jump to navigation

Cakap Shahidan Bercabang November 3, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Shahidan kerap dikenali bercakap lain hari ini lain esoknya.

Terbaru, dalam kes perlantikan MAZA untuk YDP YADIM, dia suruh MAZA tolak pulak. Yang sebelum ini dia yang duduk melobi.

Boleh pulak Shahidan kata JAIS pilih kasih. Zaman dulu bukan ramai penceramah PAS yang dah kena? Penceramah UMNO terlepas.

Dulu permohonan tauliah penceramah PAS ditolak. MAZA langsung angkuh “tidak mahu mohon pun tauliah” (kata Pengarah JAIS).

Sekian, IB

petikan dari Bernama:

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pelantikannya sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sekiranya ditawarkan.

Katanya, bekas mufti Perlis itu telah dikenakan tekanan oleh pelbagai pihak selepas cadangan untuk melantiknya ke jawatan itu oleh kerajaan Malaysia.

Baru-baru ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang disifatkan Shahidan sebagai satu serangan peribadi terhadap Dr Mohd Asri.

Ketika menghubungi Bernama dari London semalam, Shahidan berkata tokoh muda agama itu telah dihukum lebih awal dan sewajarnya beliau tidak menerima jawatan yang ditawarkan itu.

Menyentuh penahanan Dr Mohd Asri malam kelmarin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan alasan beliau mengajar tanpa tauliah, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan perbuatan itu amat memalukan.

Banyak lagi isu agama yang lebih penting dan perlu diberi perhatian oleh Jais, katanya.

Shahidan berkata Jais tidak pula menahan “orang-orang agama” yang berucap di pentas politik.

Beliau mendakwa Jais bersikap pilih kasih dalam tindakan mereka dan penahanan Dr Mohd Asri itu adalah kesan daripada pilih kasih itu. BERNAMA

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: