jump to navigation

Faktor Calon Kelebihan PAS January 18, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Sepertimana yang IB telah sebut di dalam “Hanya Penipuan Sahaja Yang Boleh Memenangkan BN” berbanding denganJauh Bezanya Arwah Razali Dengan Wan Farid” –  memang tidak boleh dinafikan kebijaksanaan Haji Hadi dalam memilih Wahid Endut sebagai calon untuk mewakili Pas.

IB tidak mahu mengulas kemungkinan-kemungkinan jika dipililh calon lain – namun cukup sekadar menyatakan dalam percaturan PRK036 apabila menghadapi Wan Farid dari BN, tidak mungkin calon-calon lain mampu mengatasi apa yang dicapai semalam – walaupun Wahid tidak tersenarai sebagai calon pilihan dalam senarai awal. Malah, ramai yang pada mulanya terkejut dengan pemilihan Haji Hadi.

Dalam pada itu – faktor-faktor lain turut menyumbang dalam keputusan yang diperolehi semalam. Wahid sebagai calon bukanlah satu-satunya faktor namun ianya suatu faktor penentu yang penting dalam senario bila berdepan dengan Wan Farid dan dalam pada BN mengangkat-angkatkan musuh Wan Farid/Wan Hisham di bahagian – tokoh mereka yang ditolak oleh  parti di peringkat bahagian sendiri walapun pun pengundi P036 menerimanya ketika mengalahkan Naib Presiden PAS dalam PRU2008.

Sekian, IB

dipetik dari: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384494

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Bernama) — PAS percaya kejayaannya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam banyak dibantu faktor kelebihan calonnya Mohd Abdul Wahid Endut yang lebih berpengalaman memenangi hati rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata PAS belajar daripada kesilapan lepas, lantas memilih Mohd Abdul Wahid, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam, yang dianggap bebas daripada segala isu.

“Ini merupakan mesej yang jelas daripada rakyat yang mahukan perubahan dan PAS telah mempelajari daripada kesilapan lampau,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, katanya faktor yang membolehkan Mohd Abdul Wahid memenangi kerusi itu adalah disebabkan rakyat percaya beliau mampu membawa suara mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Mereka tak nak pertaruhkan sesuatu perjuangan itu kepada calon yang tidak boleh membawa suara hati mereka. Ini yang terjadi. Selain itu, beliau mempunyai pakej iaitu menjadi ADUN selama lima penggal,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata bahawa Pakatan Rakyat tidak tersilap memilih Mohd Abdul Wahid sebagai calon dalam pilihan raya kecil itu.

“Kita memilih berdasarkan rekod dia (Mohd Abdul Wahid) yang cemerlang di Wakaf Mempelam yang dipertahankan selama lima penggal. Kalau dia tak bagus, tentu orang tak pilih dia,” katanya.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali berkata isu yang dibawa dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat merupakan satu daripada faktor kejayaan calon PAS itu selain kehadiran Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebenarnya, isu yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) banyak membantu calon kita (Pakatan Rakyat) seperti isu ekonomi, royalti, bahasa yang dilihat lebih kepada unsur memfitnah.

“Golongan muda juga semakin sedar akan arah tuju mereka kerana kita membawakan isu yang lebih relevan seperti bahasa, pendidikan, jenayah serta nasib orang Melayu,” katanya.

Dr Syed Husin mengakui personaliti Mohd Abdul Wahid juga merupakan faktor kemenangannya.

“Beliau seorang yang lebih dikenali di Kuala Terengganu berbanding calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Beliau rendah diri, bersih… Ini kunci kejayaan beliau,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kejayaan itu turut didorong oleh kerjasama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR ketika berkempen dalam pilihan raya kecil itu.

Selain itu, proses pilihan raya kecil yang berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi turut menyumbang kepada kemenangan calon PAS itu.

Seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai “Ayah Teh” dari Kubang Parit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam berkata Mohd Abdul Wahid amat dekat di hati pengundinya kerana sikapnya yang ramah dan merendah diri.

“Dia selalu turun tengok orang kampung tanya khabar, belanja makan dan berborak. Saya dah 50 tahun duduk kat sini, tapi saya tengok dia lain sikit. Boleh dengar apa yang kita nak,” katanya.

Kenyataan Ayah Teh disokong rakannya Rosli Kasim, 47.

Rosli berkata calon PAS itu adalah seorang yang berbudi bahasa selain aktif mengadakan lawatan kampung ke kampung.

“Dia lawat bukan pada pilihan raya je. Kita suka dia sebab dia tidak bezakan taraf dia dengan kita…boleh duduk bersama, bergurau dan kalau rajin, dia mari ke rumah kita. Pemimpin yang macam ini yang kita nak,” katanya.

BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila Wan Ahmad Farid tewas kepada Mohd Abdul Wahid dengan majoriti 2,631 undi. Calon Bebas Azharudin Mamat hanya mendapat 193 undi.

— BERNAMA

Comments»

1. arus38 - January 19, 2009

salam sdra IB

saya amat meminati program dokumentari animal planet siaran astro.

dalam 1 dokumentari yang saya tengok tentang kriteria2 pemilihan ketua masyarakat gorila (babun) di afrika. untuk menjadi ketua (pemimpin) hatta pun gorila, calon mesti mempunyai kriteria2 mulia spt segak, gagah, penyayang, pelindung dll.

apatah lagi kepada semulia-mulia makhluk ciptaan Allah yang dinamakan manusia.

sudah tidak relevan lagi taroh calon tunggul kayu pun boleh menang dalam apa2 pemilihan raya pun.

faktor calon yg disenangi amat penting walaupun banyak lagi faktor2 yg lain utk memenangkan calon.

tahniah kpd hj wahid endut.
masih ada masa utk cuba lagi kpd wan farid (dan rakan2 serakit).
al fatihah buat arwah razali ismail. pemergian arwah telah meninggalkan sekelumit legasi, PAStinya.

2. profhamz - January 19, 2009

Jika dilihat dalam konteks pilihanraya kecil, UMNO(BN) kalah adalah berdasarkan beberapa faktor kecil seperti faktor strategi dan faktor calon. Di dalam pilihanraya ini tiada isu nasional yang timbul kecuali isu yang telah pun dimainkan di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas. Faktor calon paling mempengaruhi pengundi di mana calon BN Wan Farid dikata tidak mesra rakyat. Salah percaturan strategi memilih calon ini mungkin boleh diulas oleh Pengarah pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (BN) apabila post mortem nanti.
More on ataspagar.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: