jump to navigation

‘Kecerdikan’ MB Mat Said Menonjol Lagi February 9, 2011

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, masalah sosial, Melayu, politik, Terengganu.
trackback

Baru semalam IB tulis pasal “Lagi Satu Ide Bernas Dari Mat Said” merujuk kepada cadangan MB Terengganu untuk membawa pensyarah-pensyarah dari Mesir untuk mengajar para pelajar yang kini terpaksa balik ke Tanah Air kerana pergolakan yang berlaku di sana. (baca di sini)

Hari ini tersiar satu lagi berita yang menunjukkan “kecerdikan” akal MB dari Kijal ini.

Dengan paparan tajuk ‘E-books help bridge gap’ dalam NST hari ini, di akhir berita tersebut dipetik kata-kata MB:

“They proved it again when Penilaian Menengah Rendah candidates of Sekolah Menengah Agama Imtiaz in Kuala Berang achieved the best grade in last year’s examination.”

Mat Said dilaporkan berkata bahawa walaupun daerah Hulu Terengganu dikatakan kawasan yang terpencil, namun daerah ini telah mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan mereka tahun lalu. Dan contoh diberikan adalah kejayaan Sekolah Menengah Agama Imtiaz Kuala Berang (SMAIKB) yang mendapat keputusan terbaik dalam PMR lalu.

Persoalannya:

1. SMAIKB adalah sebuah sekolah berasrama penuh dan pelajar terpilih sahaja yang diambil masuk. Kalau setakat mendapat 4A dalam UPSR belum lagi boleh layak untuk memasukinya. Maka sudah pastilah dari pelajar-pelajarnya yang hanya terbaik sahaja dapat memasuki sekolah ini yang menghasilkan keputusan terbaik.

2. SMAIKB juga merupakan sekolah integrasi pendidikan agama dan kurikulum akademik biasa. Sudah banyak model sekolah-sekolah seumpama ini telah berjaya mencipta nama mereka. Antara yang satu masa dahulu tersohor adalah Sekolah Menengah Agama di Labu Negeri Sembilan, sebagai satu contoh.

Kalau MB hendak mengutarakan contoh sepatutnya gunalah hasil keputusan sekolah-sekolah biasa di daerah tersebut berbanding dengan (juga) sekolah-sekolah biasa di daerah lain dalam Terengganu (atau banding dengan daerah lain di negeri lain – jika hendak diperluaskan perbandingan). Takkanlah Mat Said tidak belajar kaedah “sampling” ketika mengambil kelas “Research Methodology” di USM dulu.

Kalau setakat hendak dikelentongkan orang-orang kampung mungkin bolehlah MB bercakap sedemikian. Namun, orang ramai kini semakin cerdik, mereka mungkin akan mengatasi kecerdikan MBnya sendiri dalam memikirkan dalihan politik untuk mencari nama sahaja.

Kalaulah kita terimalah ini sebagai kejayaan kerajaan yang memerintah, di manakah pula hendak kita menunding jari terhadap satu lagi kejayaan negeri Terengganu dalam mencipta nama dan dalam rekod gejala sosial, pergaulan dan seks bebas, fenomena anak luar nikah (tertinggi – seperti dilaporkan oleh media beberapa bulan lepas), tangkapan khalwat yang menjadi-jadi di sebuah pantai di Terengganu (yang dilaporkan tahun lepas), ribuan Mat Rempit yang berkeliaran (terutama pada hari Jumaat dan Sabtu) dan banyak lagi.

Apakah “rekod-rekod” ini kerajaan memerintah tidak mahu “claim” sebagai rekod mereka?

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: