jump to navigation

Zaid Bakal Perolehi Banyak Undi Simpati April 21, 2010

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Hentaman dan pendedahan yang bertubi-tubi terhadap calon PKR dalam piliharaya kecil Hulu Selangor, Zaid Ibrahim, dijangka bakal memberi undi simpati kepada beliau. Demikian berkata seorang penganalisa politik semalam.

IB pun terasa demikian. IB bukannya minat sangat malah mempersoalkan juga pilihan yang dibuat oleh PKR meletakkan Zaid. Dengan rekodnya yang lepas-lepas bukannya senang hendak dipertahankan. Zaidlah orang yang menentang habis-habisan apabila kerajaan PAS Kelantan ingin melaksanakan hukuman Hudud. Kalah orang-orang UMNO lain.

Zaid juga orang yang agak liberal pemikiran Islamnya. Dialah orang yang selalu bersama dengan kumpulan IFC dan Artikel 11 dalam pelbagai majlis mereka. Maka, jika IB seorang pengundi di Hulu Selangor, IB sudah pasti akan menolaknya.

Namun, BN pulak tidak meletakkan pengundi Melayu di kawasan yang jelas majoriti Melayu. Kenapa? Inilah suatu peluang yang mana BN patut berbuat demikian ditambah pula MIC bermasalah untuk menyetujui calon yang sesuai.

Namun, peringkat itu telah berlalu. Dua calon yang bakal berentap di hari penentu nanti. Siapa yang bakal dipilih oleh pengundi?

Dengan kempen “character assasination” yang IB rasa agak berketerlaluan yang dimainkan oleh BN secara rasmi, ianya bakal memberi impak negatif untuk BN. Cara berkempen BN ini tidak dilakukan secara bersembunyi. Mereka secara terangan melodehkan Zaid. Walhal, mereka lupa sebahagian besar para pemimpin mereka ada yang lebih teruk dari Zaid.

Dan jika benar Zaid kini sudah berubah dan bertaubat – sepertimana kata beliau – maka IB ucapkan tahniah dan pastinya turut mengundi beliau.

Temubual pengakuan Zaid telah berubah:

Strategi “Character Assasination” melampau yang dilakukan kini oleh BN sudah pasti bakal memakan diri. Kini beberapa pemimpin mereka mulai menggelabah membela diri masing. Malah IB ingin memetik kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Pa dalam hal ini: “semua perdana menteri Malaysia – kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi – terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

Comments»

1. IDRIS Abdul Rauf - April 22, 2010

Benar, nampaknya agak keterlaluan ‘menghentam Zaid.Nampak sangat
BN saoalah2 hilang akal dan menjadi tidak rasional dalam tindakannya. Tidak lagi mengguna pendekatan po[itik yg dipelajari selama 50tahun dahulu. Mengapa rasa gentar sangat dengan Zaid.

Disebabkan itu saya sendiri bersimpati dengan Zaid. Idris


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: