jump to navigation

Harakah Perlu Imbangi Laporan Penangkapan MAZA November 23, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Ini dipetik dari Harakahdaily:

Tidak semua orang bersetuju dengan Dr. Asri dan tidak semua orang juga bersetuju dengan cara Dr. Asri ditahan. Di dalam PAS sendiri, tidak semua orang suka dengan pendekatan Dr. Asri yang agak “pro-wahabi” (walaupun beliau bermati-matian tidak mengaku sebagai pengikut Wahabi)

Lagi ulasan berita Dr Asri

Ahmad Mahir
Saudara Editor,

Saya telah memerhatikan kes berita penangkapan Dr. Asri bagi kesalahan mengajar Agama Islam di negeri Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang disiarkan oleh HarakahDaily sejak dari hari pertama kes lagi.

Apa yang saya perhatikan, HarakahDaily dilihat mengambil “side” dengan hanya mengeluarkan berita-berita yang berunsurkan sokongan kepada Dr. Asri secara tidak langsung, dan terus meminggirkan berita-berita yang tidak berunsurkan sokongan kepada Dr. Asri.

Seperti contoh, Harakah Daily menyiarkan berita
” Mufti Kedah sifatkan cara penahanan Dr. Asri tidak sesuai”.

Sebelum-sebelum ini, Harakah Daily juga menyiarkan berita-berita seperti yang memberi liputan berat sebelah dengan tajuk berita seperti:

“Tangkap Dr Asri, Pengarah Jais perlu profesional”

“Nik Aziz dukacita penangkapan Dr Asri”

“Tangkapan Dr Asri, Jais tidak Profesional”

“Dr Asri cabar peguam syarie, Nakhaie buktikan tuduhan”

Tapi dimana berita seperti berikut pula?

“Mufti Pahang sokong tindakan Jais”  – http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5569563.asp
“Memahami Isu Penangkapan Dr Asri” – http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

“Bekas Mufti Mungkir Janji” – http://peguamsyarie.org/?p=1251

“Asri wajar ditahan, tidak ikut undang-undang” – http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5570667.asp <—- ini dikomen oleh Mufti Perak sendiri

“Sultan tegas isu tauliah ceramah” – http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5574986.asp

“Isu Dr Asri PGSM Pertahan Memorandum” – http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/6/mstar_berita/20091106165334&sec=mstar_berita

Harakah Daily sepatutnya membuktikan profesionalisme sebagai media alternatif yang sebelum ini banyak melaungkan konsep kebebasan media dan keadilan.

Adakah Harakah Daily sudah lupa itu semua? Adakah Harakah Daily sudah mula mengikut jejak langkah Utusan Malaysia dengan banyak memberikan liputan terpilih dan mengambil “side”?

Tidak semua orang bersetuju dengan Dr. Asri dan tidak semua orang juga bersetuju dengan cara Dr. Asri ditahan. Di dalam PAS sendiri, tidak semua orang suka dengan pendekatan Dr. Asri yang agak “pro-wahabi” (walaupun beliau bermati-matian tidak mengaku sebagai pengikut Wahabi).

Jadi saya menyarankan Harakah Daily supaya memberikan liputan media yang adil dan tidak berat sebelah menyokong mana-mana pihak bagi kepentingan politik.

Terima Kasih

Ahmad Mahir

Advertisements

Tabik Untuk TKO/Songkok Putih November 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

Merujuk posting Terima Kasih Mahazalim2 –  Perjuangan cara inilah yang kita kehendaki. Bukan untuk cari nama. Teruskan usaha dan berjuang Songkok Putih dan keseluruhan pasukan TKO dan sekalian para pejuang maya lain.

Jangan sibuk mencari nama.

IB terharu membaca luahan hati yang di bahagian bawah tu …

Sekian IB

*******

Terima Kasih Mahazalim2

Oleh Songkok Putih

Laman TranungKite Online (TKO) diasakan berpandukan kepada 3 buah laman iaitu Mahazalim, Harakah dan PAS Sabah. Percubaan awal TKO ini telah mendapat sokongan webmaster laman Mahazalim dengan memberikan links pada laman beliau. Dengan links yang ada ini membantu untuk TKO bergerak dari satu tapak kepada satu tapak sehingga sekarang. Itulah cerita ringkas pengasas laman ini, sdr Tok Ayah kepada saya.

Beberapa hari lalu saya mendapat e-mel daripada bekas webmaster laman Reformasi yang dikenali sebagai Mahazalim.

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, lebih baik saya menerangkan sedikit maklumat supaya tidak wujud kekeliruan berkenaan siapa dia sebenarnya webmaster Mahazalim?

Sebelum ini terdapat satu tulisan pendedahan diri bekas webmaster Mahazalim oleh sdr Greenboc di laman beliau yang boleh di baca di sini. (http://greenboc.blogspot.com/2009/11/era-najib-altantuya-dari-mahazalim-ke_09.html)

Mahazalim yang menghubungi saya itu sebenarnya ialah Mahazalim2 seperti yang disebut oleh greenboc dalam artikelnya.

“Dan apabila keadaan kesihatan menjadi lebih kritikal, GB terpaksa menyerahkan baton kepada orang lain. Puas mencari pengganti, tiada di dalam jemaah sendiri yang tampil, tetapi seorang sahabat dari Keadilan bersetuju mengendalikannya.

GB berrehat tetapi mengikut perkembangan. Alhamdulillah Mahazalim2 tidak menghampakan.”

Saya dijemput untuk bersama dalam satu majlis makan tengahari bersama beberapa orang blogger dan seorang pemimpin yang terkenal.

Saya menolak pelawaan ini dan pada penulisan ini sekali lagi saya nyatakan cukup terharu dan terima kasih daripada warga kerja TKO kepada beliau dan kami cukup menghormati dan menghargainya. Mungkin masa dan keadaan begitu tidak begitu mengizinkan.

Mahazalim2 sebenarnya rapat dengan webmaster Mimbar98 (laman itu bertukar kepada Mimbar2000 dan terus bertukar kepada Terengganukini.Net). Saya juga pernah mengikut ke’gila‘an webmaster mimbar98 tetapi kami tidak lama…

Saya juga pernah berkerja bersama-sama dengan Mahazalim pertama semasa PRU-12 dalam mengendalikan laman ini. Beliau menggunakan nama Greenboc (tersilap eja apabila saya tanya beliau mahu nick lain atau menggunakan nick zul_mz. Beliau minta nick lain pada e-mel greenbox tapi nick greenboc)

Saya juga memberikan cadangan untuk beliau mengendalikan TKO.fm (Sekarang TKO.fm bukan lagi di bawah tanggungjawab beliau) selain daripada menjadi pembantu webmaster.

Kami berkerja dan bersaing sehingga kami berlumba untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Saya masih ingat beliau mengatakan saya cukup serasi dengan beliau. Masa free saya selalu sama dengan masa free beliau walaupun kami berjauhan, sehingga banyak kali kami update artikel pada masa yang sama dan banyak kali juga artikel yang sama dipost bertindanan.

Al Hamdulillah gandingan kerja ini menghasilkan buah yang baik, hanya Allah akan membalasnya…. Saya pun tak pasti apakah kerja ini mampu untuk kami berhadapan dengan Allah Azawajala..

Kesempatan dalam tulisan ini, ingin saya membetulkan beberapa perkara yang ditulis oleh Greenboc dalam artikel yang bertajuk Dari Mahazalim ke Greenboc (Update)“.

“Dari muktamar tahun ke tahun sejak zaman reformasi lagi saya belum pernah dengar di dalam mana-mana ucapan dasar Presiden parti mengiktiraf golongan pejuang siber, sekalipun di luar, hakikat yang wujud, pejuang siberlah yang telah “bermati-matian” membantu dan menolong PAS dan Pakatan Rakyat (dulu Angkatan Perpaduan Ummah) untuk memenangi pilihanraya umum dan kecil.” Greenboc

Tulisan ini mempunyai fakta yang silap, sebenarnya pada ucapan dasar Presiden PAS yang ke-45 tahun 1999 yang bertemakan “Bersama Menegakkan Keadilan” almarhum Haji Fadzil Mohd Noor ada menyebut

“..Saya mengajak masyarakat mengoptimumkan penggunaan IT sebagai sumber komunikasi dan maklumat alternatif…”

“…Dalam konteks pengurusan parti, kita sedang mengusahakan peningkatan pengkomputeran dalam pengurusan di semua peringkat. Maklumat mengenai dasar dan organisasi parti serta program dan aktiviti yang dijalankan akan dipaparkan untuk tontonan ramai dalam berbagai laman-laman web PAS.”

Sila rujuk http://dppkd.tripod.com/Frame.html

Bermula daripada ucapan dasar inilah Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun melalui Lajnah Penerangan dan dakwahnya telah membina laman webnya DPPKD yang kini dikenali sebagai TranungKite Online pada 13 Mac 1999.

Greenboc juga menulis; “GB telah berada di alam siber sekitar tahun 1996 – bermula di hari Anwar ”

Setahu saya DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Pukul 5.30 petang hari Rabu 2 September 1998. Logik dan setahu Laman Reformasi Mahazalim bermula pada tahun 1998. Jika saya silap tolong betulkan.

Greenboc menulis dalam artikelnya,

Sewaktu itu belum ada harakahdaily, belum ada malaysiakini. Kalau adapun Tranungkite yang diusahakan Pemuda PAS Dungun yang menyalin bulat-bulat kandungan Mahazalim. Apa perasaan GB waktu itu? Marah? Oh tidak, malah gembira, terlalu gembira kerana ada sahabat sekalipun tidak mampu menghasilkan portal sendiri tetapi sudah boleh “menyalin-tampal” dan “menyebarkan” apa yang GB telah usahakan.

Ada dua fakta yang tidak tepat, satu ialah harakah sudah ada pada masa itu yang mana harakah pernah berada di tripod dan harakahlah yang mula-mula menggunakan tapak xoom. Tapak xoom adalah tempat laman porno. Harakah menggunakan strategi untuk mengelakkan di ceroboh kerana tapak tripod terlalu lemah dari segi securitynya.

Fakta ini boleh dikuatkan oleh penceroboh terkenal Heckerpradize yang pernah menceroboh lebih daripada 30 laman anti-anwar di tapak tripod. Beliau sekarang ini menggunakan nick Scinomore adalah salah seorang moderator UtaraOnline (http://www.utaraonline.net)

Adalah mustahil harakah belum ada sedangkan saya sebut tadi pembinaan TKO mengambil asas daripada harakah sendiri. Takkan TKO lebih dulu daripada Harakah.

Kedua TKO bukan menyalin seperti yang disebut tetapi membuat links artikel reformasi. Ini boleh dilihat perubahan beberapa hari daripada laman tersebut dilancarkan pada 13 Mac 1999 kepada 26 Mac 1999. maklumat ini boleh dilihat pada link-links di bawah:-

http://www.tranungkite.net/tranungkite/tranung01.html
http://www.tranungkite.net/tranungkite/tranung06.html

Saya amat setuju dengan penyataan greenboc berkenaan dengan copy & paste atau salin menyalin artikel. Beliau juga berpengalaman apabila membuat posting artikel Mohd Sayuti Omar, saya yang ditegur oleh Sayuti.

Saya juga berminat untuk mengulas artikel Mat Saman Kati dan ulasan oleh al-Husseyn juga berkenaan ciplak, tapi masa tidak begitu mengizinkan. Insya-Allah jika ada masa kita berbual bicara nanti…

Saya juga ada memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan artikel beliau apabila ada psoting artikel greenboc di forum TKO.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1039&highlight=mahazalim

Mulai-mulai saya nak posting pada laman blog beliau tapi “takut-takut” disalah ertikan. Jadi saya sekadar posting di Forum TKO sahaja. Kesempatan ini saya paparan luahan hati saya kepada beliau.

Akhie GB,
Perkara yang sudah, telah berlalu…
Jika diungkit dikhuatiri… ya dikhuatiri boleh merosakkan.
Api syaitan boleh membisik-bisik mengikut tanjak sebagaimana yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin.

Biar remuk di hati, biar busuk di jiwa,
Doa dan rintihan kepada Allah adalah penghibur bagi mereka yang mencari kemuliaan disisiNya.

Biar hina didunia..
Biar tidak dikenali..
Tapi jasa dan bakti akan dipersembahkan kepada Illahi
Sebagai bakti HAMBA yang yang taat.

TKO tidak pernah mendapat satu sen pun daripada PAS walaupun TKO wujud di zaman PAS memerintah Terengganu. TKO pernah memohon bantuan tapi tak dapat… hanya JSR buta kayu komputer yang dapat notebook.

Pengasas TKO terpaksa beli notebook sendiri menggunakan duit pembinaan rumahnya sehingga pembinaan rumah terbengkalai beberapa bulan.

Tapi tidak pernah TKO mengambil kesempatan menyerang mana-mana pimpinan PAS, mencerca, menghendik kerana itu semua bukan urusan kita. Itu semua urusan Allah s.w.t.

DPPKD juga pernah mengusulkan perlentakkan Jawatan seorang pempinan PAS tetapi tidak pernah menggunakan media TKO untuk menghina pimpinan tersebut. Usul itu dibuat di zaman orang semua menyerang beliau. Tapi kerahsiaan, siqah, taat dan walaq mengajar DPPKD agar perkara ini tidak bocor untuk pengetahuan umum melainkan dalam Muktamar Pemuda Negeri.

Sebagai manusia; hidup mati kita belum tentu lagi baik buruk. Hanya doa dan harapan agar kita ditetapkan iman mendapat hidayah.

Jangan sampai orang yang kita hina, kita rasa bersalah sebenar mereka adalah manusia yang dimuliakan ALlah. Betulkan pandangan cerdik pandai Islam yang mengajur kita berdoa untuk berbaik-baik sangka sesama mukmin.

Tidak ada ruginya jika kita memilih untuk berbaik sangka…
Akhir ana pun dan letih dengan kerenah ini..
Sekadar luahan…
Kepada seorang yang pernah bersama…
Yang tetap menggaggap sahabat..
Mungkin kita tak sejiwa…
walaupun enta kata ada banyak persamaan….

maaf….

Saya akhir sekali lagi tulisan ini dengan perkataan “maaf” jika ini tidak menyenangkan untuk dibaca.

Mengapa Asri Tidak mengaku Bersalah? November 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

dipetik dari http://korban-demokrasi.blogspot.com/

Dalam kes di Mahkamah Syariah hari ini, Asri telah dituduh mengajar Agama tanpa bertauliah. Umum mengetahui dan Asri sememangnya juga mengakui bahawa beliau tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon untuk mendapatkan tauliah untuk mengajar Agama. Kita dapat baca pengakuannya ini berkali-kali. Bahkan beliau bersungguh-sungguh pula cuba menjustifikasi bahawa tauliah adalah suatu yang usang dari peninggalan penjajah.

Yang pastinya di malam beliau ditangkap itu beliau sememangnya mengajar Agama dan bukannya mengajar lain-lain subjek seperti politik, geografi, sains atau matematik. Kemudiannya beliau juga bersetuju bahawa beliau tidak memiliki tauliah di ketika penangkapan itu.

 

Persoalannya, mengapa pula Asri tidak mahu mengaku salah sedangkan sememangnya beliau telahpun bersalah kerana tidak memiliki tauliah. Mengapakah perlu berbelit-belit sehingga tidak mahu mengaku bersalah.

Pokok persoalan ialah TIDAK MEMILIKI TAULIAH, dan bukannya AJARAN WAHHABI yang dibawa oleh beliau.

Soal keusangan sistem tauliah atau kezalimannya adalah hal yang lain. Itu Asri kenalah perjuangkannya di medan yang lain.

Asri mesti bersikap jujur kerana itu mencerminkan integriti beliau sebagai seorang yang mengaku-ngaku diri sebagai Ulama walaupun tidak diiktiraf oleh ramai Ulama. Ramai artis, peniaga dan lain-lainnya yang mengiktiraf Asri sebagai ulama. Adakah ulama jenis ini yang mahu diiktiraf oleh orang-orang yang sewaktu dengannya ?. Ulama tidak boleh menipu atau tidak mengaku bersalah bila dia tahu bahawa dia telah bersalah.

 

Contohilah sikap para Ulama-Ulama yang jujur dan ikhlas jika Asri benar-benar mahu supaya dia diiktiraf sebagai Ulama. Jangan jadi seperti peribahasa, “Bapa Borek, Anak Rintik”. Jika Asri tidak jujur sebegini bagaimanakah pula Asri boleh diharap untuk berlaku jujur dalam mentransmisikan ajaran Agama kepada pengikut-pengikutnya. Imej Asri sudah tercalar.

Jika salah mengaku saja kesalahan kita. Masalah Ajaran Wahhabi kita bertarung di medan yang lain. Sikap Asri ini telah menghilangkan integriti beliau secara beliau tidak sedari. Asri kena takut kepada Allah subhana-hu-wata’ala kerana telah bersumpah menipu kerana tidak mengaku bersalah.

Bagi mereka yang mengiktiraf Asri sebagai ulama tidakkah anda telah merasa seperti seorang hipokrit kerana menyokong penipu yang tidak mahu mengaku bersalah bila dia membuat kesalahan ?. Anda mahu mengikut dia ke mana ?. Tidak malukah anda kerana bersekongkol dengan penipu ?. Atau, adakah anda juga sama dengan Asri ?.

Firman Allah subhana-hu-wata’ala, maksudnya;

“Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat, (3) yang telah ditetapkan terhadap syaitan itu, bahwa barangsiapa yang berkawan dengan dia, tentu dia akan menyesatkannya, dan membawanya ke azab neraka. (4)”

(Surah Al-Hajj)

WALHAMDULILLAHI-RABBIL-‘ALAMIIN

TokPakir

Warga Afrika banjiri Malaysia November 16, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

petikan Utusan Malaysia:

BUDAYA warga Afrika yang begitu asing dan kasar menimbulkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan di negara ini. Lebih mencemaskan, kebanjiran golongan itu di beberapa lokasi sekitar ibu negara menggambarkan mereka seolah-olah penduduk asal kawasan berkenaan.

Tidak dapat dipastikan status sebenar golongan yang dikenali sebagai Awang Hitam ini, sama ada mereka benar-benar pelancong, pelajar atau memasuki negara ini secara haram.

Namun, apa yang pasti, kehadiran mereka yang semakin sukar dibendung sebenarnya tidak disenangi penduduk tempatan kerana mengundang pelbagai masalah sampingan.

Wartawan Utusan Malaysia, UMAVATHI RAMAYAH dan ASSIM HASSAN cuba mengenal pasti permasalahan yang ditimbulkan oleh warga Afrika ini melalui mini laporan khas sebanyak dua siri kali ini.

Jika sebelum ini, warga Afrika sering dikaitkan dengan sindiket ‘black money’ atau pengedaran dadah, tidak mustahil Awang Hitam akan terus bermaharajalela di ibu negara melakukan jenayah berat, jika kehadiran mereka yang tidak diundang itu dipandang sepi pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Sudah berulang kali desakan dibuat agar masalah kebanjiran pendatang asing warga Afrika ditangani segera.

Walaupun pelbagai tindakan diambil pihak penguat kuasa namun kehadiran mereka bukannya berkurangan malah semakin bertambah saban hari.

Kebimbangan masyarakat di negara ini juga sudah banyak kali diluahkan di dada-dada akhbar mengenai kehadiran warga Afrika yang semakin ramai dan lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ di negara ini, namun ia seolah-olah tidak memberi kesan.

Akibatnya, satu demi satu masalah dan perlakuan jenayah membabitkan warga Afrika diselongkar.

Insiden terbaru yang mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia ialah seorang lelaki Sudan yang dituduh membunuh anak perempuan kekasihnya yang berusia tiga tahun, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah di sebuah kondominium di Hulu Langat pada 12 Oktober lalu.

Perangkaan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen mendapati dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 56,240 warga Afrika memasuki negara ini secara sah.

Kemasukan pelawat dari Afrika Selatan mengatasi negara-negara Afrika yang lain dengan 20 peratus dari keseluruhan daftar kemasukan.

Perangkaan yang sama, sepanjang tahun lalu menyaksikan 110,805 warga Afrika memasuki Malaysia manakala 81 peratus daripada mereka merekodkan aliran keluar semula dari negara dalam tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Imigresen telah mengambil tindakan undang-undang ke atas 128 warga Afrika atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan itu termasuk tamat tempoh permit, terlibat dalam aktiviti pelacuran dan pemalsuan dokumen.

Daripada jumlah itu, 48 peratus kesalahan adalah dilakukan oleh warga Nigeria diikuti Sudan dengan 18 peratus dan Somalia (13 peratus).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin turut menyatakan kebimbangannya dengan kebanjiran warga Afrika yang bertumpu di beberapa lokasi terpilih di ibu negara seperti Puchong, Seri Kembangan, Ampang, Kepong dan Pandan Indah.

Ketika diminta mengulas mengenai senario itu, pemimpin nombor satu Jabatan Siasatan Jenayah itu berkata, situasi tersebut ekoran wujudnya persepsi kononnya mereka akan berada di ruang lingkup yang ‘selesa’ jika berada di kawasan dipenuhi kaum mereka.

“Jadi ia akan mendorong serta cenderung untuk melakukan jenayah disebabkan memikirkan mereka ‘raja’ di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Tegasnya, polis sentiasa memantau pergerakan mereka termasuk meletakkan anggota polis berpakaian preman terutama di kawasan-kawasan yang menjadi lokasi tumpuan golongan itu.

Beliau menambah, sekiranya dilihat pada trend terkini, warga Afrika kebanyakannya memasuki negara menggunakan pas pelajar.

“Bila sampai sini, mereka tak belajar sebaliknya melakukan jenayah. Pas sebagai pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) kebanyakannya swasta itu hanyalah sebagai tiket untuk mereka memasuki Malaysia,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan mereka menyamun kaum mereka sendiri. Bagaimanapun, mangsa mungkin tidak mendedahkan atau membuat laporan kerana khuatir keselamatan disebabkan mereka senang dikesan di kalangan sesama kaum.

Apa yang membimbangkan serta menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang ramai, kata Mohd. Bakri, adalah gelagat mereka yang gemar berkumpul secara beramai-ramai di kawasan-kawasan tumpuan ramai.

“Berdasarkan perangkaan, kebanyakan daripada mereka dilihat terlibat dalam kegiatan pemalsuan wang, dadah, penipuan dan curi,” ujarnya.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Mohd. Bakri, seramai 21 warga Afrika ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah.

Menurutnya, 76 peratus daripada kesalahan yang dilakukan adalah mencuri, diikuti pecah rumah, samun berkawan tanpa senjata dan mendatangkan kecederaan.

Berdasarkan perangkaan sepanjang tahun lalu, beliau berkata, jenayah curi membabitkan warga Afrika masih mengatasi kesalahan lain dengan 54 peratus, diikuti samun berkawan tanpa bersenjata, pecah rumah, mendatangkan kecederaan dan bunuh.

Beliau berkata, trend terkini juga memperlihatkan penglibatan mereka dalam kes-kes pecah hotel.

Dalam pada itu Mohd. Bakri mengakui warga Afrika memang cukup pandai untuk memikat wanita tempatan dengan menggunakan pujuk rayu sebagai senjata utama mereka.

“Wanita kita (Malaysia) pula senang terpedaya dengan kata-kata manis tanpa menyedari agenda mereka di sebalik itu,” jelasnya.

Malah, lebih menyedihkan kata beliau, ada wanita tempatan yang sanggup merelakan diri mereka dicabul dan dirogol.

Sehubungan itu, beliau meminta, gadis-gadis tempatan supaya mengambil iktibar dan tidak mudah terjerumus untuk melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk dan salah di sisi undang-undang.

Segelintir Ahli Yang Tidak Beretika November 12, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

Inilah akibatnya apabila terdapat ahli-ahli yang tidak beretika dan tidak faham peraturan majlis serta undang-undang berpersatuan.

Kalau itu majlis orang, maka amatlah tidak wajar kita pergi mengganggu serta membuat kecoh. Sudahlah tidak dijemput, datang hendak buat kacau-bilau semata-mata kerana hendak menyatakan suara mereka dan bantahannya.

Kalau sudah melantik AJK persatuan kenalah kita akur dengan keputusan yang dibuat mereka. Jika tidak gantilah AJK itu dalam perlantikan rasmi yang akan datang. Mustahil untuk AJK hendak mengambil pendapat setiap ahli untuk membuat setiap ketetapan atau kenyataan.

Kalau persatuan yang ahlinya hanya beberapa kerat mungkin boleh kot. Tetapi kalaulah ahli sudah ramai tidak mungkin untuk Presiden atau AJK sesuatu persatuan menelefon atau memanggil semua ahli untuk setiap kali hendak membuat keputusan.

Jenuhlah UMNO atau PAS hendak panggil atau telefon semua ahli mereka yang berjuta jumlahnya. Mereka yang membuat kecoh tu semuanya para peguam tetapi masih tidak reti lagi peraturan majlis dan peraturan berpersatuan.

Sekian, IB

Petikan Utusan 7 Nov 2009:

Ahli bantah, sidang media Pgsm kecoh

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sidang media Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) kecoh apabila tiga ahlinya membantah tindakan persatuan itu berhubung isu memorandum terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Ia bermula apabila Kamar Ainiah Kamaruzaman pada sidang media di sini hari ini bangun dan bertanya kepada Presiden Pgsm, Mohamad Isa Abd. Ralip sama ada persatuan itu berkeras mahu mempertahankan memorandum tersebut.

Sebaik Mohamad Isa menjawab ‘ya’, Kamar Ainiah spontan membalasnya dengan berkata: “Ha, siaplah kena saman.”

Kamar Ainiah menyifatkan tindakan persatuan telah menjatuhkan kredibiliti peguam syarie yang menyertai persatuan itu.

Menurutnya, jawatankuasa Pgsm tidak wajar bertindak sendiri tanpa memaklumkan kepada ahli mengenai tindakan yang akan diambil.

”Sebelum ini semua kenyataan dikeluarkan dalam media tidak diberitahu kepada ahli sedangkan ahli bakal menanggung apa jua kesan dari kenyataan itu.

”Jika Dr. Asri menyaman sehingga RM10 juta, yang menanggungnya ialah ahli dengan dibahagi-bahagikan berapa yang perlu dibayar setiap individu.

”Justeru, kami berhak menegur apa yang dibuat oleh pimpinan atasan. Pelantikan mereka bukan bermakna mereka mempunyai mandat penuh untuk melakukan apa saja tanpa berdasarkan matlamat penubuhan persatuan,” ujarnya.

Kamar Ainiah turut mendakwa tuduhan ke atas Dr. Asri di dalam memorandum tersebut tidak dibuat berdasarkan siasatan mendalam.

”Pemimpin Pgsm kata dapat maklumat dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Soalnya, kami ini peguam.

”Sebagai peguam, kami seharusnya mendengar penjelasan kedua-dua pihak dan buat siasatan. Ini berkaitan prinsip hak untuk didengari yang dipegang.

”Tuduhan itu benar-benar menjatuhkan maruah Dr. Asri dan kredibiliti Pgsm,” ujarnya.

Sidang media itu semakin kecoh apabila bekas setiausaha agung persatuan tersebut, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain dan seorang lagi ahli, Jamal Mohd. Lokman Sulaiman turut menyerang kepimpinan persatuan.

Mohd. Zaidi ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, tindakannya itu adalah jalan terakhir bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap persatuan itu yang tidak memaklumkan kepada ahli mengenai tindakan yang diambil.

”Kami pada awalnya tidak mengetahui penyerahan memorandum itu. Selepas timbul kenyataan Dr. Asri mahu menyaman Pgsm, barulah dipanggil jawatankuasa penuh untuk diberi taklimat.

”Itu pun, ahli-ahli tidak juga dipanggil. Saya mendapat maklumat, penyerahan memorandum itu hanyalah kerja beberapa orang dalam ahli jawatankuasa dan bukannya keputusan kesemua ahli jawatankuasa apatah lagi mengikut kehendak ahli Pgsm,” katanya.

Beliau menambah, bantahan yang dikemukakan oleh mereka turut mendapat sokongan ramai ahli yang turut tidak berpuas hati terhadap tindakan persatuan.

”Saya yakin, jika mahu diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membantah tindakan ini, kami mampu mengumpul satu per lima daripada ahli mengikut ketetapan perlembagaan Pgsm,” ujarnya.

Nazir masjid degil akan dipecat November 12, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam, Ketelusan, PAS.
add a comment

Petikan dari Kosmo ini sekurang-kurangnya menunjukkan Hassan Ali ingin menegaskan kepada para penyokong PAS agar akur dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Kita semua tahu kini AJK masjid dikuasai oleh PAS awal tahun ini.

HASAN


********************

SHAH ALAM – Nazir atau setiausaha masjid dan surau di seluruh negeri Selangor yang didapati masih mengundang penceramah tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama akan dilucutkan jawatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, tindakan tegas itu akan diambil terhadap mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan negeri.

Menurut beliau, ini kerana ada segelintir nazir atau pentadbir masjid dan surau yang membenarkan individu tertentu menyampaikan ceramah serta khutbah tanpa tauliah meskipun menyedari tindakan tersebut adalah dilarang.

“Kita telah memanggil nazir masjid serta setiausaha surau yang didapati menjemput penceramah tidak bertauliah ini dan kita telah beri nasihat kepada mereka.

“Sekiranya kesalahan itu terus dilakukan, kita akan beri amaran dan seterusnya mengkaji semula jawatan mereka sama ada boleh diteruskan atau tidak,” katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ismail Sani (BN – Dusun Tua) mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap larangan individu yang tidak mempunyai tauliah membaca khutbah di masjid dan surau di Selangor.

Memahami Isu Penangkapan Dr Asri November 8, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Oleh: Yusri Mohamad

“Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam Mingguan Malaysia yang bertajuk Fitnah dan Perjuangan dan Sejarah Akan Berulang. Bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah di sini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum.

Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah dirasakan terlalu kecil.

Mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr. Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan.

Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk memastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelaran akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar? Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di negara kita.

Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan ‘pemberani’ dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.

Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti ‘tajdid’ atau ‘kaum muda’ serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti ‘Wahhabi’.

Apa pun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat para pendokong aliran ini sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran ‘kaum muda’ seperti yang dipegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas al-Quran dan sunah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma’ para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, akidah ‘Ash’aari- Maturidi dan kerohanian tasawuf.

Pegangan

Di Malaysia, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran ‘kaum muda’ sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada di pelbagai tempat tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara agresif aliran perdana ASWJ. Bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang agresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.

Dalam ‘perjuangan’ mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas al-Quran dan sunah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu yang memihak kepadanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.

Dalam dua tulisan terbarunya, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba maksum. Kritikan Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, “Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!”, adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanah air, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di negara kita dari dahulu hingga sekarang.

Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi.

Teman-teman yang prihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa umat Islam di Malaysia?

Sesiapa pun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.

Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibatkan ketiga-tiga sendi iaitu tauhid, Fikah dan tasawuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini.

Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara umat Islam boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya. Wallahualam.

 

Yusri Mohamad ialah Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM)
dan Bekas Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pendamaian PGSM-MAZA – Kenyataan MAZA Dipersoalkan November 6, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
2 comments

Maka hebohlah hari ini segala media pasal perjanjian damai MAZA dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Nampak macam PGSM telah mengalah.

MAZA naik tocang lagi.

TIDAK BENAR – sebahagian besar laporan itu.

Apa yang dilaporkan oleh media kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Jamil Khir – bolehlah diperakui benar bahawa ada satu persetujuan untuk menyelesai isu saman-menyaman Asri/PGSM secara aman.

NAMUN, apa yang disebut oleh Asri dan dilaporkan oleh kebanyakan media adalah tidak benar. Dalam pertemuan dengan Menteri dan KP JAKIM tersebut PGSM TIDAK mengatakan untuk menarik balik memo yang dikeluarkan mereka. PGSM dan NGO-NGO yang menandatangan memo kepada YDP Agong tetap dengan pendirian mereka membantah perlantikan MAZA sebagai YDP YADIM.

Dalam perbincangan tersebut PGSM memperakui kesilapan kerana memo tersebut tersiar dalam laman web rasmi mereka dan bersetuju untuk menarik balik memo yang tersiar di laman tersebut – yang mana telahpun dikeluarkan dari laman mereka. Memo yang dihantar kepada YDP Agong dan bantahan bersama dengan NGO-NGO lain tetap dengan pendirian mereka.

Dan yang PALING PENTING dan menjadi persoalannya ialah MAZA mungkir dengan apa yang telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut bahawa kedua-dua pihak tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media agar dapat meredakan keadaan sesuai dengan semangat keputusan yang dibuat.

Asri Kerap Tidak Hadir Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan November 5, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam, Kerajaan.
add a comment

… tiba masanya mufti tersebut (Asri) ditakdib (diperadabkan) …

dipetik dari Utusan Malaysia 2008 berhubung:

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

“Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.

“Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.

Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

“Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,” katanya.

Asri di tahan…ala gestapo? – Kesaksian Orang Awam November 5, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

Ini adalah suatu emel yang IB terima semalam dengan merujukan kepada posting sebelum ini: http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/11/03/maza-mendapat-sokongan-marina-dan-sis/. Semoga ianya dapat memberi penjelasan kepada mereka yang menulis tanpa penyaksian sendiri.

Wajar juga dibaca kenyataan JAIS ini: https://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/11/04/penahanan-dr-asri-bukan-secara-semberono-%e2%80%93-jais/


Sekian, IB

.

Salam tuan,

Terima kasih kerana membangkitkan isu ini. Persoalan yang dilontarkan amat bernas dan harus difikirkan dengan mendalam terutama oleh mereka yang menyanggah tindakan pihak berkuasa menahan asri. Sebenarnya, bungalow yang dimaksudkan hampir dengan rumah ana. Ana berada di luar rumah berkenaan sewaktu kejadian

Sedih sekali kerana ramai mempersoalkan cara asri di tahan…ala gestapo dan sebagainya. Sayangnya, mereka yang berkata begitu tiada di tempat kejadian. Sepatutnya, bertanyalah kepada yang tahu. Taman Sri Ukay ni bukan susah nak cari, dilaluan MRR2

Pada mulanya kehadiran pihak berkuasa tidaklah ramai. Tetapi apabila ada halangan oleh para jemaah, bantuan tambahan telah dipohon. Sebab itu kelihatan ramai anggota berkuasa sewaktu asri dibawa. Kulliah tamat lebih kurang pukul 9.30 pm. Tetapi asri dibawa keluar hampir 12.30 am. Bagi ana, pihak berkuasa amat berhemah dalam kes ini.

Sayangnya, ramai bloggers termasuk dari kalangan PR menuduh tindakan pihak berkuasa sangat kasar.

Kita juga harus persoalkan kehadiran Ahli Parlimen dan ADUN kita di dalam jemaah tersebut dan juga di mahkamah, juga kenyataan-kenyataan media yang mereka buat.

Apa pun terima kasih kerana membantu membuka minda penerima-penerima e-mail tuan

Wassalam

Komen IB:
Sukar juga untuk IB faham kehadiran Abu Urwah yang dulu pernah menyatakan simpatinya dan penerimaannya dengan fahaman Syiah tetapi kini untuk duduk dan menerima fahaman Asri pula – itu sudah dua aliran yang bertentangan tu … atau tidak jelas!!!