jump to navigation

JAIS: Dr Asri akan segera didakwa November 3, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Dakwaan pelbagai berita/blog bahawa JAIS gagal untuk membuat pertuduhan sehingga tengahari semalam ternyata tidak benar. Prosesnya masih dalam siasatan sebelum JAIS membuat pertuduhan sepertimana dinyatakan oleh Pengarah JAIS.

Persoalan yang dilontarkan oleh Najib tidak benar kerana disebut oleh Pengarah JAIS bahawa lebih 10 orang telah ditangkap sebelum ini … terutama di kalangan ustaz-ustaz PAS – dan terutamanya juga zaman Mahathir duk mengamuk dulu tangkap orang merata. Apa pulak la ni Mahathir bising-bising?

Sekian, IB

laporan dari Malaysiakini:

Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

“Tapi kita mungkin akan ambil masa yang panjang sikit kerana melibatkan dakwaan-dakwaan (daripada pelbagai pihak).

“Kita kena siapkan kertas siasatan sebelum boleh buat pendakwaan,” katanya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Mohammed Khusrin turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Mohd Asri.

“Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Mohd Asri).

“Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis,” katanya.

“Kita telah jalankan tanggungjawab berdasarkan peruntukan undang-undang. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya.”

Dr Mohd Asri sedang disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

“Tidak kisah apa juga ceramah yang berkaitan dengan agama Islam, yang tidak ada tauliah kita kena ambil tindakan,” kata Mohammed Khusrin.

Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Di sidang media itu, Mohammed Khusrin menjelaskan, Jais belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.

“Pagi tadi, kita bawa ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa pagi tadi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen tersebut, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, Jais harus melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Beliau juga berkata, Jais tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

“Tidak ada (tekanan), kita buat ini tanpa arahan sesiapa dan kita buat ikut arahan pentadbiran biasa.

“Sesiapa saja termasuk Dr Asri atau wakil rakyat yang buat ceramah agama di Selangor tanpa tauliah, kita akan ambil tindakan,” jelasnya.

Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabi seperti didakwa sesetengah pihak, pengarah Jais berkata Jais tidak boleh membuat tuduhan ke atas Dr Mohd Asri walau bekas mufti itu menerima tuduhan tersebut kerana siasatan masih berjalan.

“Yang itu kita sedang siasat, saya tidak boleh tuduh orang. Setakat ini kita masih jalankan siasatan, dan kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

“Dari segi kandungan, kita akan siasat, apa yang diceramah itu kita akan siasat. Tapi tindakan kita adalah kerana dia berceramah tanpa tauliah.”

Dalam satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, sejumlah NGO Islam membantah Dr Mohd Asri dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) atas alasan beliau seorang yang tidak mengamalkan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menolak ulama dan bersikap ekstrem.

Dr Mohd Asri bagaimanapun menafikan semua dakwaan tersebut dalam sidang medianya semalam.

Mohammed Khusrin juga berkata: “Tidak ada kena-mengena dengan kes ini. Isu itu tidak ada kena-mengena dengan tindakan kita.

“Itu dakwaan daripada persatuan dan NGO, itu tidak ada kena-mengena dengan kita dan kita bertindak bukan kerana desakan daripada NGO-NGO berkenaan.”

Beliau turut menjelaskan, tindakan itu diambil berdasarkan aduan daripada pelbagai pihak, termasuk penduduk Taman Sri Ukay, lokasi Dr Mohd Asri menyampaikan kulia dengan disertai kira-kira 200 orang sehingga lewat malam tadi.

“Aduan ini datang dari pelbagai pihak dan kita tahu di Taman Sri Ukay ini memang menjadi pusat kegiatan mereka,” katanya.

Tambahnya, Dr Mohd Asri juga tidak pernah memohon sebarang tauliah daripada Jais walaupun telah diminta berbuat demikian.

“Sepatutnya dia hormati undang-undang agama Islam di Selangor dan kita telah tulis surat kepada Dr Asri lama dulu semasa beliau menjadi mufti (Perlis) lagi, dan dia pun tidak pernah mohon tauliah,” tambahnya.

Katanya lagi, jabatan itu telah membuat lebih 10 tangkapan terhadap penceramah yang mengadakan kuliah tanpa tauliah daripada Jais, tetapi perkara itu tidak dilaporkan media.

“Cuma hari ini, kebetulan, sebab (individu) yang kita tangkap semalam merupakan seorang bekas mufti, jadi isu besarlah,” katanya.

Jais: Dr Asri akan segera didakwa
// Salhan K Ahmad
Nov 2, 09
4:41pm

kemaskini 7.10pm Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan terhadap bekas mufti Perlis itu berhubung kesalahan mengadakan kuliah agama tanpa tauliah daripada jabatan itu.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: