jump to navigation

Isu kehilangan adab dalam penggunaan nama “Allah” : Jangan jadi naif! January 4, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, IFC, Islam.
Tags: , , , , , ,
trackback

Satu penelitian yang baik sekali.

Golongan yang keliru ini SELALUNYA datang daripada aliran yang menolak tradisi keilmuan Islam yang berusia lebih 1000 tahun, dan mereka ini lebih senang dikenali sebagai pemuka Salafiyyah/Wahabbiyyah dan juga Modenis/Reformis (political Islam).

… umat Islam jangan jadi naif dalam isu ini kerana polemik ini membawa maksud de-Islamisasi yang tersirat!

Sekian, IB

________________

sumber asal: http://rausyanfikir.com

Saya masih ingat sewaktu mula-mula berjinak dengan gerakan dakwah, antara “hero” yang paling saya kagumi ialah Allahyarham Syeikh Ahmad Deedat. Sebelum beliau meninggal dunia, pesanan beliau pada kita semua ialah mempertahankan aqidah umat dari arus kristianisasi yang datang dari pelbagai rupa sama ada secara intelektualisme melalui penulisan golongan Orientalis mahupun berbentuk sosio-politik seperti gerakan kemanusian yang gencar dilaksanakan di kawasan krisis seperti Acheh, dan Darfur.

Pokok pangkal nasihat Syeikh Deedat ialah JANGAN JADI NAIF!

Lupakah kita akan Pope Benedict sendiri DENGAN SENGAJA menconteng arang kepada maruah umat Islam walhal beliau bukan jahil terhadap Islam memandangkan beliau merupakan seorang theologian dan ketua Roman Katolik dunia!

Sepanjang saya berdebat dan membahas isu ini, saya lihat yang menjadi masalah bukan sangat golongan Ad-Dholin itu sebab kerja-kerja menyesatkan dan mengelirukan ini adalah tugas hakiki mereka TETAPI yang lebih menyedihkan bila mana sesetengah ulama’ kita yang mempunyai pengaruh yang besar turut sama melihat isu ini secara naif dan penuh dengan kekeliruan!

Golongan yang keliru ini SELALUNYA datang daripada aliran yang menolak tradisi keilmuan Islam yang berusia lebih 1000 tahun, dan mereka ini lebih senang dikenali sebagai pemuka Salafiyyah/Wahabbiyyah dan juga Modenis/Reformis (political Islam).

Kedua-dua golongan ini SELALUNYA mengabaikan ilmu-ilmu penting yang telah bertindak sebagai tunjang tradisi keilmuan Islam seperti ‘ilm kalam, ‘ilm tassawuf, ‘ilm falsafah Islamiyyah (al-mantiq al-suri = formal logic) kerana sifat literalisme (bagi Salafiyyah/Wahabiyyah) dan sifat “minda tertawan” terhadap Naratif Agung Barat yang halus menusuk akal-budi mereka (bagi Modernis/Reformis).

Tanpa kefahaman yang tuntas berkenaan ilmu-ilmu ini kita akan senang tertipu, dan

terkeliru malah boleh tersesat dengan serangan falsafah sekularisme jajaan Tamadun Barat, dan gerakan Kristianisasi yang telah lapuk di Barat menjadikan ombak perubahan ini sebagai pemangkin kepada limpahan tajaan agenda liberalisme, pluralisme agama di Dunia Islam seperti mana yang teruk melanda Indonesia.

Sudah sampai masanya kita sama-sama mengkaji dan memetakan semula ontologi golongan kafir dan ahli kitab berdasarkan nas naqliyyah dan aqliyyah yang telah dirumus panjang lebar oleh para ‘ulama silam yang berwibawa. Untuk itu saya amat sarankan agar kita dapat membaca buku ini secara tuntas:

Buku “Al-Amthal dalam Al-Qur’an: Golongan Kafir dan Ahli Kitab” ini telah dirumus dengan baik oleh Ustaz Zainal Abidin Mohamad dan Ustaz Muhd Najib Abdul Kadir dalam memahami aspek ontologi (mahiyyah/the whatness) golongan kafir dan ahli kitab berdasarkan kupasan-kupasan para mufassirun, mutakkalimun, fuqaha’ silam seperti Imam Fakhr Din Al-Razi, Imam Al-Qurtubi, Imam Jalal al-Din al-Suyuti, Imam al-Baydawi dan banyak lagi.

Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan hadith Nabi s.a.w berkenaan al-amthal yang termuat dalam Riwayat Imam al-Baihaqi:

“Al-Qur’an diturunkan dalam lima bentuk iaitu halal, haram, muhkam, mutashabihah, dan perumpamaan (Amthal). Maka beramallah dengan yang halal, jauhilah yang haram, ikutilah yang muhkam, berimanlah dengan mutashabihah, dan ambillah pengajaran daripada perumpamaan“. (Riwayat al-Baihaqi).

Al-Amthal dapat mendekatkan sesuatu gambaran dan hakikat sebenar supaya menjadi peringatan dan iktibar atau galakan dan dorongan kepada manusia berkenaan golongan tersebut.

Sesiapa yang rajin mengikuti blog ini, saya sudah mengupas panjang berkenaan hal ini berdasarkan hujah-hujah bukan sahaja dari autoriti Islam tetapi juga autoriti teragung Kristian ya’ni Saint Thomas Aquinas yang dikupas dengan tuntas oleh salah seorang anak murid Prof. Syed Naquib Al-Attas iaitu Dr. Sani Badron dalam entri ini.

Saya sarankan para pembaca sekalian merujuk entri yang sangat jujur dalam membongkar motif tersirat aliran Kristianisasi dalam blog Demi Negara.

Bagi memahami dampaknya pada masyarakat am dalam konteks Indonesia yang mengalami kecelaruan autoriti agama (tidak seperti kita yang empunya peruntukkan khas berkaitan agama Islam dalam Perlembagaan), rujuk tulisan ringkas da’ie yang cukup digerani puak liberalis agama di Indonesia iaitu Dr. Adian Husaini (anak murid Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud).

Dari segi dampak terhadap Islam sebagai Agama Persekutuan, rujuk tulisan Zainul Rijal, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

Juga rujuk hujah golongan Kristian sendiri yang menolak nama Allah untuk diguna pakai dalam ibadat mereka.

Analisa menarik juga dari blog Another Brick in the Wall.

Sekarang baru saya faham kesan perubahan semantik Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Dengan “membuka” ruang daripada Melayu kepada Malaysia, tunjang semantik bahasa Islami yang terdapat dalam ta’rif Melayu bakal bercampur aduk dengan tuntutan kaum lain yang ingin mengguna pakai Bahasa Melayu yang telah diperluaskan menjadi Bahasa Malaysia untuk kegunaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Tanpa memahami dan menilai peri penting bahasa dalam pembentukkan pandangan alam Islam (ru’yat al-Islam lil wujud) yang menjadi teras akal-budi aqidah Islami, kita akan terlepas pandang daripada elemen asing yang cuba menerobos masuk ke dalam kerangka Bahasa Melayu yang terbina dengan kemas melalui proses Islamisasi dalam sejarah Nusantara (rujuk karya Islam and Secularism dan Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu tulisan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas).

Dengan menukar ta’rif bahasa kebangsaan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia, kita secara tak lansung membuka ruang pengsekuleran Bahasa Melayu kerana cuba memenuhi falsafah inklusif hasil daripada semantik perkataan “Malaysia” itu!

Inilah salah satu tanda-tanda de-Islamisasi yang amat halus! Pertahankan ta’rif Bahasa Melayu daripada diubah suai, diselewengkan menjadi Bahasa Malaysia yang lebih vague dan jauh daripada semantik bahasa Islami!

Sekali lagi saya tekankan, umat Islam jangan jadi naif dalam isu ini kerana polemik ini membawa maksud de-Islamisasi yang tersirat!

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: