jump to navigation

Bolehkah PPSMI Dimansuhkan? January 30, 2009

Posted by ibrahimbaba in ekonomi, Melayu, Pembaziran, politik.
Tags: , , ,
trackback

Perlaksanaan PPSMI adalah suatu keputusan yang dilakukan oleh Mahathir secara yang amat tergesa-gesa. Tanpa kajian yang menyeluruh berhubung implikasi dan kaedah perlaksanaan – Mahathir terus mengarahkan ianya dilakukan dalam masa yang amat suntuk.

Apakah kerana tidak puas hati dengan pegawai kerajaan yang lemah dalam pertuturan Bahasa Inggeris dalam suatu persidangan antarabangsa wajar untuk beliau terus membuat kesimpulan begitu dan terus menyalahkan bahasa ibunda.

Apakah ini seperti marahkan nyamuk kelabu dibakar?

Berbalik kepada persoalan di atas, perlaksanaan PPSMI sebenarnya bagaikan durian runtuh untuk sesetengah orang dan beberapa syarikat yang hidup bernafas semula hasil dari kontrak pembekalan pelbagai peralatan untuk projek PPSMI. Bukan jutaan Ringgit tetapi berbillion Ringgit.

Di awal perlaksanaannya perbelanjaannya adalah sekitar RM900,000,000 hingga RM1,050,000,000 setahun untuk enam tahun pertama. Kini sudah masuk fasa-fasa yang seterusnya dan sudah lebih RM10 billion dibelanjakan untuk pelbagai perkakasan, peralatan, perisian, latihan dan juga kos juru runding.

[IB tidak mahu membicara pelbagai masalah dan kerugian yang telah dialami – akibat dari ketidaksediaan infrastuktur, tiada perancangan teliti dan tiada kepakaran yang perlu. Tidak kurang juga perkakasan yang hilang dan dicuri]

Yang kenyang – segelintir syarikat dan manusia yang mengikuti rapat projek ini dan kini di antara mereka yang banyak melobikan agar projek ini diteruskan – demi menjaga periuk nasi mereka.

Jadi kepada persoalan di atas tadi – kesediaan untuk mansuh PPSMI adalah “political decision” dan juga “business decision” – mungkin tidak ada kena mengena demi kepentingan bahasa dan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Berdemo dan berbantahlah kita – selagi mereka yang berkepentingan itu perlukan projek ini maka PPSMI akan tetap diteruskan.

Sekian, IB

Comments»

1. anakmelayujati - January 31, 2009

Wahai semua pejuang Bahasa Melayu, janganlah kita subuk dengan PPSMI, biarkanlah ianya diteruskan. Anak2 kita pun tunjukkan keselesaan. Pejuang Bahasa Melayu (BM) tengoklah sendiri tahap sebaran dan penggunaan BM masakini: Dalam berita TV Menteri2 termasuklah TPM cakap Bahasa Inggris (BI), Tokoh2 Koporat cakap BI, Filem Melayu cakap Melayu/Inggris/Bahasa Rojak, Dalam akhbar Melayu (BH) banyak kesilapan ejaan BM, Papan Iklan/ Papan tanda BI, satu contoh Kalau ke Pos Malaysia iklan dalam BI. Jadi apa yang kita nak sibuk dengan PPSMI, tidak usahlah hendak berdemostrasi kerana PPSMI. Kalau tkoh2 BM tidak sudi berdemostrasi menyedarkan pemimpin2 bercakap BM dan sebagainya, Apakata kita hapuskan sahaja semua sekolah aliran Kebangsaan, aliran cina, aliran Tamil. Kita ujudkan satu aliran sahaja iaitu ALIRAN BAHASA INGGRIS.

2. Bolehkah PPSMI Dimansuhkan? « Dewan Pemuda PAS Sarawak - January 31, 2009
3. Hj Zulkeflee Hj Yaacob - January 31, 2009

Salam,
Orang macam Tun Faisal yang sering muncul dalam ruangan didik dalam Berita Harian wajar dibersihkan otak kolonial kerana menyanggah dan menegak benang basah mempertahankan PPSMI hingga sanggup mencerca Prof Dr Awang Sariyan dan pejuang bahasa.
Saya akan tentang dasar yang merugikan Melayu luar bandar, pedalaman, dan miskin hingga menang. Sebenarnya UMNO lemah kerana Tok Hisham menerima laporan palsu atas dasar ini mereka ketawa terbahak-bahak agar UMNO hancur jadi debu.
Kita kesian melihat pejuang bahasa seperti A.Samad Said berjuang menegak bahasa Melayu dalam asas 50 dan kini Datuk Hassan Ahmad tak henti-henti mendesak kerajaan batalkan PPSMI ketika usia di hujung senja.
Pemimpin Melayu kini tak reti bahasa dan pengkhianat!

4. Anak Melayu... - February 8, 2009

Salam,
PPSMI dimansuhkan… saya kira ada antara kita salah faham. PPSMI… apa yang saya faham dari ramai orang… mereka tidak berpuashati kerana menjalankan MATEMATIK, SAINS dalam bahasa Inggeris. Kalau atas alasan nak bagi anak2 kita pandai Bahasa Inggeris mengapa tidak di tambah bilangan waktu untuk matapelajaran bahasa Inggeris itu sendiri ?. Kalau begitu la saya rasa tiada masalah atau pertikaiannya. Kebanyakkan komen saya tengok mereka marah kata kita tak nak belajar bahasa Inggeris… bukan begitu pada dasarnya… masalah sebenarnya sebab Matematik dan Sains tu mengapa dalam bahasa Inggeris sedangkan kata kita nak tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ibarat kata sakit kepala diberi ubat sakit perut… Dari maklumat yang saya peroleh… guru yang ajar PPSMI itu pun ada yang Bahasa Inggerisnya pangkat 7 atau 8… Jadi bagaimana? Tak mengajar PPSMI tak boleh sebab kena ajar… Boleh tak kalau saya katakan kita belum bersedia sebenarnya kecualilah kalau……..” PPSMI adalah “political decision” dan juga “business decision” – mungkin tidak ada kena mengena demi kepentingan bahasa dan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Berdemo dan berbantahlah kita – selagi mereka yang berkepentingan itu perlukan projek ini maka PPSMI akan tetap diteruskan.”

5. MNasB - April 11, 2009

Mansuhkan PPSMI. Kita telah bina piramid ilmu sains dan matematik dalam BM. Kenapa kita perlu runtuhkannya. Orang yang menegakkan PPSMI ialah orang yang jahil…Kononnya bi sahaja yang mampu menjadi bahasa sains dan matematik. Saya begitu kesal kerana perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu diperli oleh orang melayu sendiri. Kita tidak menentang pengajaran BI tetapi kenapa perlu diinggeriskan sains dan matematik. Ilmu sains dan matematik diajar bukan untuk mendapat kerja semata-mata tetapi tujuannya lebih jauh dan dalam lagi iaitu mencari kebenaran dalam kehidupan beragama…pemikiran orang melayu zaman sekarang sudah bercanggah dengan kehidupan beragama. Jikalau diajar dalam bi mungkin mereka akan memperolehi pengetahuan tetapi untuk mendapat ilmu supaya mereka sedar akan kehebatan Pencipta-adalah suatu hal yang mustahil.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: