jump to navigation

ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia Awal Pagi Ini July 31, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, PAS, politik.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

dipetik dari Bernama.com.my

PULAU PINANG, 31 Julai (Bernama) — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Permatang Pasir, Pulau Pinang Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi Jumaat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini selepas beberapa hari menjalani rawatan di institut itu.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata, jenazah Mohd Hamdan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir pukul 2 petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini selepas solat Asar.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang, dan kini merupakan satu-satunya ADUN PAS di negeri ini. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang pauh.

Menurut adik lelakinya, Mohd Shukran, Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak, menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini di IJN.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik beradik itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

“Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung,” katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

Allahyarham memnnagi DUN Permatang Pasir pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mohd Hamdan, yang berasal dari Kedah, baru sahaja menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk kira-kira tiga minggu lalu sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Allahyarham, menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wan Mohamad Saman, Sungai Korok Alor Setar dan lulus Senior Cambridge pada 1963.

Mohd Hamdan kemudiannya mengikuti pendidikan agama Islam di bawah naungan Majlis Agama Islam Kedah sehingga ke peringkat IV Thanawi pada 1965.

Allahyarham juga pernah mengikuti program intensif pentadbiran awam di Intan pada 1970 dan mendapat latihan pentadbiran umum di Kolej Pentadbiran dan Latihan Kastam di Melaka pada 1978.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru bahasa di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah selama dua tahun mulai 1964 dan merupakan bekas pegawai tadbir negeri Kedah antara tahun 1966 dan 1977.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai tadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dari tahun 1977 hingga 1983.

Allahyarham juga aktif dalam pergerakan belia dan pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia pada 1973 dan mewakili PAS Pulau Pinang sebagai Anggota Pemadam pada 1989 hingga 1999.

— BERNAMA

Seorang Penyokong PAS Ditahan Baling Batu Cederakan Puteri Umno July 14, 2009

Posted by ibrahimbaba in PAS, polis, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
1 comment so far

dipetik dari Bernama:

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — Seorang penyokong PAS ditahan polis setelah disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong Barisan Nasional (BN) sehingga mencederakan dua anggota Puteri Umno di Sekolah Kebangsaan Peria di sini Selasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi telah dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mencetuskan ketegangan.

“Sedikit pertelingkahan antara penyokong-penyokong PAS berlaku dengan penyokong BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu.

“Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu,” katanya dalam satu sidang media di Markas Tektikal (Martek) di Laloh dekat sini.

Berikutan kejadian itu, katanya, polis telah menahan seorang lelaki di tempat kejadian yang merupakan penyokong PAS dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Musa berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat.

“Kita memberi jaminan tindakan mahkamah akan diambil dengan segera,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

“Tindakan mengibar bendera itu juga boleh mencetuskan provokasi kepada penyokong parti lain dan boleh menyebabkan ketegangan sehingga berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Bagaimanapun, Musa berkata secara keseluruhan perjalanan proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berjalan lancar.

Sementara itu, di tempat yang sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang disifatkan sebagai tidak mencerminkan keIslaman oleh PAS.

“Dalam perhimpunan yang besar, pengikut yang berkumpul suka membuat provokasi sehingga mencetuskan kejadian yang di luar kawalan.

“Apabila berlaku kejadian yang tidak diingini, ia suatu perkara yang dikesalkan sedangkan pihak polis telah menjalankan tugas yang baik untuk menjaga kententeraman awam, namun masih ada penyokong PAS yang mudah terpengaruh dan mengikut perasaan,” katanya.

Beliau berkata pihak yang menjadi mangsa iaitu dua anggota Puteri Umno telah membuat laporan polis supaya siasatan segera dapat dijalankan.

Muhyiddin juga kesal dengan tindakan penyokong PAS yang tidak menghormati arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak mengibarkan bendera parti di kenderaan masing-masing untuk mengelakkan sebarang provokasi selain faktor keselamatan jalan raya.

Dalam soal itu penyokong BN lebih mematuhi dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan itu dengan tidak memasang bendera pada kenderaan mereka, katanya.

“Saya tidak tahu apakah SPR akan ambil tindakan namun saya mengharapkan SPR ambil tindakan yang cepat untuk mengawal keselamatan,” katanya.

— BERNAMA

3 Puteri UMNO Cedera July 14, 2009

Posted by ibrahimbaba in Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

dipetik dari The Star:

Three Puteri Umno members hurt in fight

KUALA KRAI: Two Puteri Umno members were admitted to the hospital after a fight occurred between Barisan Nasional and PAS supporters outside the SK Peria polling centre near here.

According to Perak Puteri Umno chief Salbiah Mohamed, the 10.30am incident started when someone threw a stone at a group of Umno Youth members who were canvassing for votes.

The rock apparently hit a Puteri member on her head.

Chaos ensued with both sides trading insults, throwing water bottles and even discarded durian skins at each other, Salbiah said.

Policemen managed to calm the situation and restored order after a few minutes.

Three Puteri members were treated at the Kesedar office nearby.

One of them Noriati Mertam had passed out due to the heat while Wan Norazila Pawanteh and Norfahana Abd Rahman were later taken to the Kuala Krai hospital.

It is learnt that a police report was lodged by Puteri Umno members.

Apa Lagi Hendak Dipanggil Kalau Tidak RASUAH? July 13, 2009

Posted by ibrahimbaba in ekonomi, Kerajaan, Ketelusan, Melayu, politik, UMNO.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Apakah yang hendak kita definisikan sebagai rasuah?

Apakah kata-kata seperti ini tidak rasuah?

KUALA KRAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin is offering a new deal to turn Manek Urai into a new development area in Kelantan, provided Barisan Nasional wins tomorrow’s by-election.

The Deputy Prime Minister said the “offer” was not confined to physical development but would also encompass the social and economic well-being of the people.

He said the Federal Government was always willing to help the people of Manek Urai, but they should reciprocate by voting for Barisan.

“If that (development) is what they want, we are ready to help but they must also be ready to help us,” he told reporters after launching the state-level Teachers Day celebration at SK Manek Urai Baru here yesterday.

Menawarkan sesuatu ganjaran jika pengundi undi BN. Bukankah itu rasuah namanya? Sudah jelas dan terang.

Atau ianya tidak menjadi rasuah apabila tawaran dibuat oleh BN?

Bukankah ugutannya ialah tiada pembangunan jika tidak undi BN? Kalau ikhlas peka dan ingin melihat nasib bangsa sendiri maju dan senang – tolong sahaja tanpa apa-apa syarat.

Apakah syarat tersebut ada kepada pembangunan di bandaraya Kuala Lumpur yang majoritinya di wakili oleh MP dari Pakatan Rakyat? KL tetap mendapat peruntukan dan pembangunan diteruskan.

Sekian, IB

Siapa Benar? PPSMI Berjaya Atau Gagal? July 13, 2009

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Ketelusan, Melayu.
Tags: , , , , , , ,
add a comment

Ini yang diucapkan oleh Hishammuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran pada ketika itu:

dipetik dari Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum http://www.moe.gov.my/bpk/

Keputusan di bawah PPSMI memuaskan

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di bawah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini, adalah memuaskan walaupun terdapat penurunan pelajar yang mendapat 5A.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia jelas membuktikan dasar PPSMI yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu, tidak menjejaskan prestasi para pelajar.

Ini yang diperkatakan oleh Menteri Pelajaran sekarang apabila memutuskan untuk mansuhkan PPSMI:

Muhyiddin berkata terdapat peningkatan pelajar di negara ini sebelum PPSMI dilaksanakan apabila mereka berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya.

Trend kejatuhan kedudukan negara yang menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains amat membimbangkan, katanya.

Wang sudah berbillion ringgit dihabiskan. PPSMI dilaksanakan dengan tergesa-gesa. Dari awal sudah nampak kegagalannya. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang tetap mengangkat benang yang basah.

Dan merujuk kepada tulisan IB sebelum ini  Bolehkah PPSMI Dimansuhkan? – ternyata dengan jelas pemansuhan PPSMI tidak dibuat begitu sahaja. Ada projek dan dana yang telah pun diperuntukan untuknya.

Mereka tidak akan membuat sesuatu keputusan jika tidak tersedia mereka yang yang memegang dulang menadah untuk mengambil kesempatan atas setiap keputusan yang dibuat oleh kalangan mereka sendiri juga.

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sekian, IB