jump to navigation

Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan December 22, 2009

Posted by ibrahimbaba in Islam.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Terkedu bila IB tonton youtube ni … komen sebegitu dari Dr. Fauzi? Apakah itu sahaja yang orang bermazhab Shafi’i mesti lakukan? Bukankah ada pendapat lain dalam mazhab Syafi’e yang membolehkan sentuhan tanpa sengaja.

Alangkah murninya kalau Dr. Fauzi komen dengan memberi pendapat-pendapat lain dalam mazhab Syafi’e? Kalaulah dia senaraikan pendapat-pendapat lain dengan kepelbagaian hujah nampaklah kematangan berhujah dan bersihnya hati beliau dari hendak memperkecilkan seorang tokoh yang tidak sebanding dengan kita.

Sedih dengan sesetengah sarjana serta ahli-ahli akademik berPerasaan Hasad Dengki (PhD) kini yang kurang hemahnya. PhD mereka tu baru untuk satu bidang kajian yang amat khusus kalau hendak dibandingkan dengan imam-imam terdahulu.

Satu hal lagi … topik perbincangan ialah Aqidah. Kenapa hentam bab fiqh?

Pasal rakaman ini, apa yang IB dengar, ianya mungkin tidak akan disiarkan kerana “orang-orang tertentu” merasakan rakaman ini tidak menyebelahi mereka. Malah asalnya “mereka” hendak siarkan secara langsung kerana dirasakan mereka bakal dapat “pukul” Ustaz Uthman secara “live” dengan dua orang tokoh mereka. Allah Maha Bijaksana dalam perancanganNya.

Sekian IB

———

Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i Diketawakan

http://akarimomar.wordpress.com/2009/12/05/kebiadaban-spiritual-bila-iman-shafii-dikertawakan/

Apakah apabila kita sudah mempunyai segulung ijazah mahupun PhD serta bergelar dengan Profesor Madya, kita sudah setaraf atau lebih hebat dari Imam Shafi’i? Hingga kita boleh “menghina” imam-imam besar untuk diketawakan dalam majlis ilmu?

Sila tonton bahagian soal jawab dalam rakaman program Al-Kulliyyah terbitan TV3 ini (perhatikan pada minit mulai 04:24, yang ahli panel menyebut:

Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i’i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …

Kemudian, di akhirnya pada minit 05:10, pengajaran Sifat 20 pula dijadikan bahan ketawa.

Maka terharulah seorang ahli panel lain dengan ulasan beliau di sini (tontonlah dan renungilah):

Apakah ini benar-benar yang disebut sebagai kebiadaban spiritual?

p.s.

Comments»

1. Angkuhnya Manusia Bernama Asri Zainal Abidin « Ibrahimbaba’s Weblog - December 30, 2009

[…] Turbulent TimesRosmah Perempuan Puaka!Surat Terbuka Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman – 17 Jun 1969Kebiadaban Spiritual – Bila Imam Shafi’i DiketawakanRUNTUH Lagi Di Terengganu – Apa Nak Jadi?Bekas Ketua Polis Baling Bertemu Penyelamatnya Dalam […]

2. mohd syams - January 19, 2010

niat pembicara itu saya rasa bukan untuk membuatkan manusia ketawa atau mempersenda-sendakan imam syafie . tapi saya rasa ia adalah untuk menerangkan bahawa di dalam masalah feqh sebenarnya ada banyak pendapat ulama ada yang keras dalam sesuatu perkara dan ada yang memudahkan . jd dalam masalah menunaikan haji jika sekiranya seseorang itu beramal dengan imam qaul imam syafie ia akan membebankan kerana terpaksa kerap membaharukan wudu kerana tersentuh kulit wanita yang tidak dilindungi dengan kain
wallahua`lam

ibrahimbaba - January 27, 2010

Kalau ya pun – bukan begitu cara kita beradab dengan imam-imam besar.
Ini bukan kali pertama buat Fauzi Derahman. Beliau pernah memerli bahawa Imam Ghazali ketika hendak mati baru nak mengaji Sahih Bukhari – seolah-olah Imam Ghazali ni belum mengaji hadith sebab dalam tulisannya banyak hadith lemah. Apakata jika bila Ustaz Fauzi mati orang ketemui AL-Quran di atas dadanya. Apakah nanti mahu orang katakan bahawa Ustaz Fauzi bila nak mati baru nak mula mengaji Quran?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: