jump to navigation

BN Tidak Boleh Lagi Berpeluk Tubuh January 18, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

dipetik dari: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384532

KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Bernama) — Kegagalan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu, seharusnya membuka mata pemimpin parti itu supaya membuat perubahan besar bagi menambat kembali hati rakyat.

Kekalahan kali kedua berturut-turut itu, selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lepas, memberi isyarat jelas kepada parti itu supaya tidak berpeluk tubuh dan hanya melihat sokongan terhadap BN terus pudar.

Ramai yang menganggap kekalahan itu berpunca kekecewaan rakyat terhadap BN, yang masih gagal membawa perubahan yang dijanjikan selepas mencatatkan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lepas.

Bagi penganalisis politik, BN yang terdiri daripada 13 parti komponen, masih belum mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum itu, yang menyaksikan mereka hilang kuasa di lima negeri ke tangan pembangkang.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian bagaimanapun memandang positif setiap yang berlaku walaupun ramai yang menganggap rakyat sudah hilang keyakinan kepada BN.

“BN dapat keputusan teruk pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999.

Sebenarnya kalau pengundi nak ubah (tolak BN), mereka boleh berbuat demikian pada pilihan raya umum 2004.

“Tetapi mereka masih menyokong BN pada pilihan raya ke-11 itu. Jadi apa yang berlaku sekarang, masih belum terlambat untuk BN berubah dan memulihkan semula martabat parti itu,” katanya kepada Bernama.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam menyaksikan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang apabila memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi manakala calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi.

Sivamurugan berkata kekalahan BN bukan kerana parti pembangkang, yang kini membentuk Pakatan Rakyat (PR), kuat tetapi kerana adanya kelemahan yang menjadi duri dalam daging kepada BN.

“Pemimpin BN, Umno dan komponen, perlu bangkit. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menaikkan semula imej BN. Tidak susah untuk berubah kerana prestasi BN telah terbukti sejak merdeka lagi. Saya percaya generasi muda yang rata- ratanya condong kepada pembangkang akan kembali menyokong BN,” katanya.

Sivamurugan berkata kemenangan Mohd Abdul Wahid banyak dibantu pengundi muda dan BN perlu mengatur strategi bagi meraih sokongan daripada golongan itu.

“Bagi orang muda, kita buat apa pun mereka anggap itu tanggungjawab kerajaan. Jika pembangkang memerintah pun, itu juga yang pembangkang buat. Walaupun BN dah lakukan macam-macam namun sokongan generasi muda masih belum beralih kepada BN. Kenapa? Itu yang perlu diteliti dan dicari penyelesaian,” katanya.

Daripada segi strategi pula, katanya PAS mempunyai strategi pengkhususan, iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan Ladang, PR meletakkan pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai jentera kempen manakala di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk yang menjadi kubu PAS, dijaga oleh PAS sendiri.

“Seperti PAS, BN juga perlu awal turun padang dekati masyarakat. Kekalahan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengundur diri. Pemimpin BN kena selalu berjumpa dengan rakyat, buang sikap angkuh yang menjadi sebab utama BN kalah, rakyat jadi muak,” katanya.

Beliau berkata pemimpin parti komponen BN terutamanya pemimpin Umno perlu sepakat dan mengenepikan sebarang perselisihan atau sabotaj supaya mereka boleh bergerak dalam satu pasukan.

Katanya PAS, walaupun turut mempunyai dua kumpulan iaitu yang golongan yang berfikiran liberal dan satu lagi kumpulan ulama tetapi bagi memastikan matlamat parti untuk menang tercapai, mereka bersatu dan mengetepikan pertelingkahan dalaman.

Sivamurugan berkata BN perlu menunjukkan kematangan daripada segi mengatasi sabotaj dalaman seperti penyokong BN tidak mengundi parti itu, mungkin sebagai tanda protes terhadap tingkah laku pemimpin tertentu.

“Bila individu itu melihat seorang pemimpin tahu tugas mereka, berwibawa, bertanggungjawab, mesra rakyat, dan sebagainya, mereka akan pilih. Tetapi BN kini menghadapi masalah untuk melahirkan pemimpin yang disukai rakyat,” katanya.

Selain tidak boleh terikat dengan tradisi dan perlu memberi tumpuan serius kepada pengundi di atas pagar, BN katanya perlu benar-benar serius melakukan perubahan, termasuk berani menyingkirkan pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti dan sudah tidak diterima rakyat.

Sementara itu, penganalisis politik tempatan, Mohd Iskandar Jaafar berpendapat jentera pilihan raya BN seharusnya sentiasa bergerak mendekati rakyat dan bukannya bermusim hanya pada masa pilihan raya.

“Tiada istiqamah dalam perjuangan Umno, bermusim sahaja. Bila sampai musim pilihan raya, pelbagai aktiviti dilambakkan seolah-olah memaksa pengundi membuka mulut untuk telan makanan yang mereka tidak perlukan. Rakyat sudah bosan dengan pendekatan ini,” katanya.

Mohd Iskandar berpendapat ada di kalangan pemimpin Umno yang menjadikan parti itu milik mereka dan untuk golongan bangsawan sahaja.

“Pengikut pula dipaksa terima apa sahaja keputusan tanpa diberi ruang untuk ikut serta atau memberikan pendapat dan penjelasan,” katanya.

— BERNAMA

Comments»

1. zik - January 18, 2009

BN Nak Berubah..En Penganlisis?
Meh aku nak habaq kat hang..tak yah tunggu penganilis:

1. Bebaskan tahanan ISA.
2. Mohon maaf kepada tahanan ISA dan bayar pampasan yg sewajarnya..
3. Bubarkan JKKKP
3. Jangan diskriminasi negeri2 PR..
4. Mohon maaf kepada DSAI diatas pemecatan 1998
5. Mohon maaf dan kembalikan geran negeri kepada TGNA.
5. Hapuskan AUKU,Akta Polis dan Akta Cetak.
6. Pecat Ketua Polis Negara dan Peguam Negara..
7. Bawak Sayfool Bloodyfool ke Mahkamah Syariah dan dakwa
8.Bubar Parlimen dan adakan PRU yang bersih..
9. Bersihkan SPR
10. Hapuskan konsensi TOL
11. Hapusakan PTPTN dan langsikan hutang 2 PTPTN
Dan panjang lagii…Dan lepas tu baru BN ada hak nak cakap pasal nak berubah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: