jump to navigation

Apakah terowong SMART gagal berfungsi? March 4, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Apakah terowong SMART gagal berfungsi? Dengan ribu juta RM telah dibelanjakan apakah tujuannya untuk menggelak berlakunya bencana seperti ini? Apakah perlu lagi ribuan juta RM untuk dibelanjakan kepada kroni lain pulak?

*******************************************************************

03 Mac, 2009 22:38 PM

Ribuan Warga Kota Terperangkap Ekoran Banjir

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa batang jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

“Banjir berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

“Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat,” katanya.

Dalam pada itu beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh, Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta di naiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan Bernama sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Sistem pengangkutan awam juga tergendala di mana sehingga sehingga pukul 8 malam, orang ramai masih berpusu-pusu di perhentian bas dan stesen LRT untuk pulang ke rumah masing-masing.

Rangkaian Pengangkutan Integriti Deras Sdn Bhd (RapidKL) pula menghentikan perkhidmatan di semua rangkaian perkhidmatan Kelana Jaya Line pada 6.09 petang ekoran bekalan elektrik yang terputus.

RapidKL berkata perkhidmatan LRT akan terus tergendala sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya.

Banjir bagaimanapun mulai surut apabila hujan berhenti pada kira-kira 7 malam.

— BERNAMA

Comments»

1. Namatimangan08 - March 14, 2009

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Left Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata hujan lebat yang luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

“Banjir berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

…..Petikan

Komen saya

Nota: Komen ini dibuat berdasarkan andaian banjir (PWTC sebagai contoh) berlaku di hilir terowong SMART dan bukan di hulu terowong. Abaikan keseluruhan komen saya jika andaian ini tidak benar.

Komen ini juga dibuat berdasarkan keupayaan teknikal terowong SMART dan tidak mengambil kira skop undang-undang berkaitan “kawasan tanggungjawab” pengurusan SMART.

Dari kenyataan di atas ada tanda-tanda ketidak cekapan operasi atau rekabentuk terowong tersebut.. Kenapa saya katakan begitu? Artikel di atas menyatakan limpahan Sungai Kelang adalah salah satu dari sebab berlakunya banjir.

Pertimbangkan pula.yang dipetik dari jurucakap Pengurusan SMART yang menyatakan sebanyak 700,000 meter padu air dari hulu Sungai Kelang telah dilencungkan ke dalam terowong.

Keupayaan terowong SMART menerima lencungan adalah 2,750,000 meter padu TANPA perlunya menutup ruang trafik. Jika mereka melencungkan jumlah 2,750,000 meter padu dan bukannya 700,000 meterpadu, maka titik pertemuaan antara sungai Kelang dan Sungai Gombak akan kekurangan aliran sebanyak sekitar 2,000,000 meter padu pada masa kejadian. Kekurangan air yang sebanyak ini akan menurunkan paras air untuk kawasan yang seluas 1km persegi sebanyak 2m!!!!! Mengapakah mereka tidak melencungkan nilai maksimum 2,700,000 meter padu ke dalam terowong? Ada sesuatu yang menghalang mereka berbuat demikian. Ketidak cekapan adalah salah salah satu dari memunkinan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: