jump to navigation

Seorang Penyokong PAS Ditahan Baling Batu Cederakan Puteri Umno July 14, 2009

Posted by ibrahimbaba in PAS, polis, politik, UMNO.
Tags: , , , , ,
trackback

dipetik dari Bernama:

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — Seorang penyokong PAS ditahan polis setelah disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong Barisan Nasional (BN) sehingga mencederakan dua anggota Puteri Umno di Sekolah Kebangsaan Peria di sini Selasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi telah dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mencetuskan ketegangan.

“Sedikit pertelingkahan antara penyokong-penyokong PAS berlaku dengan penyokong BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu.

“Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu,” katanya dalam satu sidang media di Markas Tektikal (Martek) di Laloh dekat sini.

Berikutan kejadian itu, katanya, polis telah menahan seorang lelaki di tempat kejadian yang merupakan penyokong PAS dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Musa berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat.

“Kita memberi jaminan tindakan mahkamah akan diambil dengan segera,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

“Tindakan mengibar bendera itu juga boleh mencetuskan provokasi kepada penyokong parti lain dan boleh menyebabkan ketegangan sehingga berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Bagaimanapun, Musa berkata secara keseluruhan perjalanan proses pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berjalan lancar.

Sementara itu, di tempat yang sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kejadian yang disifatkan sebagai tidak mencerminkan keIslaman oleh PAS.

“Dalam perhimpunan yang besar, pengikut yang berkumpul suka membuat provokasi sehingga mencetuskan kejadian yang di luar kawalan.

“Apabila berlaku kejadian yang tidak diingini, ia suatu perkara yang dikesalkan sedangkan pihak polis telah menjalankan tugas yang baik untuk menjaga kententeraman awam, namun masih ada penyokong PAS yang mudah terpengaruh dan mengikut perasaan,” katanya.

Beliau berkata pihak yang menjadi mangsa iaitu dua anggota Puteri Umno telah membuat laporan polis supaya siasatan segera dapat dijalankan.

Muhyiddin juga kesal dengan tindakan penyokong PAS yang tidak menghormati arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak mengibarkan bendera parti di kenderaan masing-masing untuk mengelakkan sebarang provokasi selain faktor keselamatan jalan raya.

Dalam soal itu penyokong BN lebih mematuhi dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan itu dengan tidak memasang bendera pada kenderaan mereka, katanya.

“Saya tidak tahu apakah SPR akan ambil tindakan namun saya mengharapkan SPR ambil tindakan yang cepat untuk mengawal keselamatan,” katanya.

— BERNAMA

Comments»

1. ingin tahu - July 31, 2009

dengar cerita ada juga penyokong pas kena baling batu sampai masuk hospital tapi tak mendapat liputan media pro kerajaan betul ke … tak elok kalau macam gitu berat sebelah la namanya kat dunia boleh le selindung2 kat akhirat nanti ..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: