jump to navigation

Tabik Untuk TKO/Songkok Putih November 19, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Merujuk posting Terima Kasih Mahazalim2 –  Perjuangan cara inilah yang kita kehendaki. Bukan untuk cari nama. Teruskan usaha dan berjuang Songkok Putih dan keseluruhan pasukan TKO dan sekalian para pejuang maya lain.

Jangan sibuk mencari nama.

IB terharu membaca luahan hati yang di bahagian bawah tu …

Sekian IB

*******

Terima Kasih Mahazalim2

Oleh Songkok Putih

Laman TranungKite Online (TKO) diasakan berpandukan kepada 3 buah laman iaitu Mahazalim, Harakah dan PAS Sabah. Percubaan awal TKO ini telah mendapat sokongan webmaster laman Mahazalim dengan memberikan links pada laman beliau. Dengan links yang ada ini membantu untuk TKO bergerak dari satu tapak kepada satu tapak sehingga sekarang. Itulah cerita ringkas pengasas laman ini, sdr Tok Ayah kepada saya.

Beberapa hari lalu saya mendapat e-mel daripada bekas webmaster laman Reformasi yang dikenali sebagai Mahazalim.

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, lebih baik saya menerangkan sedikit maklumat supaya tidak wujud kekeliruan berkenaan siapa dia sebenarnya webmaster Mahazalim?

Sebelum ini terdapat satu tulisan pendedahan diri bekas webmaster Mahazalim oleh sdr Greenboc di laman beliau yang boleh di baca di sini. (http://greenboc.blogspot.com/2009/11/era-najib-altantuya-dari-mahazalim-ke_09.html)

Mahazalim yang menghubungi saya itu sebenarnya ialah Mahazalim2 seperti yang disebut oleh greenboc dalam artikelnya.

“Dan apabila keadaan kesihatan menjadi lebih kritikal, GB terpaksa menyerahkan baton kepada orang lain. Puas mencari pengganti, tiada di dalam jemaah sendiri yang tampil, tetapi seorang sahabat dari Keadilan bersetuju mengendalikannya.

GB berrehat tetapi mengikut perkembangan. Alhamdulillah Mahazalim2 tidak menghampakan.”

Saya dijemput untuk bersama dalam satu majlis makan tengahari bersama beberapa orang blogger dan seorang pemimpin yang terkenal.

Saya menolak pelawaan ini dan pada penulisan ini sekali lagi saya nyatakan cukup terharu dan terima kasih daripada warga kerja TKO kepada beliau dan kami cukup menghormati dan menghargainya. Mungkin masa dan keadaan begitu tidak begitu mengizinkan.

Mahazalim2 sebenarnya rapat dengan webmaster Mimbar98 (laman itu bertukar kepada Mimbar2000 dan terus bertukar kepada Terengganukini.Net). Saya juga pernah mengikut ke’gila‘an webmaster mimbar98 tetapi kami tidak lama…

Saya juga pernah berkerja bersama-sama dengan Mahazalim pertama semasa PRU-12 dalam mengendalikan laman ini. Beliau menggunakan nama Greenboc (tersilap eja apabila saya tanya beliau mahu nick lain atau menggunakan nick zul_mz. Beliau minta nick lain pada e-mel greenbox tapi nick greenboc)

Saya juga memberikan cadangan untuk beliau mengendalikan TKO.fm (Sekarang TKO.fm bukan lagi di bawah tanggungjawab beliau) selain daripada menjadi pembantu webmaster.

Kami berkerja dan bersaing sehingga kami berlumba untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Saya masih ingat beliau mengatakan saya cukup serasi dengan beliau. Masa free saya selalu sama dengan masa free beliau walaupun kami berjauhan, sehingga banyak kali kami update artikel pada masa yang sama dan banyak kali juga artikel yang sama dipost bertindanan.

Al Hamdulillah gandingan kerja ini menghasilkan buah yang baik, hanya Allah akan membalasnya…. Saya pun tak pasti apakah kerja ini mampu untuk kami berhadapan dengan Allah Azawajala..

Kesempatan dalam tulisan ini, ingin saya membetulkan beberapa perkara yang ditulis oleh Greenboc dalam artikel yang bertajuk Dari Mahazalim ke Greenboc (Update)“.

“Dari muktamar tahun ke tahun sejak zaman reformasi lagi saya belum pernah dengar di dalam mana-mana ucapan dasar Presiden parti mengiktiraf golongan pejuang siber, sekalipun di luar, hakikat yang wujud, pejuang siberlah yang telah “bermati-matian” membantu dan menolong PAS dan Pakatan Rakyat (dulu Angkatan Perpaduan Ummah) untuk memenangi pilihanraya umum dan kecil.” Greenboc

Tulisan ini mempunyai fakta yang silap, sebenarnya pada ucapan dasar Presiden PAS yang ke-45 tahun 1999 yang bertemakan “Bersama Menegakkan Keadilan” almarhum Haji Fadzil Mohd Noor ada menyebut

“..Saya mengajak masyarakat mengoptimumkan penggunaan IT sebagai sumber komunikasi dan maklumat alternatif…”

“…Dalam konteks pengurusan parti, kita sedang mengusahakan peningkatan pengkomputeran dalam pengurusan di semua peringkat. Maklumat mengenai dasar dan organisasi parti serta program dan aktiviti yang dijalankan akan dipaparkan untuk tontonan ramai dalam berbagai laman-laman web PAS.”

Sila rujuk http://dppkd.tripod.com/Frame.html

Bermula daripada ucapan dasar inilah Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun melalui Lajnah Penerangan dan dakwahnya telah membina laman webnya DPPKD yang kini dikenali sebagai TranungKite Online pada 13 Mac 1999.

Greenboc juga menulis; “GB telah berada di alam siber sekitar tahun 1996 – bermula di hari Anwar ”

Setahu saya DS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Pukul 5.30 petang hari Rabu 2 September 1998. Logik dan setahu Laman Reformasi Mahazalim bermula pada tahun 1998. Jika saya silap tolong betulkan.

Greenboc menulis dalam artikelnya,

Sewaktu itu belum ada harakahdaily, belum ada malaysiakini. Kalau adapun Tranungkite yang diusahakan Pemuda PAS Dungun yang menyalin bulat-bulat kandungan Mahazalim. Apa perasaan GB waktu itu? Marah? Oh tidak, malah gembira, terlalu gembira kerana ada sahabat sekalipun tidak mampu menghasilkan portal sendiri tetapi sudah boleh “menyalin-tampal” dan “menyebarkan” apa yang GB telah usahakan.

Ada dua fakta yang tidak tepat, satu ialah harakah sudah ada pada masa itu yang mana harakah pernah berada di tripod dan harakahlah yang mula-mula menggunakan tapak xoom. Tapak xoom adalah tempat laman porno. Harakah menggunakan strategi untuk mengelakkan di ceroboh kerana tapak tripod terlalu lemah dari segi securitynya.

Fakta ini boleh dikuatkan oleh penceroboh terkenal Heckerpradize yang pernah menceroboh lebih daripada 30 laman anti-anwar di tapak tripod. Beliau sekarang ini menggunakan nick Scinomore adalah salah seorang moderator UtaraOnline (http://www.utaraonline.net)

Adalah mustahil harakah belum ada sedangkan saya sebut tadi pembinaan TKO mengambil asas daripada harakah sendiri. Takkan TKO lebih dulu daripada Harakah.

Kedua TKO bukan menyalin seperti yang disebut tetapi membuat links artikel reformasi. Ini boleh dilihat perubahan beberapa hari daripada laman tersebut dilancarkan pada 13 Mac 1999 kepada 26 Mac 1999. maklumat ini boleh dilihat pada link-links di bawah:-

http://www.tranungkite.net/tranungkite/tranung01.html
http://www.tranungkite.net/tranungkite/tranung06.html

Saya amat setuju dengan penyataan greenboc berkenaan dengan copy & paste atau salin menyalin artikel. Beliau juga berpengalaman apabila membuat posting artikel Mohd Sayuti Omar, saya yang ditegur oleh Sayuti.

Saya juga berminat untuk mengulas artikel Mat Saman Kati dan ulasan oleh al-Husseyn juga berkenaan ciplak, tapi masa tidak begitu mengizinkan. Insya-Allah jika ada masa kita berbual bicara nanti…

Saya juga ada memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan artikel beliau apabila ada psoting artikel greenboc di forum TKO.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1039&highlight=mahazalim

Mulai-mulai saya nak posting pada laman blog beliau tapi “takut-takut” disalah ertikan. Jadi saya sekadar posting di Forum TKO sahaja. Kesempatan ini saya paparan luahan hati saya kepada beliau.

Akhie GB,
Perkara yang sudah, telah berlalu…
Jika diungkit dikhuatiri… ya dikhuatiri boleh merosakkan.
Api syaitan boleh membisik-bisik mengikut tanjak sebagaimana yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin.

Biar remuk di hati, biar busuk di jiwa,
Doa dan rintihan kepada Allah adalah penghibur bagi mereka yang mencari kemuliaan disisiNya.

Biar hina didunia..
Biar tidak dikenali..
Tapi jasa dan bakti akan dipersembahkan kepada Illahi
Sebagai bakti HAMBA yang yang taat.

TKO tidak pernah mendapat satu sen pun daripada PAS walaupun TKO wujud di zaman PAS memerintah Terengganu. TKO pernah memohon bantuan tapi tak dapat… hanya JSR buta kayu komputer yang dapat notebook.

Pengasas TKO terpaksa beli notebook sendiri menggunakan duit pembinaan rumahnya sehingga pembinaan rumah terbengkalai beberapa bulan.

Tapi tidak pernah TKO mengambil kesempatan menyerang mana-mana pimpinan PAS, mencerca, menghendik kerana itu semua bukan urusan kita. Itu semua urusan Allah s.w.t.

DPPKD juga pernah mengusulkan perlentakkan Jawatan seorang pempinan PAS tetapi tidak pernah menggunakan media TKO untuk menghina pimpinan tersebut. Usul itu dibuat di zaman orang semua menyerang beliau. Tapi kerahsiaan, siqah, taat dan walaq mengajar DPPKD agar perkara ini tidak bocor untuk pengetahuan umum melainkan dalam Muktamar Pemuda Negeri.

Sebagai manusia; hidup mati kita belum tentu lagi baik buruk. Hanya doa dan harapan agar kita ditetapkan iman mendapat hidayah.

Jangan sampai orang yang kita hina, kita rasa bersalah sebenar mereka adalah manusia yang dimuliakan ALlah. Betulkan pandangan cerdik pandai Islam yang mengajur kita berdoa untuk berbaik-baik sangka sesama mukmin.

Tidak ada ruginya jika kita memilih untuk berbaik sangka…
Akhir ana pun dan letih dengan kerenah ini..
Sekadar luahan…
Kepada seorang yang pernah bersama…
Yang tetap menggaggap sahabat..
Mungkin kita tak sejiwa…
walaupun enta kata ada banyak persamaan….

maaf….

Saya akhir sekali lagi tulisan ini dengan perkataan “maaf” jika ini tidak menyenangkan untuk dibaca.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: