jump to navigation

Sayuti dengan ulasan liar dan tersasarnya January 7, 2011

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Islam, Melayu, politik.
trackback

Sememangnya IB sudah tidak lagi baca tulisan atau ulasan Sayuti-MSO. Pernah sebelum ini IB telah sentuh isu ini. Dan semenjak itu (wah sudah hampir 3 tahun berlalu!), IB tidak lagi baca apa-apa yang diperkatakannya.

Kenapa?

Kerana apa yang keluar dari mulutnya dan apa yang terhasil dari penanya (atau keyboard komputernya) sebahagian besarnya (jika tidak keseluruhannya) tidak benar. Banyak yang direka-reka untuk tujuan yang dia sahaja yang tahu (selain Allah Azzawajalla).

Ini mungkin kerana sumber maklumat yang diperolehinya amat meragukan. Meragukan kerana sifat orang yang menceritakan sesuatu maklumat/berita kepadanya itu. Atau maklumat/berita yang dilaporkan oleh sumbernya itu yang tidak betul dan sudah ditokok tambah maka apa yang masuk dalam kepalanya hanyalah yang sudah diwarnai.

Kedua, Sayuti terkenal dengan mengguna bahasa yang tidak professional dan kasar. Kadang-kadang istilah yang digunakan adalah kesat.

Perkara ketiga mungkin suatu yang kecil dan selalu tidak dihormati dalam media alternatif [tetapi IB berprinsip apa-apa yang kita tulis biarlah enak dibaca orang]. Iaitu, tulisan Sayuti terlalu banyak kesilapan ejaan, nahu dan seumpamanya. Bagaimana orang yang sara hidupnya dengan penulisan boleh rela dengan gaya penulisan demikian. Amat mengambarkan personalitinya.

Terbaru, seorang sahabat menelefon semalam menyuruh IB baca ulasan Sayuti berhubung pertemuan di antara bekas aktivis ABIM dengan DSAI yang diadakan di rumah Prof Osman Bakar (bekas SUA ABIM di awal 80an) pada 2 Januari lalu. Sahabat ini tanya IB kebenaran apa yang disebut Sayuti kerana mengetahui IB turut hadir majlis tersebut.

Setelah membacanya, rumusan IB di atas berhubung penulisan-penulisan Sayuti adalah masih benar.

Contoh dari rencana yang Sayuti tulis di blognya:

Majlis itu berlangsung di sebuah rumah sahabat (ikhwan Abim) di Petrajaya

Petrajaya letaknya di Sarawak. Kalau pun hendak dimaksudkan Putrajaya – itu pun salah. Ianya diadakan di Cyberjaya. Ini satu kesilapan fakta yang serius dalam ilmu periwayatan khabar yang kemas dalam tradisi ilmu Islam.

Sayuti mengatakan bahawa DSAI berhujah mengguna “kepelbagaina [kepelbagaian – contoh klasik yang Sayuti tidak teliti] fahaman agama” ialah:

kerana majlis yang dihadiri lebih 85% bukan Islam termasuk Yahudi, Kristian dan lain-lain

Sebagai orang yang hadir pada malam itu, IB boleh sanggah Sayuti bahawa DSAI sebut 95% bukan 85%. [Hujah DSAI itu boleh kita sanggah pula dalam tulisan lain – jika diizinkan Allah].

Golongan Abim yang tebal dengan fahaman ahli sunnah walah jemaah, yang merasa wangi dengan jubah carit dan serban robek itu tidak senang dengan faham berkenaan. Mereka menerimanya sebagai bahaya dan boleh menyelewengkan akidah.

Ini pula menunjuk hasad dan kesumat Sayuti dengan menuduh semberono begini. Apakah perlu Sayuti menghina sebegini sekali? “… merasa wangi dengan jubah carit dan serban robek …” [satu lagi contoh Sayuti salah istilah atau ejaan – sepatutnya carik bukannya carit – erti dua istilah tersebut jauh maknanya]

Dan “walah” tu apa dia?

Satu demi satu mereka melarikan diri dari Anwar apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara. Sewaktu Anwar berkuasa dulu golongan inilah yang sering bersolat Subuh di rumah Anwar dan sering bergelewat di muka pintu pejabat Anwar yang tukang jadi pengawal ataupun penasihat peribadi yang dibayar 25%

Sememangnya IB tahu ada mereka yang mendapat ganjaran dan habuan ketika DSAI di dalam kerajaan. Ada yang telah meninggal DSAI kerana mengejar habuan lain. Dan mereka ini pun tidak berminat soal mempertahankan aqidah Islamiyah umat negara kita ini pun. Ada juga yang satu ketika di awal reformasi meninggalkan DSAI mengekori Mat Taib dan Khir Toyo – kini kembali mengekori DSAI kerana dilihat peluang DSAI kembali menyinar (dan kedua-dua bekas MB Selangor itu sudah bermasalah).

Ada juga mereka yang malam itu bersungguh membela DSAI adalah yang satu masa banyak mendapat saham dalam pelbagai syarikat ketika DSAI menjadi Menteri Kewangan(?).

Dan tanya pula DSAI, siapa yang meninggal siapa apabila DSAI dikemuncak kejayaan politiknya. Bukankah DSAI terpaksa “round up” balik sokongan dari aktivis Abim untuk menjayakan agenda reformasinya? Bukankah mereka ini yang kini telah meninggalkan (jika istilah tinggal ingin digunakan) DSAI, dulunya dipenjara bawah ISA?

Lebih malang lagi kumpulan inilah pula yang menjaja mengenai keburukan Anwar dan berusaha agar Anwar tidak diterima sebagai pemimpin. Berbagai usaha dan majlis penerangan keburukan Anwar dijalankan. Semua majlis atau aktviti yang dianjurkan dibayar oleh pihak tertentu. Kerja golongan ini seperti mencincang daging sahabat sendiri dan dijual dipasar kafir untuk beri makan anak isteri.

Ini adalah contoh terbaik Sayuti dalam membuat tuduhan tanpa bukti. IB telah sempat bertanya dengan pihak penganjur wacana yang dihebohkan itu, mereka memaklumkan bahawa perbelanjaannya adalah oleh Muafakat sendiri. IB menerima sahaja apa yang diberitahu oleh sahabat itu kerana tahu ketulusannya.

Kenapa Sayuti tidak pergi mempersoalkan NGO-NGO dan institusi-institusi yang bertebaran menghentam Islam secara terangan dan dengan agenda untuk menyesatkan umat Islam yang dengan jelas dibiayai oleh pelbagai yayasan luar negara. Intitut Kajian Dasar (IKD) adalah satu contoh terbaik – malah fakta ini diperakuinya sendiri oleh DSAI pada malam itu.

Bukankah tulisan-tulisan Sayuti lah yang sebenarnya seperti apa yang digambarkan oleh Sayuti sendiri di atas?

Penolakan mereka ke atas Anwar kerana mereka mempercayai Anwar meliwat. Anihnya golongan Islamik ini boleh mempercayai sesuatu berita yang disampaikan kepada mereka walaupun tanpa saksi yang adil berlandaskan kitab yang mereka amalkan sendiri.

Bagi IB soal liwat itu biar DSAI bersilat di mahkamah. Samada adil atau tidak mahkamah, yang membuat DSAI melenting malam itu, biarlah diputuskan dalam medan lain. Pokok perbincangan malam itu adalah faham pluralisme DSAI.

Isu ini sudah ditimbulkan oleh Utusan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan. Masyarakat umum tidak begitu memahami isu pluralisme ini kecuali golongan pertengahan saja, istimewanya dalam Abim.

Kalau ianya tidak mendapat sambutan – apa yang hendak dipeduli dan dirisaukan. Biarlah isu ini begitu sahaja. IB yakin isu ini menjadi hangat dan membimbangkan DSAI. Ini isu aqidah!

Antara bekas Abim yang hadir dan menentang Anwar ialah Ismail Mina, Yusuf Yusuf, bekas Presiden Abim. Mereka inilah yang lantang menentang dan kini sudah mufarakah daripada Anwar.

Siapa dia Yusuf Yusuf tu? Siapa bekas Presiden Abim tu – Mohd Nur Manuty ada sama malam itu – bukankah dia dalam PKR sekarang?

… perjuangan Islam sebagai way of live yang menjadi slogan dan retorik Abim …

Tahukah Sayuti beza “live” dengan “life”?

Sikap melampau rakan baik Anwar (ismail Mina) yang sebelum ini banyak mendapat bantuan Anwar sewaktu Anwar jadi menteri, tidak disenangi oleh sebahagian yang hadir.

Satu lagi tuduhan berniat jahat Sayuti. Apakah Sayuti yang kononnya mempunyai terlalu banyak maklumat dari pelbagai sumber tidak tahu siapa yang tolong siapa? Tanya Kak Wan. Tanya DSAI sendiri yang telah lama tidak menelefon rakan baiknya itu (dan bandingkan berapa kerap DSAI menelefon rakan karibnya sebelum ini). Periksalah buku akaunnya, pergi tenguk kereta apa yang dipakainya dan seterusnya … baru mudah dan tepat membuat rumusan.

Bagi penutup rencananya:

Apa lagi kalau setiap bulan poket jubah para penentang Anwar itu dipandati dengan sampul mempunyai RM, makin sukar untuk meraut sebuah kejernihan. Sedangkan Anwar pada masih ini usahkan untuk membubuh wang ke dalam sakut mereka, dalam sakut sendiri pun sering ketiadaan wang. Wang wa wangggggg.

Sayuti sendiri perlu bertanya dirinya. Siapa yang biayainya – Sayuti itu! Siapa yang mengupahnya untuk sesetengah tulisannya? Dan siapa pelabur utama Siasah kini?

Dan, untuk Sayuti – pergi tanya DSAI, di kalangan mereka yang kini tidak senang dengan fahaman pluralisme DSAI adalah juga mereka yang dulunya banyak membantu beliau semasa beliau di dalam penjara. Dan apakah pedulinya DSAI terhadap mereka ini sekarang?

Namun ada mereka yang kini mendampingi DSAI “semula” hingga terpaksa menjustifikasikan pendirian pluralisme agama DSAI. Kenyataan seperti “I now lost my respect to Bro. Anwar when joining politic(al party)” pernah disuarakan oleh mereka apabila merasa tersisih ketika “group ABIM” terkeluar dari PKN/R satu masa dulu – tetapi kini mereka inilah yang kembali bersama DSAI setelah dipujuk dan menghentam pula orang-orang yang berusaha menegur dan membetulkan pendirian pluaralisme pragmatik DSAI.

Kalau hendak baca petikan perbincangan malam itu, laman AIDC lebih tepat dalam membuat laporan mereka. Sememangnya laman tersebut anti-Anwar tapi sekurang-kurang catatan perbualan malam itu tepat (cuma ditambah dalam kurungan oleh AIDC). Mungkin mereka (AIDC) merakam perbualan malam itu untuk dapat menyalin secara “verbatim” apa yang diucapkan. Tapi IB tidak nampak sesiapa merakam (secara terbuka) malam itu.

Akhirnya, Sayuti mengguna gambar dalam rencananya itu yang diambil semasa pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri. Biarlah IB siarkan keseluruhan suasana semasa itu.

IB ketika itu bersama Cikgu Sidek berjalan keluar setelah solat jenazah dan IB boleh lihat sendiri …

Memang ada kebenaran apa yang dikatakan oleh Alex Ong bahawa Sayuti ada his own set of hypothesis and numerous of discriminative provocations which lacks of substance and out of touch of the political reality” .

Sekian, IB

p.s.

IB telah sebelum ini menegur DSAI dalam fahaman pluralismenya:

Berikut adalah beberapa komen terhadap tulisan IB berhubung penulisan Sayuti yang di siarkan di TranungKite Online

  • masih ramai termasuk saya yang masih membaca parti politik mana sebenarnya pemikiran dan roh MSO condong…nak kata UMNO pun tidak nak kata PAS mcm samar-samar .. mcm org semangat 46 jer. MSO je yang boleh jawab ni
  • Sayuti Omar…. blogger yang terus menerus melaga²kan pemimpin PAS…. sudah la Sayuti tu, tak dapat komisyen kambing di serangnya Husam Musa….
  • mso makan keliling
  • 4me hes like an old dog
Re: Sayuti dan Isu “Yap Ah Loy”nya (Score: 1)
by ibnuaki on Sunday, April 06 @ 09:57:48 PDT
(User Info | Send a Message)
masih ramai termasuk saya yang masih membaca parti politik mana sebenarnya pemikiran dan roh MSO condong…nak kata UMNO pun tidak nak kata PAS mcm samar-samar .. mcm org semangat 46 jer. MSO je yang boleh jawab ni
 

Re: Sayuti dan Isu “Yap Ah Loy”nya (Score: 1)
by jingoza on Sunday, April 06 @ 11:57:13 PDT
(User Info | Send a Message)
JUARA LOMPAT TINGGI KOT ! 

ISLAM DIKHIANATI OLEH UMNO/BN ! SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL (BARISAN NAJIS SEBENARNYA ) JUGA AGEN YAHUDI !SILA KESINI UNTUK LIHAT UMNO DAJAL PUNYA KERJA :
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_pelbagai710.html [www.marhaen.org] [www.marhaen.org]
UMNO PENGKHIANAT DARI DULU KINI & SAMPAI KIAMAT !
 

Re: Sayuti dan Isu “Yap Ah Loy”nya (Score: 1)
by abanghensem on Sunday, April 06 @ 13:35:50 PDT
(User Info | Send a Message)
Sayuti Omar…. blogger yang terus menerus melaga²kan pemimpin PAS…. sudah la Sayuti tu, tak dapat komisyen kambing di serangnya Husam Musa….
 

Re: Sayuti dan Isu “Yap Ah Loy”nya (Score: 1)
by Bantai on Sunday, April 06 @ 16:02:38 PDT
(User Info | Send a Message)
mso makan keliling
 

Re: Sayuti dan Isu “Yap Ah Loy”nya (Score: 1)
by Bantai on Sunday, April 06 @ 16:03:51 PDT
(User Info | Send a Message)
komen saja, kelam lagi 

mana dia tulisan MSO

mana dia komen Alex?

kalau dua2 tadak… susah nak timbang (bukan kati aaar)

Re: Sayuti dan Isu “Yap Ah Loy”nya (Score: 1)
by kapt_shiqaqi on Monday, April 07 @ 08:24:10 PDT
(User Info | Send a Message)
4me hes like an old dog

Comments»

1. Peserta Pertemuan Tertutup Anwar-Bekas ABIM Sahkan Laporan AIDCNews Tepat | AIDC - January 7, 2011

[…] Peserta pertemuan malam itu membuat kenyataan di atas apabila membandingkan laporan yang dibuat oleh MSO (Mohd Sayuti Omar), seorang penulis politik yang tersohor dengan laporan AIDCNews. Klik di sini […]

2. Tak Payah Tahu - January 8, 2011

Sdr IB

Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yg lebih…sudahlah bro.

3. Rakyat Thailand Tahu Tabiat Anwar Suka Urutan Lelaki | AIDC - January 11, 2011

[…] Itulah juga yang dinyatakan oleh blog bekas pendokong Anwar Ibrahim iaitu Ibrahim baba bahawa sumber berita penulis tersohor tersebut lansung tidak boleh […]

4. ezmanshah - January 12, 2011

Assalamualaikum. Saya bukan ‘peminat’ atau ‘pemuja’ Anwar Ibrahim. Tetapi saya ingin bertanya kepada tuan yang bijaksana lagi pintar,
adakah Anwar Ibrahim pernah menunaikan Fardhu Islam Kelima iaitu MENUNAIKAN HAJI KE BAITULLAH?
Semoga tuan yang bijaksana lagi pintar dapat memberikan saya jawapan dengan segera.

5. Anwar Cekal Dalam Pendiriannya Berhubung Pluralisme Agama « Ibrahimbaba’s Weblog - February 22, 2011

[…] di rumah sahabat kami Prof Osman Bakar berakhir dengan semakin menjelaskan pendirian Anwar (Ulasan IB di sini). Dia nampaknya kekal dengan fahaman bawaan John Hick […]

6. aponakkata - February 22, 2011

Assalamualaikum tuan Ibrahim Baba

Saya sudah berhijrah dari menyokong gerakan ‘reformasi’ yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim kepada golongan anti-Anwar.

Bila saya menulis anti-Anwar, bukan bermakna saya menyokong UMNO sepenuhnya. Adakalanya saya terpaksa bersetuju dengan UMNO-BN untuk menghalang gerakan Anwar dan partinya.

Mungkin tuan Ibrahim Baba sahaja boleh mengetahui keadaan sebenarnya. Apabila seorang yang akan diangkat sebagai pemimpin negara sekiranya pembangkang menang nanti berfahaman aqidah sebegini.

Saya yakin sekiranya Anwar berjaya, waima melalui peti undi atau demonstrasi jalanan (yang menunggang trend dan populariti menjatuhkan kerajaan di Timur Tengah), benarlah teori-teori konspirasi Yahudi dan Iluminati yang diwar-warkan semenjak lama, dan semakin mutakhir ini.

Sememangnya Orang Islam di tanahair sudah terperangkap dengan keadaan. Dengan PAS sudah diperkudakan oleh golongan liberalis, dan sikap ingin menjatuhkan UMNO dalam apa jua cara dan situasi, saya yakin mereka yang masih mempunyai ‘spiritual conscience’ mengenai hakikat dunia sekarang sudah hampir tidak ada pilihan lain.

Mungkin elok sahaja kita berhijrah ke bumi Mekah dan Madinah, kerana dua tempat itu terpelihara dari fitnah Dajjal.

Sekian. Ini hanya komen sahaja, cuma saya rindu mengikuti tulisan Ibrahim Baba seperti yang selalu saya baca di laman-laman reformasi dahulu.

Alhamdulillah AIDC telah memaparkannya.

Wassalam

ibrahimbaba - March 6, 2011

Terima kasih kerana menyuntik semangat IB


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: