jump to navigation

Larangan Pembinaan Menara Masjid Di Switzerland December 4, 2009

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Malaysia Anggap Larangan Pembinaan Menara Masjid Halang Toleransi Beragama

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Malaysia kecewa dengan keputusan pungutan suara di Switzerland yang menentang pembinaan menara masjid dan menyifatkannya sebagai menghalang usaha memupuk toleransi beragama dan kebebasan untuk hidup bersama secara aman.

“Malaysia harap kerajaan Switzerland akan berusaha sedapat mungkin bagi mengubah keputusan yang tidak mencerminkan sikap bertolak ansur itu kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap masyarakat, khususnya umat Islam, akibat keputusan pungutan suara itu,” kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata larangan itu merupakan tamparan hebat terhadap kebebasan beragama dan mencabuli hak golongan minoriti untuk mengamalkan agama mereka di Switzerland.

“Bertentangan sama sekali dengan kepercayaan pengundi Switzerland bahawa langkah itu mampu menyekat tindakan radikal dan usaha Islamisasi, Malaysia percaya keputusan berkenaan akan memisahkan umat Islam di Switzerland daripada masyarakat induk dan akan menjejaskan usaha global memupuk toleransi beragama serta kehidupan bersama secara aman,” katanya.

Anifah berkata Malaysia amat kecewa perkara itu berlaku pada era globalisasi dan di negara yang selama ini menjunjung tinggi hak asasi manusia serta sentiasa menganjurkan perdamaian dan persefahaman antara dunia Islam dan bukan Islam.

Malaysia berharap kerajaan Switzerland akan mengambil langkah proaktif bagi memupuk persefahaman, toleransi dan sikap menghormati perbezaan agama, katanya.

— BERNAMA

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: