jump to navigation

Perlu Menegur DSAI February 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam.
Tags: , , , , , ,
trackback

Membaca tulisan DSAI akhir-akhir ini membuat IB memikir panjang. Dua posting yang amat mengganggu fikiran IB ialah berhubung perkembangan di Sri Lanka dan sambutan Thaipusam. Terganggunya fikiran IB kerana ketidak telitian DSAI dalam beberapa perkara yang ditulis dalam posting tersebut. Masa yang lama diambil untuk memikirkan bagaiman hendak diturun kata-kata ini.

Pertama, Kenyataan Media Berhubung Perkembangan Mutakhir di Sri Lanka, DSAI bimbang dengan “mangsa di kalangan rakyat, terutamanya penduduk Tamil di utara”. Mengapakah saudara tidak menyebut sama perihal umat Islam yang telah diusir oleh pengganas LTTE/Tamil Tigers? Ratusan ribu umat Islam telah dihalau dari kediaman mereka dan kini sudah bertahun merana terpaksa menjadi pelarian?

Tidak kurang pula mereka yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam. Wanita dan kanak-kanak telah turut menjadi mangsa kekejaman pengganas LTTE. Perihal penderitaan ini MESTI disebut juga dalam menyatakan kebimbangan kumpulan minoriti orang-orang Tamil itu.

Kedua, ucapan Selamat Menyambut Hari Thaipusam. Seharusnya saudara amat faham sebagai orang Islam kita perlu menjaga pengucapan dan kata-kata kita agar tidak mencalar syahadah kita. Dalam mengEsakan Allah Azzawajala, kita tidak boleh menyekutukanNya. Tiada tuhan melainkan Allah.

Dari kata-kata dalam pengucapan tersebut saudara telah meletakkan pengiktirafan terhadap dewa-dewa Hindu tersebut. Teguran ikhlas ini adalah bagi mengingatkan DSAI untuk beristighfar dan supaya lebih teliti di masa-masa akan datang. Islam tidak melarang untuk memperjuangkan nasib penganut agama lain terutama mereka yang tertindas – malah adalah terkedepan dalam memperjuangkan keadilan, namun Islam turut mengariskan batas-batas syahadah kita.

Amantu billah.

Sekian, IB

Comments»

1. ibrahimbaba - February 19, 2009

Jawapan DSAI melalui emel:

Jazakallah. Teguran sdr diterima baik.

Penjelasan: mangsa awam utara tidak terbatas pada penganut Hindu. Malah dalam hujah saya sabelumnya melalui ICG (international crisis group), disentuh mangsa dikalangan umat Islam, penganut Buddha dan Hindu. Sebaiknya saya jelaskan dlm rencana terkini.

Meruj sentuhan para dewa Hindu kpd penganut Hindu dlm konteks “dinukum” dapat dipertahankan; namun buat mengelak kekeliruan, akan lebih diteliti dalam kenyataan saterusnya inshaallah

Anwar

2. ibrahimbaba - February 19, 2009

komen melalui emel:

Assalamu alaikum Bro.,

AI sememangya Islam Liberal. Bila dapat jumpa?

warkxxxx

3. ronsosro - February 22, 2009

Di fahamkan Tamil Eelam dapat sokongan kuat dari Tamil tempatan 110%…….dulu masa High Com Sri Lanka kat Jln Ampang, seksa betul staf kat hicom, macam macam di baling masuk ke dalam bangunan hicom sri lanka, hand grenade pun ada! Ada persamaan antara Hindraf dengan LTTE…???

4. Anwar dan Pluralisme Agama « Ibrahimbaba’s Weblog - December 16, 2010

[…] Perlu Menegur DSAI […]

5. Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal « Ibrahimbaba’s Weblog - February 1, 2012

[…] IB kerap menegur di ketika-ketika yang sesuai. IB pernah juga tegur Anwar sebelum ini. IB mula meletakkan brek di kaki di awal tahun 2009 apabila Anwar tidak bersungguh dalam memelihara  kesucian syahadah – baca “Perlu Menegur DSAI.” […]

6. Sikap Anwar dan temubual Wall Street Journal | n9kini.net - February 1, 2012

[…] IB kerap menegur di ketika-ketika yang sesuai. IB pernah juga tegur Anwar sebelum ini. IB mula meletakkan kaki di brek di awal tahun 2009 apabila Anwar tidak bersungguh dalam memelihara kesucian syahadah – baca “Perlu Menegur DSAI.” […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: