jump to navigation

BN – Tun Razak Memulakan, Najib Mengakhirinya August 31, 2010

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu, politik, PRU2008, UMNO.
trackback

Terlanjur berbicara genapnya Teori RAHMAN dan diakhiri dengan kegusaran Najib akan kedudukan takhta pemerintahan politiknya yang kurang stabil maka izinkan IB sambung lagi dari perbicaraan yang lalu.

Selepas berlakunya 13 Mei, negara kita buat seketika diperintah di bawah pentadbiran MAGERAN dan Perlembangaan Persekutuan digantung. Kedudukan parti memerintah sebelum itu tergugat selepas PRU 1969. Kedudukan yang agak getir itu memaksa mereka memikirkan strategi baru untuk kekal memerintah negara Malaysia.

Gabungan parti-parti di bawah naungan Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) gagal memperolehi majoriti 2/3. Untuk kekal selesa, sesuatu terpaksa dilakukan. Maka Rukun Negara di canangkan. Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Dan pengenapnya ialah semua parti-parti yang bertanding pada PRU 1969 menyertai satu gabungan baru. Hanya DAP satu-satunya parti yang kekal sebagai pembangkang.

Maka tercatatlah Tun Razak sebagai arkitek yang mencernakan Rukun Negara dan melaksanakan DEB. Nama Tun Razak juga tercatat sebagai pengasas gabungan parti-parti untuk suatu pemerintahan yang stabil atas nama Barisan Nasional mulai 1973.

Kini sudah 37 tahun ianya memerintah Negara kita. Walaupun terdapat beberapa parti nyamuk yang menyertai BN, yang paling ketara ialah apabila PAS tersingkir dari gabungan tersebut dan langsung kehilangan negeri yang mereka perintah pada satu ketika.

37 tahun bukan suatu tempoh yang terlalu lama. Parti gergasi di Jepun yang tidak nampak ada saingannya pada satu ketika sudahpun tersungkur. Begitulah juga keadaan di Indonesia.

Dengan suasana yang terhasil dari PRU 2008, kedudukan gabungan parti memerintah sekali lagi pada keadaan yang meruncing. Mungkin boleh dikatakan amat meruncing pada satu ketika. Desakan-desakan parti komponen BN sudah seolah-olah bernadakan pembangkang. Parti-parti yang dulunya digelar pembangkang kini sudah memiliki negeri-negeri mereka sendiri. Di parlimen, parti memerintah sekali lagi tidak kukuh tanpa majoriti 2/3.

Perubahan besar dalam polariti pengundi di negara kita kini semakin jelas memaksa pemimpin-pemimpin parti berebut-berebut melaungkan slogan menarik pengundi. Konsesi demi konsesi diberi untuk sesuatu pihak bagi menarik perhatian serta menagih undi.

Dengan desakan demi desakan dari pelbagai pihak ada juga suara-suara kebimbangan akan hak-hak yang bakal terhakis. Sesetengah komponen-komponen BN tidak semuanya setia dengan BN. Mereka pernah di luar parti memerintah. Tidak mustahil mereka kembali bergabung untuk memerintah dengan gabungan baru.

Jika ini berlaku, maka Najib sebagai pengenap Teori RAHMAN juga akan menjadi pengenap pemerintahan BN – SEBAGAI PEMIMPIN BN TERAKHIR YANG MEMERINTAH MALAYSIA.

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: