jump to navigation

Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet April 25, 2009

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Anti-Islam, Islam, Kehakiman, Kerajaan.
Tags: , , , , ,
trackback

dipetik dari http://membelaislam.wordpress.com/Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

di antara wakil NGO Islam yang hadir untuk sidang media pagi tadi

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:

Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.

Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, adalah dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.

Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini.

Ulasan-ulasan lanjut akan disusuli di blog ini nanti. [http://membelaislam.wordpress.com/] InshaAllah.

di antara wakil media yang hadirdi antara wakil media yang hadir

Comments»

1. Pinkturtle - April 25, 2009

[…] Lebih 100 NGO Islam Bantah Kenyataan Nazri dan Keputusan Kabinet […]

2. Ok - April 26, 2009

Nazeri reti ke?

3. arieloso - April 29, 2009

Secara peribadi saya berpendapat keputusan kabinet untuk mengekalkan agama asal kanak-kanak yang mana bapa atau ibu mereka memeluk agama islam wajar dibincangkan dengan persatuan ulama dan majlis fatwa,bukan sekadar keputusan bapak2 menteri sahaja….siapalah dato nazri aziz yang layak untuk bercakap soal agama?Masalah ini bawalah kepada pihak yang lebih arif….saya memang tidak bersetuju…..ini boleh menghalang individu dari agama lain yang ingin memeluk agama islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: