jump to navigation

Segelintir Ahli Yang Tidak Beretika November 12, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Inilah akibatnya apabila terdapat ahli-ahli yang tidak beretika dan tidak faham peraturan majlis serta undang-undang berpersatuan.

Kalau itu majlis orang, maka amatlah tidak wajar kita pergi mengganggu serta membuat kecoh. Sudahlah tidak dijemput, datang hendak buat kacau-bilau semata-mata kerana hendak menyatakan suara mereka dan bantahannya.

Kalau sudah melantik AJK persatuan kenalah kita akur dengan keputusan yang dibuat mereka. Jika tidak gantilah AJK itu dalam perlantikan rasmi yang akan datang. Mustahil untuk AJK hendak mengambil pendapat setiap ahli untuk membuat setiap ketetapan atau kenyataan.

Kalau persatuan yang ahlinya hanya beberapa kerat mungkin boleh kot. Tetapi kalaulah ahli sudah ramai tidak mungkin untuk Presiden atau AJK sesuatu persatuan menelefon atau memanggil semua ahli untuk setiap kali hendak membuat keputusan.

Jenuhlah UMNO atau PAS hendak panggil atau telefon semua ahli mereka yang berjuta jumlahnya. Mereka yang membuat kecoh tu semuanya para peguam tetapi masih tidak reti lagi peraturan majlis dan peraturan berpersatuan.

Sekian, IB

Petikan Utusan 7 Nov 2009:

Ahli bantah, sidang media Pgsm kecoh

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Sidang media Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) kecoh apabila tiga ahlinya membantah tindakan persatuan itu berhubung isu memorandum terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Ia bermula apabila Kamar Ainiah Kamaruzaman pada sidang media di sini hari ini bangun dan bertanya kepada Presiden Pgsm, Mohamad Isa Abd. Ralip sama ada persatuan itu berkeras mahu mempertahankan memorandum tersebut.

Sebaik Mohamad Isa menjawab ‘ya’, Kamar Ainiah spontan membalasnya dengan berkata: “Ha, siaplah kena saman.”

Kamar Ainiah menyifatkan tindakan persatuan telah menjatuhkan kredibiliti peguam syarie yang menyertai persatuan itu.

Menurutnya, jawatankuasa Pgsm tidak wajar bertindak sendiri tanpa memaklumkan kepada ahli mengenai tindakan yang akan diambil.

”Sebelum ini semua kenyataan dikeluarkan dalam media tidak diberitahu kepada ahli sedangkan ahli bakal menanggung apa jua kesan dari kenyataan itu.

”Jika Dr. Asri menyaman sehingga RM10 juta, yang menanggungnya ialah ahli dengan dibahagi-bahagikan berapa yang perlu dibayar setiap individu.

”Justeru, kami berhak menegur apa yang dibuat oleh pimpinan atasan. Pelantikan mereka bukan bermakna mereka mempunyai mandat penuh untuk melakukan apa saja tanpa berdasarkan matlamat penubuhan persatuan,” ujarnya.

Kamar Ainiah turut mendakwa tuduhan ke atas Dr. Asri di dalam memorandum tersebut tidak dibuat berdasarkan siasatan mendalam.

”Pemimpin Pgsm kata dapat maklumat dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Soalnya, kami ini peguam.

”Sebagai peguam, kami seharusnya mendengar penjelasan kedua-dua pihak dan buat siasatan. Ini berkaitan prinsip hak untuk didengari yang dipegang.

”Tuduhan itu benar-benar menjatuhkan maruah Dr. Asri dan kredibiliti Pgsm,” ujarnya.

Sidang media itu semakin kecoh apabila bekas setiausaha agung persatuan tersebut, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain dan seorang lagi ahli, Jamal Mohd. Lokman Sulaiman turut menyerang kepimpinan persatuan.

Mohd. Zaidi ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, tindakannya itu adalah jalan terakhir bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap persatuan itu yang tidak memaklumkan kepada ahli mengenai tindakan yang diambil.

”Kami pada awalnya tidak mengetahui penyerahan memorandum itu. Selepas timbul kenyataan Dr. Asri mahu menyaman Pgsm, barulah dipanggil jawatankuasa penuh untuk diberi taklimat.

”Itu pun, ahli-ahli tidak juga dipanggil. Saya mendapat maklumat, penyerahan memorandum itu hanyalah kerja beberapa orang dalam ahli jawatankuasa dan bukannya keputusan kesemua ahli jawatankuasa apatah lagi mengikut kehendak ahli Pgsm,” katanya.

Beliau menambah, bantahan yang dikemukakan oleh mereka turut mendapat sokongan ramai ahli yang turut tidak berpuas hati terhadap tindakan persatuan.

”Saya yakin, jika mahu diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membantah tindakan ini, kami mampu mengumpul satu per lima daripada ahli mengikut ketetapan perlembagaan Pgsm,” ujarnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: