelum itu.

Dalam PRK kali ini terdapat kemiripan faktor-faktor di atas cuma ianya terbalik. Wahid Endut diibaratkan Razali dan Wan Farid boleh disamakan dengan Mat Sabu. Wan Farid adalah orang luar bagi kebanyakkan orang biasa. Bila masanya Wan Farid tinggal dan berkhidmat di Terengganu? Personaliti yang tidak mesra masyarakat, gongnya, dan pelbagai lagi fator negatif.

Kemudian, Wahid pula mempunyai “track-record” lima penggal. Kalau ada keburukkan dan ada yang tidak kena – dalam 5 penggal tu pasti banyak yang orang ramai bercakap. Tetapi – sepakat orang ramai bahawa rekod Wahid bersih.

Satu lagi faktor yang difikirkan oleh orang-orang atas pagar yang memahami serba sedikit cara-cara pemilihan dalam parti UMNO sudah pasti amat fahambahawa tidak semudah itu untuk Wan Farid naik memegang jawatan dalam parti. Mereka yang telah selama-lamanya bersama UMNO bahagian boleh tersingkir – sudah pasti ada sesuatu senjata yang Wan Farid punyai untuk menang. Umumnya sepakati senjatanya kotor.

Malah semua yang negatif ada pada Wan Farid untuk menang sedangkan semua yang semua yang positif ada pada Wahid untuk menang – maka pasti Wahid akan diumum sebagai wakil rakyat untuk P036 malam ini. Dengan izin Allah.

Sekian, IB

Comments»

1. Johan Nor - January 22, 2009

tanda-tanda kemenangan

dah nampak pada hari penamaan calon lagi, tapi tak nak mengada-ngada saja. kelibat calon pun dah difahami oleh pengundi, mana intan mana permata. cuma orang-orang umno ni dia tunjuk kehebatan calonnya melalui semua media, tapi selepas menonton ramai yang nampak jelek.

puak-puak marhem ni dia nak duit, buat-buatlah sokong, kan dah tahu masa ni lah nak cari duit mudah. ada lagi duit yang belum ditabor. tapi itu boleh jadi di songlap oleh penderma upahan umno. tengoklah seperti yang saya kata dulu, berapa ramai dah menempah kenderaan baru, bina rumah baru, beli tanah dsb,nya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: