jump to navigation

Krisis politik di Perak mulai tempias ke Terengganu May 7, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, politik, Terengganu.
Tags: , , , ,
trackback

Dari Harakahdaily.net

KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) – Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat.

Kalau sebelum ini ramai mempersendakan agenda 16 September 2008, yang berakhir tanpa kenyataan.

Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja.

Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno.

Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato’ Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Menurut sumber pelucutan jawatan Dato’ Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

“Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit.

“Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat,” katanya di sini.

Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin.

Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini.

Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang.

Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno.

Semalam Naib Presiden, Dato’ Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

“Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini,” katanya.

Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Razak.

Pelantikan Dato’ Mustapa Mohamed sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai proses ‘kitar semula’ semata-mata bagi melenyapkan pengaruh Abdullah di negeri ini.

“Saya yakin Tan Sri Annuar Musa dan kumpulannya tidak akan duduk diam dan pastinya akan berlaku pertembungan di Kelantan.

“Dan tidak dapat ditolak peristiwa lama di mana Mustapa pernah dipulau ketua-ketua bahagian yang pernah berlaku ketika beliau mengetuai Umno Kelantan akan berulang kembali,” ujarnya. – mj _

Comments»

1. IDRIS Abdul Rauf - December 21, 2009

Semuanya yang sedang berlaku adalah disebabkan ketidakambilpedulian ke atas retak-retak kecil yang berlaku dalam UMNo oleh kepimpinan UMNO disemua perengkat. Menjaga dan memimpin UMNO sama juga derngan kemahiran ‘management’ dalam sektor koporat. Saorang pengurus yang baik seharusnya pandai mengurus.UMNO SEKARANG BUKAN UMNO DULU.

Jika ada tanda2 retak kecil sekalipun ia mesti NIP IN THE BUD.Kalau tidak, akan bengkak dan menanah. Pemimpin2 pula tidak seharusnya hanya menstabilkan diri sndiri sahaja. Inilah trend semasa.Dalam pada itu orang2 lama tak seharusnya deketepikan.Mereka masih lagi boleh menyumbang! IDRIS RAUF


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: