jump to navigation

Kesian Jugak Kat Khalid Samad January 27, 2010

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, Islam, Melayu, PAS, politik.
Tags: , , , , ,
trackback

Setelah membaca Khalid is Making a Fool of himself tulisan ahmadhadeed, IB tergerak untuk menonton rakaman 101 East tersebut di youtube. Seperti IB nyatakan di atas sebagai tajuk, memang IB kesian kat Khalid Samad.  Sama macam kesian kat Anwar Ibrahim. Semoga Allah memberi petunjukNya.

Dalam sesi kurang setengah jam tersebut, nampak seolah-olah Khalid Samad bersama Marina Mahathir melawan Yusri Mohamed pulak. Semacam semasa Marina dan puak Islam Liberal berganding bahu bersama Asri Zainal Abidin menghentam institusi agama JAIS sedikit masa dahulu.

Mereka yang bersama Khalid semasa dalam jemaahnya yang tersendiri [bukan main-stream] ketika menuntut di UK dahulu amat kita fahami cara berfikirnya.

Kontroversi Khalid tidak habis-habis dengan establishment agama dan arus perdana Islam semenjak dari dahulu lagi. IB banyak menerima emel dan sms yang menzahirkan perasaan tidak senang dengan komen-komen beliau semasa program 101 East tersebut.

IB terasa agak gusar dengan perkembangan pada PAS di akhir-akhir ini. Dalam menjayakan slogan “PAS for All” mereka, PAS menjadi berkecamuk. Segalanya ada dalam PAS. Syiah, Wahhabi, Liberal dan sebagainya.

Malah, dengan pendirian Lujnah Politik yang mengatasi pendirian tokoh dalam Dewan Ulamak dalam isu kalimah Allah, PAS dilihat mementingkan mainan politik mengatasi prinsip dan kepentingan umat Islam yang menjadi “core” pengundi mereka yang besar. Sudah ada rungutan sesetengah ahli yang mempersoal sesetengah pemimpin yang cuba memenangi hati orang-orang bukan Islam yang ingin dipinangi waktu PRU tetapi melupakan perasaan dan semangat perjuangan pengundi teras mereka.

Khalid adalah diantara tokoh yang kurang disenangi oleh sebahagian ahli PAS dan pengundi Islam yang merasakan pendirian Khalid banyak merugikan parti dan memberi “peluru” kepada puak liberal dan musuh Islam.

IB memang kesian kat Khalid dan PAS.

Sekian, IB

Comments»

1. psd - January 28, 2010

tapi ib

kami rasa lagi kesian dengan geng UG yg tidak habis2 merosak kan PAS sehingga hari ini, banyak cawagan tidak bergerak kerana masalah yg di cetus oleh puak2 ini.ramai ahli sudah meluat dengan sikap geng UG ini terutama di selangor.

ust nasa dan dr hassan tidak habis membuat perjumpaan dengan pimpinan kawasan dan ketua kampung selangor,me motivasikan dan perpaduang mereka.topik hangat wala dan thiqa

mereka bencikan pkr dari umno.saya rasa bersalah jika ingin meneruskan cerita dalaman pas di selangor akibat perangai PJ dan exco lantikan nya.tapi itu adalah hakikat,IB harus buat kajian sendiri,saya boleh bagi terlalu banyak contoh yg accurate dengan apa yg berlaku tapi perlu kah saya? mengkin i nedd to email u personnaly.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: