jump to navigation

Pendamaian PGSM-MAZA – Kenyataan MAZA Dipersoalkan November 6, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Maka hebohlah hari ini segala media pasal perjanjian damai MAZA dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Nampak macam PGSM telah mengalah.

MAZA naik tocang lagi.

TIDAK BENAR – sebahagian besar laporan itu.

Apa yang dilaporkan oleh media kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Jamil Khir – bolehlah diperakui benar bahawa ada satu persetujuan untuk menyelesai isu saman-menyaman Asri/PGSM secara aman.

NAMUN, apa yang disebut oleh Asri dan dilaporkan oleh kebanyakan media adalah tidak benar. Dalam pertemuan dengan Menteri dan KP JAKIM tersebut PGSM TIDAK mengatakan untuk menarik balik memo yang dikeluarkan mereka. PGSM dan NGO-NGO yang menandatangan memo kepada YDP Agong tetap dengan pendirian mereka membantah perlantikan MAZA sebagai YDP YADIM.

Dalam perbincangan tersebut PGSM memperakui kesilapan kerana memo tersebut tersiar dalam laman web rasmi mereka dan bersetuju untuk menarik balik memo yang tersiar di laman tersebut – yang mana telahpun dikeluarkan dari laman mereka. Memo yang dihantar kepada YDP Agong dan bantahan bersama dengan NGO-NGO lain tetap dengan pendirian mereka.

Dan yang PALING PENTING dan menjadi persoalannya ialah MAZA mungkir dengan apa yang telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut bahawa kedua-dua pihak tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media agar dapat meredakan keadaan sesuai dengan semangat keputusan yang dibuat.

Comments»

1. bukumaya.net - November 6, 2009

confuse

2. ZORRO - November 6, 2009

aneh sekali orang saperti asri dipertahankan sebegitu rupa. saya tidak nampak sebarang kelebihan pada asri melainkan seorang yang gemar mencari publisiti dengan isu2 kontreversi. dalam kata lain asri seorang pemburu `personal glory’.

asri bukan seorang yg bertaraf ulamak. beliau cuma seorang lulusan bahasa arab. justeru itu kita dapati banyak pandangan beliau sewaktu menjadi mufti perlis dulu sangat dangkal dan kurang cerdik.

tapi apakandaya nafsu besar asri menjadikan beliau seorang yg kurang malu dan tidak beradab dengan adab seorang ahli agama.

ala kulli hal asri benar2 dalam kepanasan sekarang ini. beliau seorang saja yg tahu betapa panasnya dirinya sendiri lantaran keceluparan dan kebiadaban beliau selama ini.

say no to wahabi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: