jump to navigation

Khir Toyo Tidak Layak Pasal Bela Nasib Rakyat August 3, 2010

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Ketelusan, Melayu, politik, Selangor, UMNO.
trackback

Petikan dari kenyataan akhbar pejabat Menteri Besar:

KHIR TOYO TERHALANG DARI SEGI MORAL UNTUK BERCAKAP PASAL KEPENTINGAN RAKYAT SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa merai pandangan pelbagai pihak berkaitan pentadbiran dan dasar-dasar termasuk dasar pemberian diskaun, insentif dan sebagainya.

Apa yang penting bagi kerajaan ialah akhirnya rakyat Selangor yang layak, dapat menikmati hasil dari dasar dan ketetapan tersebut. Ini tidak terkecuali di dalam mencari jalan terbaik mengenai permasalah air di negeri ini.

Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di Selangor bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Kerajaan BN yang di pimpin oleh YB Dr Mohd Khir bin Toyo telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas dimana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021.

Jelas, Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal untuk membantu rakyat Selangor untuk mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal pula mengambil tindakan ke atas Dr Khir yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni.

Dr Khir sepatutnya merasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat Selangor dalam apa-apa topik sekalipun, baik air mahupun pasir kerana kecuaiannya telah menghalang hak rakyat Negeri Selangor daripada mendapatkan pekhidmatan air yang terbaik.

Akibatnya Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika Kerajaan Negeri mahu mengambilalih pengurusan air Selangor yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik dengan harga yang berpatutan kepada rakyat.

Rakyat Selangor berhak untuk mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam hal tatacara mentadbir negeri ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri menggesa agar mendeklasifikasikan dokumen perjanjian air dan segala laporan audit yang berkaitan agar rakyat tahu perkara yang sebenar. Kerajaan Persekutuan harus melihat perkara ini dengan serius apabila membincangkannya di dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.

Kerajaan Negeri juga langsung tidak gentar dengan ugutan saman mahkamah RM1 billion yang dilakukan oleh Syabas walaupun mereka mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri sentiasa membuka pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Syabas di atas kegagalannya memenuhi perjanjian konsesi dengan penuh tanggungjawab yang telah mengakibatkan kerugian tidak kurang dari RM8 Billion.

Kerajaan Negeri akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni ini.

Kita yakin rakyat Selangor menyokong  penuh usaha Kerjaan Negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita.

FAEKAH BINTI HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: