jump to navigation

Teruklah Shahidan ni!!! December 28, 2010

Posted by ibrahimbaba in Melayu, politik.
Tags: , , , , ,
trackback

Begitulah komen seorang sahabat ketika sama-sama bersarapan pagi. “Teruklah Shahidan Kassim ni!!!”, apabila membaca berita “Shahidan pertikai Md Isa terajui UMNO Perlis” (petikan berita dari Berita Harian di bawah).

IB pun menyapa bahawa semua jadi tidak betul dan hanya dia (Shahidan) sahaja yang betul. Dia ni memang sangka dia seorang sahaja yang betul dan dia seorang sahaja boleh buat kerja. Pantang ada yang dia tidak berkenan dia buat bising dan saman orang.

Teringat IB pasal kecoh dalam persatuan olahraga gara-gara perangai dan sikapnya.

Kemudian ahli politik di Perlis dan di ibukota tahu cara mainan politiknya yang banyak ke-kronian dalam amalannya.

Seorang lagi sahabat pada ketika itu menyampuk lagi bahawa Shahidan ni dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dia pun nak gadoh. Pada tahun lepas atau awal tahun ini dia juga sibuk membuat laporan polis apabila satu permuafakatan NGO mengadakan wacana bincang bahaya ajaran Wahabi di Kuala Lumpur. Yang mana, menurut sahabat IB yang aktif dengan akviti masjid di Hulu Klang sebagai seorang nazir, wacana tersebut terpaksa dibatalkan oleh pihak UIA dan penganjur terpaksa mencari tempat ganti di saat akhir hinggakan ramai peserta yang pergi ke UIA apabila perpindahan tempat dari UIA ke masjid Wilayah terpaksa dilakukan di saat akhir.

Sememangnya si Shahidan ni suka cari gaduh sahaja – di mana-mana medan sekali pun. Dalam politik dia tak boleh terima kekalahan dan bahawa dia ni sudah orang tidak lagi suka … mungkin sudah tidak laku. Dalam agama dia suka gaduh membiada’ahkan orang … baginya semua orang tidak betul dia sahaja yang ikut sunnah (betul ke?). Dalam organisasi sukan pun dia tidak boleh menerima dan menjayakan semangat kesukanan …

Sekian, IB

****

Shahidan pertikai Md Isa terajui UMNO Perlis

2010/12/28

pix_gal0

Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan

 

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

“Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.

“Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai ‘menyamun’ jawatan saya sebelum ini,” katanya ketika diminta mengulas rombakan kepemimpinan UMNO negeri yang mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan ada wakil rakyat di Perlis tampil melobi Perdana Menteri untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Bagaimanapun, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mat Rawi Kassim menafikannya, sekali gus menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata yang diwujudkan pihak tertentu berasaskan kepentingan peribadi.

Sementara itu, Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis, mengalu-alukan keputusan berkenaan yang disifatkannya sebagai gandingan terbaik UMNO Perlis dalam usaha menjana kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

“Gandingan itu pada saya amat elok sekali. Mungkin akan ada perbezaan pendapat antara kami, tetapi keputusan itu dianggap tepat untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

“Justeru, saya harap semua pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian dan sayap dapat bekerjasama dengan mantap selepas ini demi mengukuhkan perpaduan sesama ahli, sekali gus memastikan kemenangan parti,” katanya.

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: