jump to navigation

Lebih 20,000 peserta himpunan aman bertembung polis dekat Sogo August 1, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

dipetik dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat mengetuai perarakan beberapa kumpulan yang terpisah dari Sogo ke Dataran Merdeka. Turut bersamanya, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Naib-Naib Presiden, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.

Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.

Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden ‘pertempuran’ antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.

Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.

Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.

Comments»

1. Alan - August 25, 2009

Ni lagi satu bodonya melayu…yang terus melayu dibumi sendiri……..
Nape tak ajak rakyat dap….asyik2 muka melayu pas je, mana pas yang cina tu…kata ada ahli pas cina….
aku pun pas jugak ….tapi sekang aku dah mula boring nak huhahuha kat jalan raya gitu…
mula sekang aku tak gi lagi huhauha gitu…keja bodoh!
aku nengok cina sedap je duduk -duduk ,senyum-senyum ,sambil hirup kopi nengok melayuuuuuuu huhahuha macam berok terlepas kat jalan raya……
Pada aku kalau nak huhahuha bio semua sekali MCI buat. baru best!
tak gitu BOIM.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: