jump to navigation

Jurang Antara Pendapatan Orang Kaya dan Miskin Terus Melebar August 4, 2010

Posted by ibrahimbaba in ekonomi, Kerajaan, masalah sosial, Pembaziran.
trackback

Perbezaan antara apa yang diperolehi oleh golongan kaya dan yang miskin (jurang perbezaan pendapatan) terus melebar dan memerlukan perhatian segera daripada kerajaan, kata Persatuan Penggun Pulau Pinang.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, dalam masyarakat yang adil dan saksama, pertumbuhan ekonomi seharusnya memberikan manfaat kepada semua.

“Malangnya ini tidak berlaku di Malaysia walaupun sudah bertahun-tahun mengalami pertumbuhan ekonomi.

“Kini kita mempunyai kekayaan aristokrat di mana sekumpulan kecil rakyat Malaysia terlampau kaya (22 bilionair) manakala yang lain masih ramai lagi sekadar cukup makan.

“Malah lebih malang masih lagi ada yang hidup dalam keadaan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

“Di satu pihak kita mempunyai orang yang tinggal di rumah yang mempunyai ruang yang begitu luas dengan nilai berjuta ringgit.

“Manakala di satu pihak lagi tinggal bersama dalam keadaan sesak dengan bilangan sehingga 21 orang di flat kos rendah yang sempit,” kata Mohamed.

Menurutnya, statistik membuktikan bahawa jurang yang tidak seimbang kini menjadi masalah utama:

  • 40 peratus isirumah di bahagian bawah mempunyai purata pendapatan RM1,222 manakala 20 peratus isirumah di bahagian atas memperolehi pendapatan purata RM8,157.
  • 58 peratus isirumah memperolehi pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. (Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa mana-mana isirumah bandar dengan kurang daripada RM3,000 akan dianggap sebagai miskin.).
  • Pertumbuhan pendapatan menjadi kuat hanya untuk mereka yang memperolehi pendapatan yang berada 20 peratus di bahagian atas terutama sekali sejak 1990.
  • Perbezaan dalam kalangan kumpulan bandar kekal tinggi dengan tiada perubahan dalam dekad yang lalu.

“Pada 2007, Pekali Gini Malaysia adalah 0.441 pada 2007 ia itu satu perubahan daripada 0.462 pada 2004. Bagaimanapun pada 1990, Pekali Gini adalah 0.442, yang bermakna bahawa tidak banyak kemajuan dalam menangani masalah ketidakseimbangan pendapatan.

(Pekali Gini adalah ukuran ketidakseimbangan daripada 0 kepada 1, dengan 0 mewakili persamaan mutlak dan 1 mewakili ketidakseimbangan mutlak).

“Lebih banyak yang perlu dilakukan untuk membolehkan penduduk miskin bandar dan luar bandar bagi mengeluarkan mereka daripada lingkaran ganas kemiskinan,” tambahnya.

“Berada dalam kemiskinan menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai masalah yang berkaitan seperti pemakanan, kesihatan dan pendidikan.

“Sebahagian besar daripada kanak-kanak Malaysia masih lagi mengalami masalah kekurangan zat makanan dengan kira-kira 15 peratus didapati mempunyai kurang berat badan dan terencat pembesarannya.

“Apabila kanak-kanak ini membesar dengan tanpa kelayakan akademik yang baik, mereka berakhir dengan pekerjaan yang berpendapatan rendah.

Mereka terus miskin seperti ibu bapa dan begitulah seterusnya anak-anak dan cucu mereka melainkan lingkaran kemiskinan ini diatasi,” tambahnya.

Mohamed berkata, ia bukan hanya persoalan ekuiti bahawa semua rakyat Malaysia perlu mendapat bahagian yang sama daripada pertumbuhan ekonomi negara.

“Jika masalah jurang perbezaan ekonomi ini tidak ditangani dengan serius, ia akan membawa kepada masalah sosial, contohnya peningkatan dalam kadar jenayah. Masyarakat yang adil dan saksama akan berkembang dengan lebih pantas berbanding dengan yang kurang adil.

“Jurang perbezaan pendapatan yang tidak diselesaikan jelas menunjukkan bahawa kita mempunyai masalah struktur.

‘Kita perlu berhenti daripada meneruskan model pembangunan ekonomi yang diimport dari Barat tetapi sebagai ganti menggunakan model yang memenuhi keperluan kita sendiri dan memberikan manfaat kepada semua sektor penduduk.

“Oleh itu kerajaan perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk pendidikan dan program penjagaan kesihatan terutama sekali khusus untuk membantu golongan miskin.

“Ia juga perlu mengurangkan jurang perbezaan antara pelaburan bandar dan luar bandar dengan memastikan peluang pekerjaan boleh diperolehi dengan banyak di kawasan luar bandar,” tegasnya.

Menurutnya, lebih banyak dana diperlukan untuk menjalankan program bagi merapatkan jurang ketidakseimbangan pendapatan yang seharusnya datang daripada golongan kaya, yang mempunyai kawajipan moral untuk membantu sesama insan yang tidak bernasib baik.

“Kami menyarankan cukai berikut digunakan untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan pendapatan:

a) Cukai Pewarisan/duti harta: Memperkenalkan sama ada cukai pewarisan (yang akan dibayar oleh orang yang mendapat faedah) atau duti harta

(yang dibayar oleh harta si mati). Banyak negara (contohnya Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, Belanda dan Kanada) telah melaksanakan cukai pewarisan atau duti harta. Malaysia juga mempunyai duti harta sehinggalah ia dimansuhkan pada 1991.

Cadangan cukai pewarisan/duti harta ini perlu mempunyai nilai permulaan yang rendah dan struktur progresif. Cukai ini akan dapat membantu negara menuju ke arah masyarakat yang lebih adil.

b) Cukai Peribadi: Kerajaan perlu menghentikan pengurangan kadar cukai pendapatan persendirian untuk mereka yang berpendapatan tinggi. Sebagai ganti ia seharusnya meningkatkan kadar untuk mengutip lebih banyak dana untuk pembahagian pendapatan.

dipetik dari Malaysiakini

Comments»

1. naz - February 15, 2011

Teramatlah setuju.Tak mustahil kita akan jadi macam India atau Indonesia dimana jurang kaya miskin terlalu ketara.Yang kaya tak pandang langsung yang miskin..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: