jump to navigation

4 ADUN Setiu Boikot Muhyuddin July 18, 2010

Posted by ibrahimbaba in akhbar, Melayu, Terengganu, UMNO.
trackback

Sepertimana umum sudah ketahui, empat ADUN UMNO kawasan Setiu telah memboikot Timbalan Presiden mereka sendiri dengan tidak menghadirkan diri majlis perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.

Walaupun pelbagai laporan mengatakan kekecewaan para pemimpin UMNO terhadap keempat-empat mereka ini kerana tidak menghormati seorang Timbalan Presiden parti mereka yang juga seorang Timbalan Perdana Menteri, namun mereka tidak pula melaporkan ini sebagai UMNO BERPECAH!

Jika fenomena sebegini berlaku dalam senario parti-parti luar Barisan Nasional, maka akan gamatlah segala media melaporkan pelbagai gambaran negatif terhadap parti-parti tersebut. Ulasan demi ulasan bagi memburukkan lagi keadaan.

Begitulah …

Sekian, IB

Petikan dari Bernama:

Gagal Hadir Mesyuarat: Empat Wakil Rakyat Setiu Seolah-olah Tidak Hormat TPM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Kegagalan empat wakil rakyat kawasan Setiu menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu seolah-olah tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan majlis itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Seputeh di sini, beliau berkata majlis itu masih perlu dihadiri meskipun mereka mempunyai masalah dalaman.

“Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Muhyiddin apabila ADUN kawasan Jabi, Ramlan Ali, ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh, ADUN Langkap Asha’ari Idris dan ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat tidak hadir pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu semalam.

Berkongsi kekecewaan dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, Hishammuddin berkata pihaknya akan menasihatkan keempat-empat wakil rakyat berkenaan.

“Kita akan sedarkan pihak berkenaan, kedudukan dan jawatan yang mereka pegang datang daripada sokongan orang ramai, datang daripada pengiktirafan terhadap parti. Apa juga alasan diberi mereka, boleh mencemarkan dan menjejaskan Setiu sendiri,” katanya.

— BERNAMA

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: